Sunday, December 16, 2012

roti manis

Roti Manis

Bahan2:

1 butir telur - kocak *
1 sudu besar susu manis - saya guna susu cair sbb yg manis takde *
Air *
4 sudu besar gula (atau separuh dari 3/4 cawan gula)
250g tepung gandum
1 sudu besar susu tepung (atau 1 1/2 scoop susu)
1 sudu kecil yis kering
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil shortening

Cara2:

1) Satukan bahan bertanda (*) untuk menjadikan 150ml cecair. Maknanya letak dulu telur dan susu, baru letak air secukupnya. Saya guna air suam.
2) Satukan bahan2 lain dalam bekas, gaul rata. Tuang cecair dan gaul rata. MASUKKAN SEMUA KE DALAM PLASTIK YG BERSIH.
3) Dalam plastik bersih, ramas2 adunan sampai lembut dan sebati dalam 10 minit. Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas semula. Uli sampai menjadi doh yg lembut dan halus. Macam biasa, saya tak lalu sangat, so kejap je, asalkan halus.
4) Perap doh lebih kurang 1 jam atau sehingga menjadi 2 kali ganda besarnya. Tutup dengan kain bersih atau plastik. Saya tutup dgn kedua2nya..hehe!
5) Bila dah membesar, pukul doh untuk mengeluarkan angin. Ambil sedikit bahagian dan bulat2kan...sampai habis. Susun kat loyang pembakar. Tutup lagi dengan kain untuk 20-30 minit.
6) Bakar dalam oven yg dipanaskan dulu dengan suhu 180C selama 15-20 minit atau sampai warna permukaannya coklat.
Roti Manis

Bahan2:

1 butir telur - kocak *
1 sudu besar susu manis - saya guna susu cair sbb yg manis takde *
Air *
4 sudu besar gula (atau separuh dari 3/4 cawan gula)
250g tepung gandum
1 sudu besar susu tepung (atau 1 1/2 scoop susu)
1 sudu kecil yis kering
1 sudu besar majerin
 1 sudu kecil shortening

Cara2:

1)  Satukan bahan bertanda (*) untuk menjadikan 150ml cecair.  Maknanya letak dulu telur dan susu, baru letak air secukupnya.  Saya guna air suam.
2)  Satukan bahan2 lain dalam bekas, gaul rata.  Tuang cecair dan gaul rata.  MASUKKAN SEMUA KE DALAM PLASTIK YG BERSIH.
3)  Dalam plastik bersih, ramas2 adunan sampai lembut dan sebati dalam 10 minit.  Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas semula.  Uli sampai menjadi doh yg lembut dan halus.  Macam biasa, saya tak lalu sangat, so kejap je, asalkan halus.
4)  Perap doh lebih kurang 1 jam atau sehingga menjadi 2 kali ganda besarnya.  Tutup dengan kain bersih atau plastik.  Saya tutup dgn kedua2nya..hehe!
5)  Bila dah membesar, pukul doh untuk mengeluarkan angin.  Ambil sedikit bahagian dan bulat2kan...sampai habis.  Susun kat loyang pembakar.  Tutup lagi dengan kain untuk 20-30 minit.
6)  Bakar dalam oven yg dipanaskan dulu dengan suhu 180C selama 15-20 minit atau sampai warna permukaannya coklat.

Friday, October 26, 2012

laksa johor

Zailan Yusoff: Laksa Johor menu wajib keluarga
ROSMAH IDAYU ABU SAMAH FOTO: NASHRUL HAQ
27 September 2012
Tengku Hairul: 'Saya baca, paling tidak 40 minit...'
Muka Depan Majalah MIDI
Zailan Yusoff: Laksa Johor menu wajib keluarga
Zailan Yusoff
KETIKA penulis berkunjung ke kediaman Zailan Yusoff yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam, dari pintu pagar kediaman aroma laksa Johor sudah boleh dihidu.

Malah, tidak salah jika penulis mengandaikan, hidangan ini menjadi pilihan keluarga ini untuk disajikan buat tetamu yang berkunjung ke kediaman mereka.

Menurut Zailan Yusoff, setiap kali tibanya musim perayaan, antara hidangan ‘wajib’ yang sering disajikan pada pagi Syawal ialah laksa Johor. Tambah Zailan lagi, tidak sah jika pagi Syawal mereka sekeluarga tidak menikmati laksa Johor, resipi warisan keluarga secara turun-temurun.

“Apabila menyebut laksa Johor, barangkali ada yang mengandaikan ia sukar disediakan dan agak remeh penyediaannya. Namun begitu, jika anda sudah biasa apatah lagi menu tersebut kegemaran keluarga, tidak rumit membuatnya.

Sebagai ibu saya akan pastikan anak-anak, menantu dan cucu dapat menikmati hidangan istimewa ini pada musim perayaan,” ujar Zailan sambil menghidangkan menu kegemaran keluarganya itu.

Sambung Zailan lagi, laksa Johor juga sering  menjadi antara menu sarapan pagi popular selain lontong kering, nasi lemak, soto dan mi rebus terutamanya di Johor.

Malah keenakan laksa Johor dapat dilihat melalui pemilihan bahan-bahannya segar dan ditambah dengan ulam-ulaman serta sambal belacan yang menambahkan keenakan hidangan tradisi tersebut.

“Kebiasaannya, masyarakat Johor akan menikmati laksa Johor menggunakan tangan. Itulah kenikmatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata ketika menikmati hidangan ini,” ujar Zailan seraya mengakhiri perbualan.

Laksa Johor

Bahan-bahan:


1 paket spageti (direbus dengan air dan satu sudu besar minyak sehingga lembut)

Bahan A: Direbus dan dikisar (asingkan)
1 kilo ikan kembung
100 gm udang basah
10 gm isi ikan kurau (dibakar)
50 gm udang kering

Bahan B (dikisar):
3 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
2 batang serai (diketuk untuk tumis)
2 keping asam gelugur
1 kotak santan
1 paket kerisik
1 paket rempah kari
4 ulas bawang putih

Bahan hiasan:
10 biji limau kasturi
1 biji timun (diracik halus)
Sedikit tauge segar
Sedikit jeruk
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah dan hijau
Sedikit daun kesum/daun selasih

Bahan sambal belacan:
6 biji lada merah
30 gm belacan (dibakar)
1 biji bawang merah
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1.     Rebus ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan kisar hingga halus bersama air rebusan.
2.     Untuk menyediakan kuah pula, tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B sehingga wangi
3.     Apabila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam beberapa  minit.
4.     Masukkan ikan, udang, udang kering dan ikan kurau kering yang dikisar tadi.
5.     Masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan dua mangkuk air dan masukkan asam keping.
6.     Tambah garam dan gula secukup rasa.
7.     Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 ½  jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.
8.     Rebus spageti dan tos.
9.     Untuk menyediakan sambal belacan, mesin atau tumbuk kesemua bahan dan hidangkan bersama kuah laksa.
 
*Dipetik daripada Majalah MIDI edisi terbaru

Friday, October 19, 2012

donut

Donut

Bahan2:
3 cawan tepung gandum
3 camb. susu tepung
3 camb. shortening atau marjerin
3 camb gula kastor
200 ml air suam
2 camt. yis mauripan
20 ml air suam - jika perlu



Cara-cara

Campurkan yis , sedikit gula dan air suam , biarkan sebentar hingga naik.
Dalam bekas lain campurkan tepung gandum, susu tepung , marjerin dan baki gula tadi. Gaul biar rata.
Masukkan campuran yis tadi kedalam adunan tepung. Uli hingga licin dan adunan tidak melekat ditangan
Bulatkan doh. Ketepikan dan dan tutup dengan selembar plastik. Biarkan selama 40 min.
Pukul adunan hingga kempis dan bentukkan doh mengikut citarasa. Biarkan adunan selama 20 min, hingga kembang kembali.
Goreng donat dalam minyak penuh dgn api sederhana.

Friday, October 5, 2012

ikan pekasam

Pekasam Ikan Puyu


Bahan-bahannya:

1 mangkuk beras
1 cawan garam kasar
3 cawan Air suam
1 kg Ikan Puyu.

Cara-caranya:

1. Gaulkan Ikan Puyu dengan garam kasar semalaman dalam bekas tertutup.
2. Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2(setengah) cawan garam kasar dan kacau hingga larut.
3. Masukkan beras yang digoreng serta dimesin ke dalam campuran air garam.
4. Ikan yang diperap semalaman hendaklah dibasuh dahulu untuk mengurangkan masin.
5. Masukkan ikan seekor demi seekor(pastikan digaul rata dengan campuran beras) dan susun.
6. Pastikan bekas ditutup lalu dibiarkan sehingga seminggu.

