Wednesday, July 24, 2013

kerabu mangga

2 Biji Mangga Muda dicincang

4 Biji Bawang Merah dihiris halus

6 -10 Biji Cili Padi (ikut citarasa kalau nak pedas tambah cilinya)

Segenggam Udang kering digoreng dan ditumbuk / ikan bilis pun boleh

Sebatang Serai Dihiris nipis, sedikit halia dan lengkuas dicincang (semuanya digoreng dan ditumbuk halus)

Sebiji Buah limau nipis ( Diambil air Perahannya)

2 Sudu Besar Cuka Makan ( terpulang kepada citarasa atau mangga tak berapa masam)

2 Sudu Gula

Sedikit Garam

Selepas Mangga di buang kulitnya, rendam seketika di dalam air garam, kemudian Cincang halus dan memanjang.

Masukkan bawang merah, cili padi, garam, gula, cuka makan dan gaulkan.

Masukkan Udang kering,halia,serai dan lengkuas yang telah ditumbuk serta air perahan asam limau, gaulkan lagi sehingga sebati.

Siap dah hidangkan bersama nasi dan lauk yang lain teruatamanya Ikan Siakap Bakar ( menu selepas ini).

Tuesday, July 23, 2013

jeruk maman


Resepi Bonda shared a photo.
Jeruk Maman.

Bahan-bahan
1.Sayur maman 1kg
2. Garam
3. 3 sudu besar nasi putih

Cara penyediaan
1. Maman dibersihkan dan dipetik daunnya(yang muda dan lembut) termasuk batang yang lembut.
2. 3 sudu besar nasi putih dilecek dan dilarutkan dengan air suam . Tapiskan
3. Masukkan daun maman dan air nasi kedalam bekas bertutup. Pastikan paras air nasi melebihi daun maman.
4. Tambah garam mengikut rasa.

5. Simpan selama 3 hari dan boleh dihidangkan bersama nasi panas dan ikan bakar.

SELAMAT MENCUBA

bingka ubi kayu

BINGKA UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu | parut dan sejatkan airnya
280ml santan pekat
160gm gula
1 biji telur | dipukul sedikit
Sedikit pewarna kuning
Secubit garam


CARA MEMASAK:

1. Gaulkan parutan ubi bersama gula, telur, garam, pewarna kuning dan santan pekat sehingga sebati.
2. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalamnya.
3. Bakar pada suhu 180˚C selama 30 minit atau sehingga keperang-perangan.

mee mamak

MEE GORENG MAMAK

Bahan-Bahan:
Bahan A:
500g mee kuning (basuh dgn air panas)
2 sudu besar isi ayam dipotong kecil
Setengah biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji lada hijau (dihiris)
1 biji telur ayam
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar air
2 tangkai sayur sawi
3 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan B:
3 biji lada kering (direndam air panas)
1 ulas bawang putih
2 butir bawang merah kecil
Setengah cm halia
Bahan B – kisar halus

Cara:
Panaskan kuali. Masukkan minyak dan
goreng isi ayam hingga garing dan
keluarkan. Goreng bawang merah dan
bawang putih hingga sedikit hangit.
Masukkan bahan kisar dan tumis hingga
garing(keluar minyak). Tambah sos
tomato, kicap manis dan air. Kacau rata.
Masukkan mee kuning, isi ayam dan sayur
sawi. Kacau hingga sebati. Kuatkan api.
Masukkan telur ayam. Kacau hingga agak
kering. Taburkan lada hijau.

kuih kaswi

KASWI

Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir*
1 cawan gula merah*
1 1/2 cwn air*
3 helai daun pandan* (*di masak)
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1/2 cwn tepung beras
sedikit garam
3 sudu besar air kapur
3 cwn air
kelapa parut + garam

Cara menyediakannya:
Masak gula, gula merah dan daun pandan dengan 1 1/2 cawan air hingga gula larut.
Sejukkan dulu.
Ayak kesemua tepung. Ketepikan..
Masukkan 3 cawan air dan air kapur dalam bancuhan air gula yang telah dimasak tadi.
Tapis air gula ke dalam tepung dan gaul rata. Tapis bancuhan tersebut dan masak seketika atas api perlahan dalam 10 minit.. kacau selalu sampai pekat sikit..
Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan. Kukus loyang/acuan dulu..
Masukkan bancuhan tepung tadi dan kukus selama 45 minit atau hingga masak.. kalau guna acuan kecil leh kukus dalam 15 minit..

Friday, July 19, 2013

jom buat agar2 milo

bahan2:
aku guna yg serbuk- 12 gram
lebih kurang 1 liter air
campurkan dan masak hingga agar2 larut dan mendidih
masukkan 3/4 tin susu pekat manis (leh kurang atau tambah ikut citarasa)
pastu masukkan 2 senduk milo
kacau hingga semua larut
pastu tapis masuk dlm acuan
tabur sedikit milo kat atasnya kalo suka
sejukkan dulu sblm masuk peti ais