Sunday, March 30, 2014

buat kuih cakoi

7821
CAKOI
Bahan-bahan
1 cawan air- hana x semuakan tp menten biarkan adunan lembik
2 cawan tepung roti
¼ sudu kecil instant yeast
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
¾ sudu kecil tawas (alum)
½ sudu kecil baking soda
½ sudu kecil ammonia atau Nutre Powder (utk menghasilkan cakoi yg lebih ranggup, takde pun takpe... susah nak cari ammonia for cooking)
1 sudu besar minyak
Minyak utk menggoreng
Cara-cara
Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan. Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker. Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu. Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.
Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm, biar rehat selama 10-15 minit lagi.
Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil. Ambil sekeping doh, bubuh sedikit air dgn mengunakan lidi sate.
Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah2 dgn lidi sate.
Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul kat permukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang keemasan.
note: Doh ni agak lembut, kena taburkan tepung banyak. Doh yg betul2 naik, senang nak ditarik. Boleh buat saiz besar sikit jika guna kuali yg besar.

Sumber: hanamemories.blogspot.com
Please Visit
Aneka Kuih Tradisional: http://resipikuihtradisional.blogspot.com/
Like · ·

Saturday, March 29, 2014

buat cendol

Resepi Cendol Pandan Sedap
Share : Resepi Ummi
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 20 Minit
Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 4-5 Orang
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
3 cawan air pandan
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur
Sedikit perwarna hijau
Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat. Kacau selalu supaya tidak hangit.
2. Sediakan bekas yang berisi air sejuk.
3. Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.
4. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.
Cara membuat air cendol:
1. 1 cawan kacang merah rendam semalaman, selepas tu rebus hingga lembut dalam periuk tekanan
2. 1/2 kilo pati santan segar lepas tu letak secubit garam (x perlu masak, cuma tambah ketulan ais supaya tahan lebih lama skit)
3. Air gula melaka campur gula merah dan masukan daun pandan(dimasak lama lebih kurang 1 jam)
4. Untuk melikatkan campur dgn sedikit bancuhan tepung jagung.
Like N SHare kalau suka
Like · ·

Friday, March 28, 2014

mee kari

MEE KARI
Share : Resepi Ummi
Bahan-bahan(6 orang):
4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
1.5 liter air + 1 kotak santan (200ml) - guna santan fresh pun boleh
1 tin sardin kecil – dikisar sedikit, jangan sampai terlalu hancur (**) - dikisar berasingan dari bahan (*)
500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak)
4 tangkai daun kari
Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
1 labu bawang besar – dikisar (*)
6 ulas bawang merah – dikisar (*)
6 ulas bawang putih – dikisar (*)
200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang
Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
4 keping asam keping / asam gelugur
Garam & perasa secukupnya
*** Lain-lain bahan & hiasan :
1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
Taugeh – dicelur
Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur
Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
Cili merah – dihiris halus
Daun bawang & daun sup – dihiris halus
Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Cara-cara :
Untuk kuah : Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.
Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.
Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...
Cara hidangan : Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan.
selamat mencuba..
Like · ·

apam balik buat sendiri

 
 

Nak kongsi respi apam balik yg senang dan lembut.
Selama ni asyik beli je...,apa kata kita pakat buat sendiri,
Jimat dan sedap,lg pun boleh taruk jagung bnyak2 x kena cas lebih pun...,hihi.
2 Cwn tpg gandum.
1 1/2 Cwn air.
1/3 Cwn gula.
2 bj telur.
1 sudu teh baking powder.
1 sudu teh yis mauripan.
2 sudu besar minyak masak.
Secubit garam.
Sedikit pewarna kuning telur.
Bahan tabur.
Kacang tanah yg telah di kisar ( ikut suka).
Gula ( ikut suka)
1 tin Jagung ala cream.
Mentega (ikut suka)
Caranya.
Saya guna blend je, senang dn cepat.
Blend telur dan gula hingga kembang
Masukan baking powder,yis ,minyak dan garam, blend lg,Masukan air,blend lg,
Masukan tpg,blend lg.
Masukan pewarna blend lg.
Dah siap....,perap 1 hingga 2 jam.
Guna kuali non stikc, x perlu taruk minyak.
Saya buat yg kecik2, taruk inti bnyk2 pun dia x kuar,
senang sket nak makan.
Kalau buat besar,bila potong isinya meleleh2, keluar.