Monday, October 1, 2012

kuih bakar


 
Bahan2nya

1 mangkuk telor ayam
tiga suku mangkuk tepong gandum
1 mangkuk gula (Kjee kurangkan dua sudu besar)
1 mangkuk pati santan
10 helai daun pandan yang tua
minyak sapi
acuan kuih bakar

Cara

Daun pandan dicuci bersih, racik dan dikisar guna air sedikit sahaja. Cukup untuk gerakkan mesin pengisar. Kemudian ditapis airnya dan dicampur bersama santan. Kalau guna daun pandan yang hijau dan tua, tidak perlu tambah pewarna. Kjee tidak suka tambah. Biarkan dalam warna asal. Suka sangat baunya.

Satu mangkuk telor diblend bersama gula. Ini kerja mudah. Kerja tak mudah, telor dipukul sampai kembang guna whisk kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang.

Kemudian masukkan santan yang telah dicampur dengan pati daun pandan. Kacau rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk. Jaga jangan bergentel. Kalau bergentel, tapis adunan.

Panaskan oven 180 darjah.

Kjee guna acuan kuih bakar tembaga. Panaskan acuan itu diatas dapur gas. Kecikkan api dan bubuh setengah suduh besar minyak sapi. Kalau suka boleh guna majerin tetapi rasanya masin. Apabila minyak sapi cair, perlahankan sedikit api. 

Kacau adunan tadi hingga sebati dan tuangkan hingga ke paras tiga suku acuan kuih bakar. Jangan penuh sangat. Masak atas dapur gas sampai tepinya agak berkerak. Kemudian dibakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.

Friday, September 28, 2012

fanta hijau


 
 
Homemade air fanta hijau..
3kg gula
2 liter air
1 botol kecil oren sunquick 330ml
1/2 botol pewarna hijau star brand
1/2 botol perisa pisang star brand
Masak gula ngan air sampai mendidih
Masukkan oren sunquick dan pewarna hijau
Masak lg sampai mendidih
Tutup api dan masukkan perasa pisang..
Sedia dihidang..

buat cendol

 
CENDOL

Bahan-bahannya:-

1 1/4 cawan tepung beras

1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 tsp kapur makan + sedikit air= air kapur pekat
10-12 helai daun pandan
3 cawan air
secubit garam
(jika daun pandan anda tidak banyak, anda boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan)

Cara-caranya:-

Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja
Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul
Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk
Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. Buat sehingga habis.
Biarkan ia menjadi betul2 keras didalam air tersebut.
Jika hendak simpan pastikan cendol + air

Tuesday, September 18, 2012

lempeng pisang



Lempeng Pisang

Bahan2:


5 bij pisang emas
3 sudu gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
Kelapa parut + sedikit garam
Daun pisang

Cara-cara

Lenyek pisang dengan gula sampai hancur.

Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.

Ambil sedikit adunan dan ratakan di atas daun pisang.

Ratakan kelapa parut pada sebelah bahagian sahaja.

Lipatkan daun pisang.

Bolehlah dibakar di atas kuali leper.

tempoyak petai



Sambal Tempoyak Petai

Bahan-bahannya:

Petai - anggaran 1 mangkuk
Cili padi - anggaran 8-10 biji (boleh tambah jika suka pedas - ditumbuk)
Bawang putih - 2 ulas (ditumbuk)
Bawang merah - 2 ulas (ditumbuk)
Bawang besar - 2 labu (dipotong membulat)
Ikan bilis - 2-3 genggam
Tempoyak - Ikut suka banyak mana nak guna - anggaran 1 senduk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:

1- Panaskan kuali. Bila dah panas, tumiskan cili padi, bawang putih dan bawang merah.

2- Bila dah naik bau, terus je masukkan ikan bilis. Kacau rata sehingga bilis separa garing.

3- Kemudian masukkan pula tempoyak. Kacau sehingga naik bau.

4- Masukkan pula petai. Kacau lagi. Jika agak pekat dan susah nak kacau, boleh masukkan sedikit air.

5- Masukkan garam secukup rasa. Tunggu sehingga petai hampir masak barulah dimasukkan hirisan bawang besar.

6- Kacau sehingga ianya benar-benar masak barulah diangkat.

ikan siakap stim



Ikan Siakap Masak Stim

BAHAN BAHAN

1 ekor ikan siakap ( siang bagi bersih )
2 batang serai (diketuk)
1/2 inci halia (diketuk)
1/2 inci lengkuas (diketuk)
3 ulas bwg putih (diketuk)
5-7 biji cili api (diketuk)
1 sb sos tiram
1/2 sb sos ikan
4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi)
4 sb susu cair
1 biji tomato (dibelah 4)
1 labu bwg besar (dihiris)
sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit garam
1-1½ liter air
sedikit cendawan dan bunga kobis
1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)

CARA MEMBUATNYA

Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.
Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.
Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.

seri kaya


SERI KAYA

Bahan-Bahan
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
1 ½ cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)

Cara
1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)

*Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing
*Kalau tidak biarkan warna asli saja.
* Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya.
* nak letakkan perisa pandan pun boleh jugak
* boleh kurangkan gula kalau tak suka manis...
* boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...
* nak wangi,boleh letak daun pandan

petai jeruk





~Petai jeruk~

Beberapa papan petai yang masak.
garam
air panas
beberapa cili api



Caranya:

Rebus petai sehingga masak. Kopekkan kulitnya. masukkan isi petai ke dalam bekas.masukkan garam secukupnya dan air panas. Kacau rata dan masukkan cili api. Simpan untuk beberapa jam.

muffin dari resepi bonda



 


Muffin Blueberry

Bahan-bahannya
1 cawan yoghurt segar
1 biji kuning telur
1 sudu teh baking soda
4 sudu besar mentega, dicairkan
1/2 cawan gula
secubit serbuk buah pala
1/3 cawan oats
1 2/3 cawan tepung serbaguna
1 cawan blueberi dalam tin, ditoskan

Cara-caranya
1. Campurkan yoghurt, kuning telur, bakings soda, mentega cair dan serbuk buah pala dalam mixer. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan oats, tepung gaul sebelum masukkan blueberi.
3. Sendukkan adunan tepung kedalam acuan kertas yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit atau sehingga muffin masak.

Sunday, September 2, 2012

mee udang ledang

Mi udang terbaik dari Ledang
NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN
3 September 2012
Mi udang terbaik dari Ledang
Bersama pekerja dan suami, Hishamuddin Mohd Yusof (tiga, kanan) di hadapan restorannya.
Mi udang terbaik dari Ledang
Rosidah bersama suaminya menunjukkan Mi Udang Banjir biasa dan istimewa.
PENGGEMAR Mi Udang Banjir di selatan tanah air kini tidak perlu lagi ke Pulau Pinang, Perak dan Kuala Selangor semata-mata untuk menikmati sajian enak ini kerana hidangan lazat itu sudah terdapat di daerah Ledang.

Walaupun penduduk di daerah Muar dan Ledang cukup sinonim dengan sajian seperti Mi Bandung, Mi Rebus, dan Asam Pedas , namun keenakan Mi Udang Banjir ini boleh membuka selera ramai.


Berjaya menambat selera sesiapa sahaja

Menariknya, sajian ini ‘dibanjiri’ banyak udang sehingga menutupi mi dan kuah sekali gus membuatkan sesiapa sahaja terliur serta mahu mencubanya.

Bagi mereka yang mahu mencuba hidangan ini, pastinya akan beranggapan rasa Mi Udang Banjir sama seperti Mi Bandung berikutan pembuatan kuah sajian berkenaan yang sepenuhnya berasaskan udang,

Bagaimanapun, selepas mencubanya, orang ramai pasti dapat merasai kelazatan dan perbezaan hidangan Mi Udang Banjir ciptaan Rosidah Azhar, 40, dengan Mi Bandung.

Dekorasi ringkas Mi Udang Banjir dengan sedikit sayur kangkung yang diletakkan dan ditambah dengan ‘kemeriahan’ timbunan udang menjadikan sajian ini sangat menarik sekali gus memikat selera pengunjung.


Harga berbeza mengikut saiz

DISEDIAKAN dalam saiz biasa berharga RM6.50 sepinggan dan RM12 untuk saiz istimewa, perbezaan hanya dapat dilihat pada udang yang diletakkan. Tiga udang besar akan diletakkan untuk sajian istimewa, manakala 10 ekor udang segar sederhana bagi saiz Mi Udang Banjir biasa.

Lebih menyelerakan jika sajian ini diminum bersama air buah-buahan segar seperti epal, oren dan limau kasturi yang dipercayai mampu mengurangkan masalah alahan udang kepada mereka yang menghidap masalah berkenaan.


Cipta resepi tersendiri

CUBAAN berani anak kelahiran Sabak Bernam, Selangor itu untuk memperkenalkan makanan baru di daerah ini ternyata tidak sia-sia apabila mendapat sambutan di luar jangkaan daripada penduduk setempat dan pengunjung dari seluruh negeri ini sejak dua tahun mengusahakan perniagaan berkenaan.

Rosidah yang merupakan pengemar Mi Udang Banjir  mengakui tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati makanan kegemarannya setiap kali pulang ke kampung halaman di Selangor.

Justeru, menurutnya, timbul idea untuk memperkenalkan hidangan berkenaan di Ledang dan Muar, tetapi menggunakan resipinya tersendiri bagi mewujudkan rasa yang berlainan dengan Mi Udang Banjir sedia ada.


Kepuasan pelanggan jadi keutamaan

SEHINGGA ke hari ini, resepi kuah Mi Udang Banjir sentiasa diperbaiki untuk menjadikannya yang terbaik demi kepuasan pelanggan.

“Mi Udang Banjir sesuai dimakan semua peringkat umur kerana rasanya tidak pedas, tetapi bagi mereka yang mahukan lebih pedas, saya akan memenuhi permintaan mereka,” katanya yang memasak sendiri setiap menu yang dipesan pelanggan,” katanya.

Rosidah berkata, dia sentiasa bersikap terbuka  menerima sebarang komen daripada pelanggan terhadap rasa Mi Udang Banjirnya dan menganggapnya sebagai teguran positif untuk melariskan lagi perniagaan yang diusahakan.

Beroperasi dari  jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam, orang ramai boleh berkunjung ke restoran tersebut yang terletak di Jalan Tanjung Agas, Ledang, untuk menikmati sendiri keenakkan Mi Udang Banjir terbaik dari Ledang.

Sunday, August 19, 2012

kulit kerbau

Keenakan kulit kerbau salai


WALAUPUN penyediaannya leceh, hidangan jangek merupakan menu istimewa di Kampung Lukut.


DAGING kerbau sememangnya digemari di Kampung Lukut dan Kampung Bukit Lintang, Kota Tinggi, Johor. Ia disifatkan lebih pejal, lebih manis dan tidak berbau seperti daging lembu ternak.
Tidak hairanlah permintaan daging kerbau di kampung itu tidak pernah menyusut. Malah, setiap kali Syawal, hampir semua rumah akan menyediakan rendang kerbau dan lemang sebagai juadah istimewa Aidilfitri.
"Bila tiba sahaja bulan puasa, kami akan keluar memburu kerbau bertuan yang hidup meliar pinggir di kampung ini. Permintaan terhadap daging kerbau liar memang tinggi di kampung ini, malah orang luar juga sudah pandai mencari daging kerbau setiap kali raya tiba.
"Masa itu, bukan sahaja daging, semua bahagian kerbau akan habis terjual. Daripada tanduk, tulang, kepala, kulit, tidak ada yang tertinggal," ujar pemburu kerbau liar, Nurul Hisham Norden atau Dodot.
Selain rendang kerbau dan kerbau salai masak lemak cili api, jangek adalah menu berasaskan kerbau yang menjadi signatur kampung itu.
"Jangek adalah kepingan kulit kerbau yang dibakar, dikikis dan diketuk berulang kali sehingga bersih daripada bulu-bulu.
"Selepas itu, ia akan disalai beberapa hari sehingga kering dan keras. Kemudian, kepingan itu diketuk menggunakan tukul besi sehingga warnanya yang hitam menjadi kekuningan.
"Apabila hendak dimasak, ia direbus terlebih dahulu sehingga lembut dan warna bertukar menjadi lut sinar seperti agar-agar.
"Setelah lembut, sejukkan terlebih dulu sebelum dipotong kecil-kecil dan sedia untuk dimasak," ujar Sareh Soho, 67.
Tambah isterinya, Sapiah Mohd. Yusof, 63, jangek enak dimasak lemak cili api bersama labu manis ataupun ubi kayu.
"Kalau suka, jangek juga boleh dimasak dengan rebung. Penyediaannya memang rumit, tetapi rasanya yang lembut tetapi sedikit kenyal sungguh enak.
"Malah, setiap kali ada rewang sempena kenduri kahwin ataupun anak-anak berkumpul sempena raya, mereka pasti meminta saya menyediakan hidangan jangek masak lemak cili api.
"Bagi yang pertama kali menikmatinya, pasti akan mencuba untuk kali kedua. Malah, besan saya dari Pulau Pinang turut menggemari hidangan ini," ujar ibu kepada 12 cahaya mata ini.
Kedua-dua kampung ini yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari bandar Kota Tinggi, Johor memang kaya dengan keunikan budaya dan adat warisannya.
Ia dibuka pada tahun 1890 oleh Raja Lajim Raja Syed yang merupakan waris keturunan Raja Melewar dari Negeri Sembilan yang berhijrah dari Lukut di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama lapan lagi saudaranya.
Biarpun sudah 122 tahun berlalu, warisan Minangkabau dan adat Perpatih masih diamalkan di negeri Johor yang mengamalkan adat Temenggung hingga ke hari ini.
Paling ketara, gaya percakapan penduduk di kampung ini yang menuturkan loghat asli Negeri Sembilan cukup untuk membuatkan orang luar yang bertandang ke sini beranggapan mereka berada di Negeri Sembilan, bukannya di Johor.

Saturday, August 11, 2012

kuih orang sarawak

Kuih eksklusif Melayu Sarawak



DIBALUTI daun pisang, rasanya yang lemak manis dan lembut menyebabkan kuih bongkol menjadi hidangan wajib setiap kali tibanya bulan Ramadan.
Tidak hairanlah bongkol sentiasa memenuhi ruang niaga sama ada di gerai-gerai mahupun di bazar Ramadan bersama kuih tradisional yang lain.
Kebanyakan pengusaha bongkol lebih berminat menghasilkannya pada bulan Ramadan kerana permintaan yang lebih tinggi berbanding hari-hari biasa.
Begitu juga dengan Haminah Lobeng, 43, dari Taman Samar Indah, Samarahan. Beliau agak sibuk sepanjang Ramadan bagi menghasilkan kuih tersebut.
Selesai bersahur sekitar pukul 4.30 pagi, Haminah mula melakukan kerja-kerja membuat bongkol di kediamannya.
Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah daun pisang segar, plastik alas dan lidi.
Menurut ibu kepada dua anak ini, daun pisang itu akan dipotong mengikut saiz yang sesuai untuk dijadikan pembalut bongkol. Biasanya proses itu akan dilakukan pada sebelah malam iaitu dari pukul 9 malam hingga 12 tengah malam.
"Dalam tempoh tersebut, saya mampu menyediakan lebih 100 pembalut kuih bongkol memandangkan ia memerlukan ketelitian.
"Daun pisang yang telah dipotong itu akan dibentuk menjadi segi empat membujur pada tapaknya. Kemudian, ia dibuat meleper sehingga ke atas sebelum dilingkar dengan sekeping lagi daun pisang yang kemudian dicucuk dengan batang lidi," kata wanita yang berasal dari Kampung Tambirat itu.
Bahagian dalam pembalut itu dialas dengan plastik bagi memastikan isi kuih itu tidak terkeluar atau bocor.
Selepas proses tersebut, Haminah menyediakan adunan tepung beras sebelum dicampur dengan santan yang telah dimasak.
Penyediaan bahan
Kemudian, gula apong dan santan diisi dalam pembalut pisang itu tadi.
"Gula apong yang digunakan itu pula perlu asli, dalam erti kata lain ia diambil terus daripada pokok nipah dan tidak dicampurkan dengan gula pasir bagi mengekalkan keaslian rasanya.
"Penyediaan bahan-bahan untuk bongkol tidak rumit, namun ia memakan sedikit masa," katanya.

GULA apong diletakkan dalam bungkusan daun pisang yang dilapik plastik sebelum bancuhan tepung dicampurkan.


Haminah menjelaskan, biasanya dia menggunakan sekurang-kurangnya dua kilogram tepung beras, empat biji kelapa dan sejumlah gula apong untuk menghasilkan lebih kurang 100 biji bongkol.
Menurut Haminah, sesudu kecil gula apong diisi ke dalam pembalut itu sebelum tiga sudu besar bancuhan tepung beras diletakkan. Akhir sekali, campurkan sesudu santan dan bungkuskan.
"Santan itu memberi rasa lemak kepada bongkol.
"Bongkol terbahagi kepada tiga jenis iaitu bongkol perisa gula apong, gula pasir dan pandan," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Proses membungkus bongkol dalam daun pisang mengambil masa sehingga dua atau tiga jam jika dilakukan bersendirian. Bagaimanapun, Haminah dibantu anak sulungnya, Norshahida Aladin, 20.
Selepas selesai semua proses tersebut, bongkol mentah itu disusun di dalam loyang sebelum dikukus selama 30 minit.
Bongkol yang siap dimasak, disejukkan sebelum dihantar ke bazar Ramadan sekitar pukul pukul 3 petang. Bongkol tersebut dijual oleh Norshahida di Bazar Ramadan Kota Sentosa.
Menurut Haminah, dia mempelajari cara-cara membuat kuih bongkol daripada adik dan kakaknya.
Dia yang memulakan pekerjaan tersebut sejak umur 30 tahun berkata, selain bongkol, dia turut menghasilkan kuih tradisional lain seperti kuih celorot, karipap, peneram dan sebagainya.
Selain membuat kuih pada bulan Ramadan, Haminah, seorang suri rumah sepenuh masa turut membuat kuih tersebut pada hari-hari biasa untuk dihantar ke kantin di sebuah kem atau gerai-gerai makanan dan minuman.
"Saya turut dibantu suami, Aladin Joni, 42, dan seorang lagi anak lelaki, Mohd. Norshahid, 14, membuat kuih tradisional terutama bongkol dan celorot.
"Mereka berdua akan membantu dari segi mendapatkan bahan mentah seperti daun pisang selain menolong membuat pembalut kuih celorot yang menggunakan daun kelapa,'' ujarnya.
Sementara itu anaknya, Norshahida pula akan menjual kuih tersebut di kantin pada hari biasa. Pada bulan Ramadan, Haminah menjual kuih di Bazar Ramadan Kota Sentosa.
Menurut Norshahida, bongkol begitu popular dan sangat laris pada bulan puasa memandangkan kuih tersebut boleh habis dalam tempoh lebih kurang sejam sahaja sebaik sahaja diletak di atas meja jualan.
Tambahnya, jika beberapa tahun lalu, bongkol dijual semurah RM1 untuk tiga biji, tetapi sekarang ia mencecah 50 sen hingga 70 sen sebiji.
"Pada masa ini, kami jual bongkol pada harga 50 sen sebiji dan sebanyak 100 biji kuih akan habis dalam tempoh yang singkat sahaja.

BONGKOL yang dijual pada harga antara 50 sen hingga 70 sen sebiji dijual di kebanyakan bazar Ramadan di Sarawak.


"Menerusi jualan kuih itu, kami akan memperoleh pendapatan sebanyak RM50 sehari manakala modal untuk menghasilkannya adalah kurang daripada RM10," katanya.
Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Herlinawati Ainizawati Zakaria, 28, menjelaskan bongkol antara sajian yang paling ditunggu-tunggu oleh masyarakat tempatan.
Anak kelahiran Taiping, Perak itu mengakui juadah berbuka seakan-akan tidak lengkap tanpa bongkol kerana ia sukar ditemui pada hari-hari biasa.
"Saya gemarkan teksturnya yang lembut dan rasanya yang lemak-lemak manis," terang Herlinawati yang mula menikmati bongkol sejak dua tahun lalu selepas diperkenalkan oleh sahabatnya yang merupakan anak jati Sarawak.

Sunday, July 29, 2012

puding roti dari blog hanamemories.blogspot.com

Saturday, October 2, 2010

Puding Roti Sos Kastard


tengok izahdaut tayang puding roti beliau, baru haku terhingat ade sebungkus roti yg tak terusik. dah nak expired plak tuh! kes terlupa nak makan. boley gtu? hahahaha... ppon sangat sedap puding nih bila digandingkan ngan sos kastard tuh... rasa mcm nak tergolek2 menelan sesudu demi sesudu.. hihihi... resepi polo dari maya.zakry myr dan juga F&N myr.

Bahan-bahan
  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  7. Tuang ke atas puding roti tadi.

Tuesday, July 3, 2012

kuih bakar dari kakjee

KUIH BAKAR ORANG LAMA






Hari tu Kjee call adik Kjee kat Melaka mintak resipi Kuih Bakar Bombay. Dia pun hantarlah text mesej kat handfon. Lepas dapat resipi, Kjee terus projek. Maklumlah dah lama tak makan.




Dua hari kemudian dia hantar lagi sms tanya Kjee mintak dia kuih bakar tradisional atau Kuih Bakar Bombay, hari tu. Apabila Kjee kata Kuih Bakar Bombay, dia ketawa kata dah silap bagi resipi. Patutlah bila makan Kjee rasa lain sikit.

Bukanlah tak sedap tetapi rasa2nya dulu masa arwah Bonda buat, ada rasa dan bau minyak sapi! Hmmm nak buat camner. Kuih tu pun dah masak dan dah settle Kjee pulun. Hehehe.



Anyway, rasa2nya beza antara Kuih Bakar Tradisional dan Kuih Bakar Bombay taklah jauh sangat. Kalau tak silap Kjee Kuih Bakar Bombay akan guna sikit rempah ratus. Sikit jer. Kasi bangkit bau sikit jer.

Resipi Kuih Bakar Tradisional Bonda guna bekas yang sama iaitu korang boleh guna mangkuk, cawan, besen atau apa2 sajalah. Tapi semua bahannya disukat dalam bekas yang sama. Kjee guna mangkuk nasi cina untuk buat. Satu mangkuk masa Kjee sukat boleh muatkan 9 biji telor saiz B.

Okay jom kita intai resipinya.

Bahan2nya

1 mangkuk telor ayam
tiga suku mangkuk tepong gandum
1 mangkuk gula (Kjee kurangkan dua sudu besar)
1 mangkuk pati santan
10 helai daun pandan yang tua
minyak sapi
acuan kuih bakar

Cara

Daun pandan dicuci bersih, racik dan dikisar guna air sedikit sahaja. Cukup untuk gerakkan mesin pengisar. Kemudian ditapis airnya dan dicampur bersama santan. Kalau guna daun pandan yang hijau dan tua, tidak perlu tambah pewarna. Kjee tidak suka tambah. Biarkan dalam warna asal. Suka sangat baunya.

Satu mangkuk telor diblend bersama gula. Ini kerja mudah. Kerja tak mudah, telor dipukul sampai kembang guna whisk kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang.

Kemudian masukkan santan yang telah dicampur dengan pati daun pandan. Kacau rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk. Jaga jangan bergentel. Kalau bergentel, tapis adunan.

Panaskan oven 180 darjah.

Kjee guna acuan kuih bakar tembaga. Panaskan acuan itu diatas dapur gas. Kecikkan api dan bubuh setengah suduh besar minyak sapi. Kalau suka boleh guna majerin tetapi rasanya masin. Apabila minyak sapi cair, perlahankan sedikit api. 

Kacau adunan tadi hingga sebati dan tuangkan hingga ke paras tiga suku acuan kuih bakar. Jangan penuh sangat. Masak atas dapur gas sampai tepinya agak berkerak. Kemudian dibakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.



Anda mungkin juga meminati:

sambal ayam dari kakjee

SAMBAL AYAM FAVORITE NADIA




Hari ni Kjee layan selera my princess. Dah dekat dua minggu dia tak makan nasi. Ratah lauk saja sebab nak jaga body. That's why apabila semalam dia kata dah lama tak makan sambal ayam, Kjee cepat2 buat. Maklum sementara sihat ni kan, seboleh2nya Kjee layan jer apa yang Nadia atau Unclepali nak makan.

Sambal ayam ni biase2 jer. Semua orang tahu buat cara sama yang Kjee buat. Cuma yang terlebih ialah sentuhan kasih dan sayang seorang ibu. Tanyalah anak2 korang, siapa masak paling sedap. Dia mesti kata mama atau ibu dia orang lah.

Bonda kita, walaupun masak nasi berlaukkan ikan goreng dan kicap pun kita kata paling sedap kan? Walaupun saban hari kita mungkin telah dihidangkan dengan makanan di hotel atau pun restoran yang sedap2, namun kita tetap merindui masakan ibu.

Sebelum airmata Kjee bercucuran teringatkan arwah bonda, Kjee share resipi sambal ayam yang Nadia kata paling sedap in the world. Hehehe berani ke dia nak kata tak sedap.

BAHAN2NYA:

1 ekor ayam kecik dibuang kulit dan potong 8
2 genggam cili kering (nak pedas tambah lagi)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
½ mangkuk air asam jawa
sedikit gula

CARA:

Cili kering direbus bersama dua sudu minyak masak sehingga agak lembut. Kemudian kisar. Tujuan direbus bersama minyak adalah untuk melembutkan bijinya supaya cepat halus apabila dikisar. Tepikan.
Ayam digoreng separuh masak atau sedikit garing diluarnya. Tepikan.
Tumbuk 1 labu bawang besar bersama 4 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian tumis. Kjee tumis dalam separuh sahaja daripada minyak goreng ayam tadi. 
Apabila sudah wangi, masukkan cili kering yang telah dikisar dan perlahankan api. Masak sehingga terbit minyak. Masa ini, campakkan 1 lagi labu bawang besar yang dihiris bulat2 ke dalam kuali. Sebaik sahaja terbit minyak, masukkan air asam jawa dan biarkan ia reneh sehingga kering sedikit. Kemudian bubuh garam dan sedikit gula. Kalau nak bubuh serbuk perasa pun boleh.
Kacau hingga rata kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga sambal dan ayam sebati antara satu sama lain. Pastikan sudah cukup rasa kemudian padamkan api.

Inilah cara Kjee masak sambal ayam yang menjadi kegemaran Nadia sampai dia ratah 3 potong masa makan tengah hari dan 2 potong lagi sebelah malam.

kailan ikan masin dari kakjee

KAILAN IKAN MASIN STIR FRY

Ini hasil tanam sendiri


Hari tu Kjee dapat emel dari seorang pembaca yang tanya macam mana nak masak sayur Kailan Ikan Masin. Dah lama Kjee tak masak kat rumah. Selalu kalau kami makan di restoran Tomyam, Nadia mesti order.


Anyway, kelmarin, Kjee suruh Unclepali beli sayur Kailan tapi dia kata tak perlu sebab dia ada tanam! Ada satu pokok besar dan satu kecik. Hmm cukup ke sebab Kjee dan Nadia kan hantu sayur. Anyway, sukanya bila Nadia pergi tuai. Segar sangat2.

Itu semalam. Hari ni Kjee pergi beli 4 tangkai kailan lagi sebab semalam tak puas makan. Tak susah masak sayur ni. ini cara Kjee. Kjee guna ikan kering tenggiri jeruk. Kalau korang guna ikan masin biasa, goreng jer pasti carik2kan isinya. Lepas tu masa nak padam api, masukkan ke dalam sayur goreng tu dan gaul sampai rata.

Sayur Kailan yang ditaman Unclepali


Kalau guna ikan masin, jangan berani2 sangat bubuh sos ikan atau nampla tu yer. Nak guna garam pun ok.

Bahan2

4 tangkai sayur kailan (disiang dan rendam 30 minit)
3 ulas bawang putih (ketuk dan buang kulitnya)
kicap ikan/nampla
1 keping ikan tenggiri jeruk (Kjee guna yang dalam botol berendam minyak)
ajinomoto (kalau guna)
Lada sulah (kalau suka)
minyak bijan (kalau suka)

Cara

Siang Kailan (asingkan batang dan sayur hijaunya) dan cuci bersih. Rendam sebab banyak cerita kononnya orang yang tanam sayur ni banyak gunakan racun serangga. So kalau Kjee beli, Kjee akan siang dulu pastu rendam kira2 setengah jam. Toskan.
Bubuh kira2 dua sudu minyak dalam kuali. Goreng seketika ikan tenggiri jeruk. Kemudian keluarkan. Ketuk bawang putih dan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang sayur Kailan dan guna api besar, cepat2 stir fry sampai batangnya agak lembut. Kemudian masukkan dedaunnya. Bubuh sikit jer kicap ikan sebab nanti nak masukkan sekali ikan masin. Kalau nak bubuh aji, bolehlah masa ini. Kemudian apabila sayur sudah agak masak (jangan terlalu masak), masukkan balik ikan masin yang digoreng awal tadi. Kacau dan pecahkan sikit dengan sudip dan gaul rata. Titiskan sedikit minyak bijan dan padam api.
Sesudah menghidang, tabur2kan sedikit lada suslah diatas, kalau suka. Itu jer.

Ini sayur beli. Kena rendam betul2 tau

Tuesday, May 29, 2012

cili jeruk dari kakjee


Wednesday, May 30, 2012

MUDAH JER BUAT CILI JERUK





Kalau makan mi atau mihun atau kwayteow goreng, kalau tak ada cili jeruk, rasa tak lengkap. Betul tak? Sekarang ni dah tak ramai peniaga yang hidangkan cili jeruk. Kalau kita mintak, diberikan cili merah atau cili padi yang dibubuh kicap cair.


Apapun, Kjee lebih berselera kalau makan mi goreng dan yang sewaktu dengannya bersama cili jeruk. Nak buat bukanlah susah, tapi peniaga sekarang dah tak kuasa melayan. Mungkin satu hari nanti akan pupus cili jeruk ni dari muka bumi. Ewah. Hehehe.

Masa Kjee meniaga dulu, Kjee main taram jer buat cili jeruk. Kjee potong cili hijau, lepas tu Kjee curah air panas, bubuh cuka sikit. Siap. Tak sampai dua hari, mulalah timbul selaput di bahagian permukaan air cili jeruk tu. Kekadang Kjee buang jer bila air bertukar warna.

Lama jugak Kjee guna kaedah itu. Tak ada pun orang complain sehinggalah Chef Yang Jamil singgah gerai Kjee satu ketika dulu.

Dia tanya. "Ni kau buat ker?" Kjee dengan senyum lebar mengaku. "Yelah...sapa lagi?" Dia jawab "Hampeh!! Penang Fried Kwayteow kau memang sedap tapi bab cili jeruk, kau gagal!!!" Terkejut giler Kjee.

"Mai aku ajar hang buat cara yang betul!" Maka sejak itu Kjee guna resipi Chef Yang Jamil. Terima kasih Chef. 

Kjee tak pernah bodoh sombong. Kalau ada orang beri tips macam mana nak masak lebih sedap, Kjee memang suka follow. 

Ini cara Chef Yang Jamil ajar Kjee. Belilah dalam setengah kilo cili hijau yang segar bugar. Cili api yang hijau pun sedap jugak. Tapi potong kasar2. Kekadang kalau maleh, potong dua atau biarkan sebiji sebiji. Cili hijau pulak harus yang kilat2 dan kalau dipicit keras lagi. Maknnya ia segar. 

Kjee pilih sebiji sebiji masa pergi pasar borong. Tukang jual jeling jer tapi Kjee tak ambil kesah. Biar penat asalkan orang makan puas hati. 

Pastu potong atau hiris bulat2. Tak payah halus2. Kasar2 jer. Tapi janganlah kasar sangat. Lepas potong, buang bijinya. Kjee buat cara ni. Kjee rendam seketika dalam bekas plastik. Pastu Kjee kaup perlahan2 tinggalkan biji cili.

Selepas itu, keringkan cili tu. Letak atas surat khabar dan biarkan airnya kering sejam dua. Apabila sudah pasti ia sudah kering betul2, masukkannya ke dalam botol atau balang kaca. Balang plastik pun okay jugaklah.

Semua foto di google


Masukkan gula (untuk ½ kilo cili hijau, Kjee letak kira2 dua sudu besar gula), sedikit garam dan tuangkan cuka masak sehingga menutup paras cili. Tunggu dua jam, cili itu dah okay untuk makan.

Cili jeruk cam ni tahan sampai dua minggu (tak payah simpan dalam fridge) kekadang lebih dengan syarat korang tak habiskan. Insya allah tak berkulat. Cuba le try. Makan ngan mi kari, mi sup atau mi goreng. Fuhhh best lah.

