Bahan2nya
1 mangkuk telor ayam
tiga suku mangkuk tepong gandum
1 mangkuk gula (Kjee kurangkan dua sudu besar)
1 mangkuk pati santan
10 helai daun pandan yang tua
minyak sapi
acuan kuih bakar
Cara
Daun pandan dicuci bersih, racik dan dikisar guna air sedikit
sahaja. Cukup untuk gerakkan mesin pengisar. Kemudian ditapis airnya
dan dicampur bersama santan. Kalau guna daun pandan yang hijau dan tua,
tidak perlu tambah pewarna. Kjee tidak suka tambah. Biarkan dalam warna
asal. Suka sangat baunya.
Satu mangkuk telor diblend bersama gula. Ini kerja mudah.
Kerja tak mudah, telor dipukul sampai kembang guna whisk kemudian
masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang.
Kemudian masukkan santan yang telah dicampur dengan pati daun
pandan. Kacau rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil
dikacau dengan whisk. Jaga jangan bergentel. Kalau bergentel, tapis
adunan.
Panaskan oven 180 darjah.
Kjee guna acuan kuih bakar tembaga. Panaskan acuan itu diatas
dapur gas. Kecikkan api dan bubuh setengah suduh besar minyak sapi.
Kalau suka boleh guna majerin tetapi rasanya masin. Apabila minyak sapi
cair, perlahankan sedikit api.
Kacau adunan tadi hingga sebati dan tuangkan hingga ke paras
tiga suku acuan kuih bakar. Jangan penuh sangat. Masak atas dapur gas
sampai tepinya agak berkerak. Kemudian dibakar selama 25 minit atau
hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment