Monday, April 28, 2014

jom masak pindang


  • Asmidar As ikan kerisi(yg merah) tu masak pindang pasti sedap dn rengkas,cara masaknya juga cukup mudah..
    bwng kecil,bwng putih dan halia ditumbuk,panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk tadi dan masukan sedikit serbuk kunyit dn tumis hingga garing,bila dah g
    aring masukkan air asam jawa,dn air sejuk sebnyk mn yg kita mahu seimbng dgn bwng dn ikan tadi,setelah mendidih baru masukan ikan,tomatao dn cili api beberapa biji yg kita suka,bubuh garam dan apa serbuk perasa sekirnya kita mahu dn biarkan hingga kuah itu mendidi sekali lagi,baru boleh ditutp api dn dh boleh dihidang dn di mkn wktu tghari nii,utk menyedapkan lauk itu tumbuk lah bwng puth dn bwng kecil tu lebih sikit..baru best...!hehehehe

Monday, April 21, 2014

nasi goreng usa


Nasi Goreng USA

Salam semua.. setelah sebulan lebih saya cuti2 malaysia, kini kembali semula ke dapur masak ku di UAE ni..menu pertamanya ialah nasi goreng usa, resepinya telah diubahsuai sedikit..

Bahan nasi:
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu (blh guna mix veg)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan nasi:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan lobak merah(mix veg), gaul rata.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.

Daging masak merah:
300gm daging ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 biji capsicum ~ dihiris
1 biji tomato ~ dipotong 6
1 sudu cili kisar
2 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan daging:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
3. Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya.
5. Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun.
Anda mungkin juga meminati:

nasi goreng usa


Nasi Goreng USA

Nasi Goreng USA

Terbahagi kepada dua bahagian

1.Nasi Goreng
2.Lauk

Bahagian Pertama Nasi goreng

Bahan-bahan 
Nasi putih satu mangkuk
Bawang putih
Sayur lobak merah- dipotong kecil macam batang mancis
Minyak masak
Cara-cara 
Masukkan minyak
Masukkan bawang putih
Masukkan 1 sudu cili boh
Masukkan semangkuk nasi
Masukkan sayur campur
Masukkan sos cili, sos tomato ,sos tiram,  kicap masin,  sedikit garam dan serbuk perasa
* Biasanya masakan thai mengunakan 2 jens kicap..Kicap yang masin berwaran agak jernih dan kicap pekat yang berwarna hitam pekat
*hanya guna sedikit garam kerana lauk ayam yang akan dimasak nanti juga masin.
Gaulkan sehingga masak..
Bahagian Kedua Lauk Ayam
Bahan-bahan
Ayam
minyak masak
Cili boh
Cile besar merah 
Bawang putih
Bawang Besar
Tomato
Sedikit daun limau purut

Cara-cara 
Masukkan minyak
Masukkan cili boh
Masukkan bawang putih
Masukkan ayam- bahagian dada sahaja potong dadu gaul sehinga ayam masak
Masukkan sos cili, sos tomato ,sos tiram,  kicap masin,  garam, gula dan serbuk perasa
Potong bawang besar, cili besar dan tomato
masukkan daun limau purut.
Gaul sehingga asak
Nota
* Boleh juga ditambah udang.dal nasi goreng
*Goreng telur mata kerbau dan letak atas nasi tersebut

Hiasan, 
Potong timun, daun bawang dan tomato, dan jangan lupa taburkan sedikit lada sulah dan bawang goreng diatas hidangan tersebut.
selamat mencuba


Nasi Goreng USA Nasi Goreng USA Nasi Goreng USA Nasi Goreng USA Nasi Goreng USA Nasi Goreng USA Nasi Goreng USA Nasi Goreng USA Nasi Goreng USA Nasi Goreng USANasi Goreng USA Nasi Goreng USA Nasi Goreng USA

Saturday, April 19, 2014

jom buat apam nasi



Kepada anak-anak dan adik=adik yang nak cuba apam nasi ni, mak cik Siti taipkan sekali lgi resepinya (telah ada dalam post terdahulu)..resepi ni pun ambik dari Kongsi Resepi lama dulu...terima kasih sekali lagi pada yang menyumbang resepi terawal..moga Allah beri ganjaran pahala padanya. ok kita semak bahannya...
Bahan;
2 cawan nasi
3 cawan air
(blend hingga halus dan tapis)

1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras cap bunga teratai
13/4 cawan (kalau nak manis cukupkan 2 cawan)
1 paket yis (mauripan)
-ayak kedua-dua tepung.

Cara:
1. Masukkan tepung yg diayak, gula dan yis dalam mangkuk
2. tuangkan nasi yg diblend tadi
3. gaul rata dan diblend sekali lagi
4. tunagkan semula dalam mangkuk agak besar (bertutup), perap dalam 30 hingga 40 minit
5. sementara tu boleh sapu sikit minyak/shortening pada acuan merah kecik , atau boleh juga kukus guna pelengat je.
6. Panaskan air kukusan..kukus 10 minit.
Catatan.
boleh juga letak warna-warna pilihan masing-masing....selamat mencuba.

Monday, April 7, 2014

murtabak buat sendiri

Murtabak Daging
Oleh:Zaleha Saini
Kredit : Buku Resepi
Share : Resepi Ummi
Bahan-Bahannya: (A)
500 gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula halus
30 gm mentega
1 biji telur
1 sudu besar susu tepong
50 ml air( lebih jika perlu)
Minyak masak untuk perap doh
Bahan inti (B)
300 gm daging cincang
*2 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2 sm halia
1 sudu besar serbuk rempah kari daging
½ sudu besar serbuk rempah bryani
½ kuib stok daging
(* kisar semua)
Minyak masak
Cara2nya menguli tepung
Masukkan tepung , garam, gula, mentega, telur , susu tepung dan air ke dalam sebuah bekas.
Uli dengan tangan hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
Perap doh semalam dengan minyak masak .
Bahan-Bahan lain untuk taburan(C)
5 biji telur di kacau
2 biji bawang besar di dadu
Sedikit daun sup
Cara membuat Inti
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan kedua-dua rempah dan tumis sehingga naik minyak. Masukkan daging cincang dan masak hingga lembut . Masukkan garam dan sebuk perasa dan masaklah hingga agak kering.
Cara untuk membuat Murtabak
Keluarkan semua bebola kecil dan letakkan ke dalam bekas lain. Minyak itu di gunakan untuk mencanai tepung.
Gunakan dulang bulat yang besar. Ambil sebiji doh dan lepirkan dengan minyak.
Gunakan tangan untuk menarik tepung dengan perlahan sehingga menjadi besar keliling dulang.
Taburkan sedikit inti. Tuangkan sedikit bancuhan telor ke atas doh.
Taburkan bawang dadu dan sedikit daun sup
Lipat keliling dan kemaskan lipatan menjadi empat persegi.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letakkan di atas kuali. Gorenglah hingga kekuningan.
Selamat mencuba !!