Monday, May 21, 2012

resepi ibu

ARKIB : 18/05/2012

Sajian resipi ibu

Nasi lemak Perak.
BERPELUANG merasai sendiri nasi lemak Perak, mi rebus Menara Condong, popia basah dan chicken chop, ternyata setiap satunya ini mempunyai sentuhan yang istimewa.
Sudah pasti kesemua menu ini mempunyai rasa yang berbeza antara satu sama lain bahkan tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa kesemuanya 'masuk' dengan selera masyarakat setempat.
Bagi mereka yang ingin menikmati sendiri kelainan rasanya, eloklah mengunjungi Nu-iN Little Perak.
Selain menyajikan makanan berdasarkan setiap daerah yang terdapat di negeri Perak, restoran ini pasti tidak akan mengecewakan anda.
Mengilhamkan nama kedai daripada nama bonda tersayang, menurut Pengarah Francaisnya, Shahruddin Dali, 47, Nu-iN Little Perak sememangnya menyajikan makanan menggunakan resipi ibunya, Nur Ain Cek Tak.
Tambah beliau, restoran tersebut merupakan perniagaan keluarga yang diuruskan mereka adik-beradik.
Ibu dan bapanya, Mat Dali Said bertindak sebagai penasihat kepada Shahruddin serta adik-beradik yang lain.
"Kami kesemuanya lapan beradik tetapi yang terlibat dalam perniagaan ini hanya lima orang.
"Menu-menu yang terdapat di Nu-iN Little Perak ini sememangnya diambil daripada resipi ibu kami sendiri kerana beliau sudah terlibat dalam perniagaan makanan sejak dahulu lagi.
"Memandangkan semasa berniaga di pekan Tapah sambutan yang diterima amat menggalakkan, kami sepakat untuk membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya yang terletak di 22-G-01, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Berbicara lanjut mengenai perniagaan makanannya itu, jelas Shahruddin lagi, walaupun buat masa ini baru mempunyai satu cawangan, kualiti rasa dan keenakan setiap menu yang disajikan sentiasa dijaga.
Ruang dalam restoran Nu-iN Little Perak yang santai dan selesa.
Untuk itu kesemua bahan serta rempah ratus telah disediakan terlebih dahulu di dapur utama.
Katanya lagi, dengan adanya dapur utama, mereka tidak perlu risau mengenai rasa setiap makanan yang disajikan kerana ia pasti terkawal.
Tidak dinafikan kesemua menu yang disajikan kepada pengunjung pastinya memenuhi cita rasa dan selera masyarakat setempat.
Selain menu-menu makanan Melayu seperti nasi lemak, nasi ayam, mi rebus, roti bakar, makanan bergoreng dan kuih muih, Nu-iN Little Perak turut memberi pilihan menu masakan Barat seperti chicken chop dan lamb shoulder.
Mengetengahkan konsep restoran keluarga, harga bagi setiap makanan juga dilihat berpatutan.
"Sebelum restoran ini dibuka, kami adik beradik telah berbincang mengenai menu serta harga yang harus dikenakan.
"Jadi kami telah sebulat suara ingin menjadikan Nu-iN Little Perak sebuah restoran keluarga selain pengunjung juga dapat menikmati hidangan dalam suasana yang santai.
"Untuk itu kami mensasarkan kepada golongan pertengahan dan disebabkan itulah harga yang kami kenakan juga adalah berpatutan serta tidak membebankan," katanya lagi.
Ulas Shahruddin lagi, keistimewaan Nu-iN Little Perak tidak hanya setakat itu malah menu-menu yang disediakan adalah mengikut cara tersendiri.
Cuba mencungkil kelainan yang dimaksudkan, beliau memberitahu kulit popia serta kaya yang disediakan dibuat sendiri dengan mengekalkan resipi tradisi.
Selain sos popia yang dihasilkan daripada resipi rahsia ibu sendiri, kaya yang dihidangkan di atas roti bakar panas pula diperbuat daripada telur itik.
Yang pasti, keistimewaan Nu-iN tidak hanya terletak kepada keenakan sajiannya malah pelbagai seleksi minuman enak turut dihidangkan bersama.
Dibuka setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 12 tengah malam, Nu-iN menyediakan sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam kepada para pengunjung.

Monday, April 30, 2012

restoran sz rahmah

ARKIB : 07/04/2012

Keaslian rasa gulai tempoyak ikan patin SZ Rahmah


GULAI tempoyak ikan patin antara menu istimewa Restoran SZ Rahmah.


SEMASA Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau, Pahang pada Februari tahun lalu, negara digemparkan dengan cerita sensasi mengenai harga gulai tempoyak ikan patin Temerloh berharga RM13,000 untuk hidangan 56 orang.
Walaupun cerita tersebut tidak tepat ekoran salah faham tetapi ia memberi gambaran kurang baik terhadap imej peniaga makanan di sekitar Temerloh.
Namun di sebalik berita sensasi itu, ia memberi impak positif apabila secara tidak langsung telah meningkatkan populariti ikan tersebut sebagai hidangan istimewa di daerah Temerloh.
Sejak itu, minat orang ramai untuk menikmati keenakan gulai tempoyak ikan patin telah bertambah, menyebabkan permintaannya meningkat berkali ganda.
Namun begitu, tidak semua peniaga makanan di bandar ini mampu menyediakan masakan gulai tempoyak ikan patin bagi memikat selera orang ramai terutama untuk memuaskan hati 'penggemar tegar' ikan tersebut.
Daripada ratusan restoran dan gerai yang menjual masakan berkenaan, hanya beberapa peniaga sahaja yang dikatakan mampu menyediakan masakan yang boleh memenuhi kehendak golongan berkenaan.
Mereka begitu pakar sehingga dapat membezakan yang mana satu ikan patin diternak di dalam kolam, sangkar ataupun patin liar yang juga dikenali sebagai 'patin ori' daripada spesies patin buah dan patin muncung di Sungai Pahang.
Salah sebuah restoran yang dimaksudkan adalah Restoran SZ Rahmah yang terletak di Batu 3, Jalan Temerloh - Kuantan, bersebelahan Stesen Minyak BHP.
Masakan gulai tempoyak ikan patin di restoran milik Siti Zainon Zakaria, 74, itu mula dibuka sejak awal tahun 1980-an lagi, dan ia begitu sinonim di kalangan penggemar tegar yang ingin menikmati keenakan ikan patin buah atau patin muncung.
Semasa ditemui S2, Siti Zainon memberitahu, beliau tidak mempunyai sebarang rahsia bagi menyediakan masakan ikan tersebut supaya terus kekal enak sejak dahulu sehingga hari ini, selain hanya menggunakan bahan-bahan terpilih dan bermutu sahaja.
"Saya membeli terus ikan patin buah dari nelayan dengan harga RM80 sekilogram dan setiap seekor dipotong empat dan kepala dibelah dua.
"Petua untuk mengekalkan rasa yang sedap, ikan patin ini jangan dipotong atau kerat ekornya kecuali buang durinya sahaja, dan perlu dicuci bersih dengan menggunakan limau nipis," kata Siti Zainon.
Harga masakan gulai tempoyak ikan patin buah pula adalah antara RM10 dan RM18 sepotong bergantung kepada saiz, kepala dan ekor ikan tersebut.
Selain ikan patin buah, kadang-kala beliau menjual masakan ikan patin muncung tetapi harganya lebih mahal kerana ikan itu sukar diperoleh, yang mana harganya kini sudah mencecah RM270 sekilogram.
Namun begitu katanya, bagi penggemar tegar, harga bukan lagi persoalan, yang penting adalah rasa yang sedap dan enak membuatkan mereka tidak begitu berkira kerana tahu menilai harga sebenar masakan tersebut.
Tambahnya, beliau juga menggunakan tempoyak yang dibuat khas dari pembekal di Kuala Lipis dengan harga RM1,400 untuk 80 kilogram dan mampu bertahan selama tiga bulan.
"Petua lain adalah saya menggunakan garam kasar, kunyit hidup yang dikisar dan lada panjang.
"Untuk masak tujuh ekor patin, saya menggunakan tiga kilogram tempoyak yang dikacau rata sebelum dimasukkan ke dalam periuk," kata Siti Zainon.
Selain gulai tempoyak, Restoran RZ Rahmah juga popular dengan hidangan sambal udang galah dan ayam goreng, di samping 25 lagi hidangan lauk-pauk lain.
Menurutnya, masakan gulai tempoyak ikan patin mula popular di kalangan orang luar kira-kira tujuh tahun lalu kerana sebelum ini ramai yang beranggapan ikan sungai itu kurang sedap dan berbau hanyir.
Sebenarnya, pandangan itu salah kerana selain patin, ikan sungai seperti kelah, tembalian, kerai, gahak dan tapah juga sedap dan membuka selera apabila disiang dan dimasak dengan cara yang betul.
Beliau juga sering menerima tempahan daripada penggemar dari Kuala Lumpur dan Genting Highlands, malah ramai juga pelanggannya datang dari Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang dan Putrajaya semata-mata ingin menikmati gulai tempoyak ikan patin.