Sunday, March 23, 2014

ayam penyek

Nasi Ayam Penyet
Bahan2:
6 cawan beras basmathi
7 1/2 cawan air sup rebusan ayam
6 ulas bwang putih
halia muda sebesar ibu jari

Untuk membuat minyak ayam
5 cm halia tua diketuk
5 ulas bawang putih diketuk
lemak-lemak ayam
kulit-kulit ayam
basuh lemak dan kulit ayam kemudian masak bersama halia dan bawang tanpa air. Bila ianya telah garing dan mengeluarkan minyak, gunakan minyak itu untuk menumis nasi ayam.
Beras dicuci bersih dan toskan airnya hingga hampir kering. Kemudian goreng beras tersebut tanpa minyak dengan api sederhana. Jangan sampai hangus. Tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan beras dan kacau kemudian tuangkan air rebusan sup ayam. tutup periuk dan biarkan ianya masak.
Ayam:
1 ekor ayam dibelah 4
(boleh juga dipotong kecil-kecil jika suka)
bahan perap:-
10 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
5 tangkai cili merah
4 cm kunyit hidup
1 camca makan ketumbar
1 camca teh jintan halus
1 camca teh jintan kasar
garam secukup rasa
Kesemua bahan perap ditumbuk halus dan lumurkan pada ayam. Perap ayam sehari semalam ataupun 2 jam. Goreng ayam dengan api sederhana. Bila menghidang penyetkan ayam dengan menggunakan ulek.
Sup Untuk Kuah Ayam:
4 cm halia tua diketuk
3 ulas bwang putih ditumbuk
Tulang-tulang ayam
1 kuib ayam
Rebus kesemua bahan ini dan perasakan sedikit garam. Bila telah mendidih masukkan daun bawang dan daun saderi.
Sambal Untuk Ayam Penyet :-
8 tangkai lada merah
8 tangkai lada hijau
10 tangkai cili padi
4 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
Belacan sebesar telur ayam kampung
5 butir tomato
Kesemua bahan ini digoreng sehingga layu. Kemudian kisar bahan-bahan ini dan goreng semula dengan menggunakan minyak tadi.
**Gambar Ihsan Google...
Like · · · 593103

cheese meleleh

KEK CHEESE MELELEH
Share : Resepi Ummi
BAHAN2 UNTUK KEK
**100 gram tepung hong kong
(boleh guna tepung gandum)
**60 gram tepung jagung
100 gram gula halus
2 sudu makan (sudu besar) ovelet
4 biji telur ayam
2 biji telur kuning
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
75 gram mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
Bahan yang bertanda* di ayak dulu…
Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
boleh campurkan pewarna dan perasa yang anda inginkan…. strawberry ataupun coklat
Bakar dalam oven pada suhu 150′C selama 45 minit.
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
Campurkan semua bahan dia atas hingga sebati
adunan ini memang cair
Untuk hiasan:
cheddar cheese, diparut
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping..tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama. Lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek..
Selamat mencuba !!
Like · · · 67250661

Friday, March 7, 2014

buat nasi ayam

nasi ayam, oh ayam
Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahan (utk membuat sup)
1. Ayam di rebus
2. Air rebusan ayam
3. Kulit kayu manis
4. Bunga lawang
5. Halai di hiris
6. 3 biji Bawang putih di ketuk
7. Sup bunjut
8. Bahan perasa
9. Bawang goreng
10. Daun sup
11. Kiub ayam

Bahan utk memasak nasi ayam
1. 1inci Halia di hiris halus
2. 1 biji Bawang putih di hiris halus
3. Garam
4. Mejerin
5. Pewarna kuning
6. Air rebusan ayam

Bahan utk perap ayam
1. Kicap

Bahan utk hiasan
1. Daun salad
2. Timun
3. Tomato

Cara-cara memasak sup.
1. Bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang putih di gorengkn. Setelah garing angkat dan masukkan dalam air rebusan ayam tadi.
2. Masukkan halia, sup bunjut, kiub ayam dan bahan perasa. Biarkan mendidih. Agak2 dh cukup rasa blh tutup api.

Cara memasak nasi
1. Basuh beras dan isi air rebusan ayam td mengikut sukatan beras yang ingin di masak.
2. Masukkan halia, bawang putih, pewarna kuning, garam dan majerin ke dlm beras td dan kacau kemudian masak.

Bahan untuk ayam
1. Ayam yg di rebus tadi di angkat dan isi kicap.
2. Setelah selesai masak sup dan nasi boleh goreng ayam pula.

Selamat mencuba!