Wednesday, April 25, 2012

nak try burger gergasi

Kelainan menikmati burger saiz super



TATKALA melihat hidangan burger sebesar pemeluk, sudah pasti melahirkan perasaan teruja kepada sesiapa sahaja.
Apatah lagi, burger merupakan salah satu hidangan yang menjadi pilihan penggemar makanan segera di negara ini.
Lazimnya, burger gergasi yang mencecah lebih tiga kilogram (kg) sebelum ini hanya dapat ditonton melalui kaca televisyen berdasarkan cerita dari luar negara ataupun Internet.
Ternyata, idea hidangan seumpama itu telah mencetus kreativiti beberapa pengusaha burger di negara ini.
Kini, penggemar makanan tempatan boleh menikmati burger gergasi di gerai burger YB yang terletak di Kompleks Perniagaan Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Burger gergasi buatan sendiri Abu Yazid Abdul Kadir, 32, itu menawarkan tiga pilihan saiz dan pelbagai jenis roti kepada penggemar burger yang inginkan sesuatu yang baharu.
Berbekalkan pengalaman selama hampir 14 tahun dalam bidang perniagaan burger, Abu Yazid berkata, pengenalan burger YB, iaitu singkatan untuk 'yang besar' adalah untuk mencipta kelainan kepada penggemar burger di negara ini.
"Sungguhpun pengenalan burger YB baru mencecah usia sebulan, permintaan terhadap burger berkenaan berjaya mencuri tumpuan orang ramai.
"Ia sesuatu yang di luar dugaan kerana saya tidak menjangka sama sekali burger besar ini akan mendapat permintaan tinggi," ujarnya ketika ditemui Kosmo!.
Pada mulanya, perasaan ragu-ragu menyelubungi pemilik burger YB itu memandangkan pembuatannya disasarkan untuk para tetamu jamuan hari jadi ataupun majlis korporat sahaja.
Lebih melucukan, terdapat segelintir pihak yang meragui kesahihan saiz burger berkenaan apabila gambarnya dimuat turun di laman blog. Bahkan, ada yang mengatakan ia adalah hasil kesan penyuntingan imej.
Bagaimanapun, anak jati Perak itu tidak pernah mengenal erti putus asa, sebaliknya terus berupaya menarik nafas lega apabila burger gergasi mula mendapat permintaan tinggi selepas beberapa minggu beroperasi.
KESEGARAN patti daging yang dikisar setiap hari menjadikan burger YB istimewa.


"Saya perlu memastikan tempahan awal dilakukan terlebih dahulu oleh para pelanggan agar permintaan mereka dapat dipenuhi.
"Kualiti dan kesegaran dalam penyediaan burger YB amat dititikberatkan. Ia perlu dilakukan demi memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggan," katanya.
Aneka sos, roti dan patti
Abu Yazid menjelaskan, pelanggan-pelanggan boleh memilih tiga variasi berat patti daging. Mereka boleh memilih patti daging burger seberat satu kilogram (kg), 500 gram (g) atau 250g.
"Patti daging burger yang seberat sekilogram sesuai dimakan sehingga lapan orang, 500g pula untuk empat orang manakala 250g sesuai bagi pasangan.
"Kalau larat, boleh habiskan burger seberat sekilogram tersebut seorang diri," katanya berseloroh.
Selain daripada itu, pelanggan juga boleh memilih salah satu daripada tiga perisa daging patti iaitu lada hitam, cendawan, tom yam dan BBQ (barbeku).
"Pelanggan boleh memilih roti oregano, bawang putih, oat madu ataupun roti mil penuh mengikut selera masing-masing.
"Mengikut selera masing-masing, kami memberi pilihan sayur-sayuran untuk disertakan dalam burger YB iaitu salad, bawang, tomato, timun, kobis dan lobak merah," ujarnya yang sedang mengikuti kursus Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Shah Alam.
Semua pilihan itu disempurnakan dengan aneka jenis sos tambahan dan buah-buahan termasuk lada hitam, cendawan, jalapeno, epal, nanas, serta zaitun.
Proses
Abu Yazid memberitahu, demi memastikan kesegaran, bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan patti daging, roti dan sayur-sayuran akan dibeli setiap hari mengikut tempahan.
"Pada awal pagi, saya akan ke pasar untuk membeli bahan-bahan mentah. Sekitar pukul 9 pagi, rutin harian mengisar patti daging dan mengadun bahan-bahan membuat roti akan dimulakan sebelum membuka perniagaan pada pukul 5 petang," ujarnya.
Mengimbas kembali tujuan dia membikin patti daging dan roti buatan sendiri, dia memberitahu, ia lebih segar malah enak apabila dimakan.
"Bahkan, saya telah melakukan kerja penyelidikan dan pembangunan terhadap pembikinan roti selama hampir empat bulan untuk memastikan ia lembut dan segar.
"Tidak ramai yang membuat roti burger sendiri apatah lagi apabila menghidangkan burger bersaiz besar kepada pelanggan-pelanggan," ujarnya.
ABU YAZID memotong burger gergasi istimewa dua patti daging yang dimasak khas untuk Kosmo!.


Selain patti daging dan roti yang dibuat sendiri, Abu Yazid menambah, sos seperti lada hitam dan cendawannya merupakan resipi sendiri.
Terangnya, dia banyak menggunakan kaedah cuba-cuba dalam mengecapi kesempurnaan pembikinan produk buatan sendiri.
Tempahan dalam talian
Abu Yazid yang pernah mengikuti kursus pemprosesan daging Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) pada tahun 2011, memberitahu, dia menggalakkan para pelanggannya membuat tempahan sehari lebih awal sebelum datang ke gerainya.
Untuk tujuan itu, pelanggan boleh membuat tempahan melalui laman blog yazidburger.blogspot.com.
"Ini bagi memudahkan saya membuat persiapan bahan-bahan patti daging dan roti dengan kuantiti yang mencukupi.
"Ia juga dapat memastikan penggemar makanan segera ini tidak berasa hampa apabila mengunjungi kedai untuk menikmati burger YB," ujarnya.
Walaupun masih baru diperkenalkan, dia memberitahu, burger YB sudah menerima kunjungan pelanggan dari segenap negeri di Malaysia.
Justeru itu, dia berasa amat bertuah kerana dapat berkongsi resipi buatan sendiri untuk membawa keceriaan kepada pelanggan-pelanggannya.
Teruja

ORANG ramai mengambil kesempatan melihat sendiri pembikinan burger YB yang semakin terkenal terutamanya di Shah Alam, Selangor.


Sementara itu, seorang pelanggan burger YB, Mohd. Izham Mukhari, 27, mengakui, dia sangat teruja apabila kali pertama melihat burger besar tersebut.
"Kali pertama melihatnya, perasaan membuak-buak untuk merasainya. Ia sama sekali tidak menghampakan kerana apabila mengunyah, kita boleh merasai campuran rempah ratus yang sebati dalam burger berkenaan," katanya yang mencuba burger seberat 500g.
Izyani Zahari, 29, pula memberitahu, keenakan burger berkenaan bukan sahaja terletak pada patti malah rotinya.
"Tekstur roti sangat gebu dan lembut apatah lagi apabila kita menikmati bersama dengan daging burger serta sayur-sayuran.
"Dalam pada itu, ia amat sesuai untuk dinikmati secara beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan," kata pekerja swasta itu lagi.
Bagi seorang lagi penggemar burger YB, Norly Azman, 23, dia dapat merasai kelainan pada daging burger dan roti apabila menikmati burger YB.
"Daging yang dimakan terasa lebih segar dan tidak berminyak. Lebih utama, rupa dan rasanya membangkitkan selera," katanya.

Saturday, April 14, 2012

tar bulan ramadan

Ikon bulan Ramadan


Pasar Malam Jalan TAR merupakan antara pasar malam yang terbesar di Malaysia dan mula beroperasi pada pertengahan tahun 1980-an. Variasi juadah dijual oleh lebih 500 peniaga membuatkan lokasi ini menjadi tarikan bukan sahaja orang tempatan malah pelancong asing. Pada bulan Ramadan, keadaan bertambah meriah dan sesak apabila menjadi tumpuan warga kota untuk mencari juadah berbuka puasa dan kelengkapan bagi menyambut hari raya.


MSIAPA yang tidak kenal dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman atau nama asalnya Batu Road yang terletak di kawasan perniagaan tumpuan di ibu kota? Ia ibarat lubuk emas perniagaan di ibu negara lantaran dilimpahi pelbagai premis perniagaan terutamanya pakaian dan tekstil.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, jalan yang dinamakan sempena nama Yang di-Pertuan Agong pertama, Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad itu pasti akan sesak dipenuhi pengunjung yang membeli-belah persiapan perayaan.
Kompleks beli-belah moden seperti Sogo, Maju Junction, gedung Kamdar dan banyak lagi premis niaga kontemporari turut mencuri tumpuan di jalan itu.
Tidak ketinggalan, Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Jalan TAR juga di kelilingi dengan deretan bangunan-bangunan neo-klasik seperti Coliseum yang pastinya memberi nilai kemegahan estetika seni bina.
Adakah senario Jalan TAR yang wujud sejak lebih seabad masih kekal? Kosmo! membawa anda menjelajahi beberapa lokasi yang barangkali dapat mengimbau memori anda suatu ketika dahulu.

kafe taman

Kafe taman menghadap ikon negara


NZ Garden Kafe yang terletak di tengah-tengah ibu kota menjadi lokasi pilihan ramai untuk berkumpul dan bersantai bersama teman.


BERSANTAI di restoran atau kafe untuk menikmati makanan, berjumpa rakan-rakan dan meluang masa berkualiti bersama keluarga menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia masa kini. Ia juga antara sebab mengapa Malaysia dilihat sebagai syurga makanan tanpa mengira waktu.
Terletak di rentangan jalan yang paling gah iaitu berhadapan mercu tanda Malaysia, Menara Berkembar Petronas, Restoran NZ Garden Cafe menjadi tumpuan hangat warga kota untuk melunaskan ritual urban mereka.
Menyediakan makanan 24 jam sehari, setiap hari, NZ Garden Cafe di Jalan Saloma, berhadapan Jalan Ampang itu menyediakan juadah yang pelbagai, baik menu tempatan hinggalah ke seleksi makanan Barat.
Walaupun berkonsep seperti restoran mamak yang lain, NZ Garden Kafe mempunyai kelainan dari segi lokasi, landskap, pilihan menu makanan dan kemudahan lain yang memudahkan para pelibur ibu negara khususnya pelancong asing.

PELANGGAN menjamu selera di NZ Garden Kafe berlatarkan menara berkembar KLCC.


Pemilik restoran tersebut, Mohd. Ali Hajar Maiden, 41, berkata, pengalaman dalam bidang penyediaan makanan sejak beberapa generasi telah membimbing beliau bersama rakannya untuk membuka restoran ala santai itu.
Menarik mengenai NZ Garden Cafe adalah dekorasi dalaman yang mengangkat aura kontemporari dengan latar warna perang gelap untuk dipadankan dengan konsep taman.
"Kami memilih elemen taman kerana di tengah-tengah Kuala Lumpur yang sesak dengan bangunan konkrit, saya percaya tumbuh-tumbuhan dapat memberikan suasana yang nyaman. Tambahan pula, memiliki ruang yang luas amat ideal untuk ia dihias dengan kehijauan alam semula jadi," kata Ali.
Membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk bangunan dan rekaan dalaman, NZ Garden Cafe meliputi kawasan seluas 2,787 meter persegi.
Merupakan cawangan terbesar dalam rangkaian Restoran NZ berbanding yang sudahpun beroperasi lebih lama seperti di Wangsa Maju, Subang Jaya dan Gombak, Ali mengakui, rekaan dalaman memainkan peranan yang sama penting untuk menarik pelanggan selain keenakan hidangan.

SELAIN lengkap dengan pelbagai kemudahan, NZ Garden Kafe turut menyediakan pilihan makanan yang pelbagai.


Bagaikan sengaja mahu menggoda pengunjung dengan variasi sajian, kaunter makanan ditempatkan di pintu masuk utama restoran. Hidangan utama seperti nasi, ayam, daging dan sayur-sayuran turut 'diperagakan' di tengah-tengah ruang termasuklah kaunter masakan menu ala carte lain.
Sebagai menambah nilai, NZ Garden Cafe turut menyediakan beberapa kemudahan tambahan seperti surau, tandas, bilik berhawa dingin, tempat mencuci kereta dan sebuah kedai serbaneka. Tidak lama lagi, sebuah kaunter perkhidmatan pertukaran wang asing akan melengkapkan fungsi premis itu.
"Kami mahu mengoptimumkan kemudahan supaya pelancong mahupun pelanggan tempatan dapat segala-galanya di satu tempat," ujar Ali lagi.
Selain di Malaysia, Ali menyatakan, pihaknya sedang merancang membuka cawangan di Jakarta, Indonesia tidak lama lagi sebagai inisiatif bisnes masa hadapan. - NIZHA PERIASWAMY

bidor kopitiam

Nostalgia menu dari stesen Bidor


NASI goreng bersama ikan lengat goreng (kiri depan) merupakan menu istimewa Bidor Station Kopitiam.


SEBAIK menjejakkan kaki ke Bidor Station Kopitiam, nostalgia silam mula bermain di fikiran. Konsep stesen kereta api lama yang semakin pupus dan dicetuskan oleh pemiliknya ternyata terkesan di sanubari.
Justeru, ia pasti membuatkan sesiapa sahaja yang menjamu selera di kopitiam milik Suryani Kamaruddin, 35, yang dibuka pada 11 November 2009 itu termimpi-mimpi untuk datang semula bagi menikmati hidangan dan suasana kedai yang penuh nostalgia itu.
Tambahan pula setiap menu yang disediakan di kedai tersebut menepati cita rasa pelanggan seperti yang pernah dinikmati ketika kecil di kampung.
Misalnya, nasi goreng bersama ikan lengat goreng sudah cukup membuatkan mereka yang menggemarinya untuk datang semula.
Menurut Suryani, konsep nostalgia stesen kereta api Bidor tercetus ketika mengimbas memori silam yang cukup terkesan di dalam jiwanya.
Anak kelahiran Teluk Intan dan membesar di Bidor, Perak. Bidor merupakan salah sebuah stesen kereta api tertua di dunia.
Dia dan adik-beradiknya sering bermain di sekitar stesen tersebut ketika kecil. Ketika bermain dengan rakan-rakan di situ, ibunya pula berniaga di warung berdekatan.
Namun, pada hari ini stesen itu hanya tinggal tapak dan terletak tidak jauh dari Kampung Baru Bidor Stesen. Stesen Keretapi Bidor telah lama dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan landasan berkembar.
“Saya masih ingat lagi, dulu saya dan kawan-kawan selalu bermain di Stesen Keretapi Bidor selain gemar menaiki kereta api untuk ke Batu Gajah, kami akan menaiki kereta api dari stesen ini.
“Namun akibat perkembangan jaringan jalan raya, tidak ramai penduduk Bidor yang menggunakan perkhidmatan kereta api dan ini menyebabkan Stesen Keretapi Bidor sepi sehinggalah ia dirobohkan,” katanya yang menghabiskan RM100,000 untuk dekorasi premisnya.
Menu Bidor
Bidor terletak di tengah-tengah daerah Batang Padang, sebuah daerah di tenggara negeri Perak Darul Ridzuan manakala bersempadanan dengan mukim Bidor di sebelah timur ialah negeri Pahang.
Ekoran itu juga tidak hairanlah kebanyakan menu di Bidor Station Kopitiam tidak jauh bezanya dengan masakan kegemaran masyarakat di daerah itu.
Selain nasi goreng Bidor, mi rebus, laksa, mi kari dan mi udang antara yang menjadi tumpuan. Nasi lemak dan nasi goreng ayam Ringgo turut diminati.
Tidak cukup dengan itu, minuman pelbagai warna dan rasa dihidangkan seperti shirley temple, blue Lagoon pop, strawberi pop selain barisan minuman yang menjadi kegemaran sepanjang zaman.
Sambil menjamu selera, mata pasti terpukau dengan dekorasi yang mengimbas nostalgia stesen kereta api yang terdapat di utara tanah air itu.
Setiap meja mempunyai papan tanda yang mengambil nama sempena stesen kereta api dari Kuala Lumpur hingga Taiping.
Mengambil dekorasi binaan rumah kampung Bidor Station Kopitiam pasti membangkitkan kenangan setiap pengunjungnya di kampung dan sedikit sebanyak menghilangkan rasa rindu pelanggan terhadap kampung halaman mereka.
Sebuah kios kuih tradisional dan kaunter tiket kereta api menjadi tumpuan. Selain gambar-gambar pelbagai menghiasi dinding untuk tatapan pengunjung serta papan autograf artis tempatan pasti menggamit mata pengunjung ke situ.
Ditambah pula dengan lantai kayu dan reka bentuk kaki lima yang direka seperti beranda rumah kampung membuat Bidor Station Kopitiam yang lain daripada kebiasaan.

Sunday, February 19, 2012

resepi roti canai blog food.com

Directions:


  1. 1
    Mix the salt in the water.
  2. 2
    Put the flour in a mixing bowl. Add the salted water gradually.
  3. 3
    Mix the flour into a dough. kneed until smooth. Make sure the texture of the dough is not too sticky and gooey.
  4. 4
    Oil your hands with cooking oil and then make the dough into palm sized balls.
  5. 5
    In a bowl pour some oil so that the dough doesn’t stick to the bowl. Put in the balls, coating it with oil as you put one on top of each other. After it is all in a bowl, totally immerse it in oil. Leave over night.
  6. 6
    Oil your kneading space. Take out one dough ball, flatten it out into with you palms until the size of a dinner plate.
  7. 7
    Flip it like a pizza (I put a link below to show you how to flip it).
  8. 8
    Flip the dough a couple of times and spread it out until paper thin.
  9. 9
    Take the one edge and fold it to the middle. Do this another three times so that it will turn into a square.
  10. 10
    Grease a flat pan or skillet with cooking oil and cook until golden brown.
  11. 11
    http://youtube.com/watch?v=3EucCu1zafk&feature=related.