Olahan nasi dagang di bawah ini Amie gunakan cara DI SINI.
Bahan-bahan untuk nasi dagang:
3 cawan beras merah
2 cawan beras wangi
500ml santan pekat
5 biji bawang merah - hiris nipis
5cm halia - hiris halus
1 sudu makan halba
1/2 sudu makan garam
Cara:
1. Rendam beras wangi dan beras perang selama 8 jam.
2. Toskan kedua-dua beras dan campurkan.
3. Kukus selama 20 minit.
4. Masukkan halba, bawang merah dan halia. Gaul rata. Tutup kembali periuk pengukus.
5. Campurkan gula melaka dan garam ke dalam santan.
6. Buka kembali tutup pengukus dan renjiskan santan pekat ke atas nasi. Gaul hingga sebati.
7. Kukus semula selama 10 minit.
Terima
kasih buat Madiha dan Kak Jie Jie. Minta halal dan minta izin Amie
panjangkan resepinya di bawah ini untuk tatapan bersama.
GULAI IKAN NASI DAGANG (versi Kelantan)Resepi : Kak Jie Jie
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan-bahan:
9 ekor ikan kembung/tongkol yang telah direbus semalaman (MaDiHaA
guna ikan tongkol anggaran 1.3 kg seekor.. rebus dengan 2 sudu kecil
garam & 6 keping asam gelugur & 1 cawan air)
santan pekat RM 1 + 3 cawan air (anggaran aje) (MaDiHaA guna anggaran 5 cawan santan)
2 biji cili merah dibelah dua (MaDiHaA ganti dengan 10 biji cili padi hijau)
2 biji tomato dipotong 4
2 biji timun dipotong ikut suka
1 keping asam keping
garam secukup rasa ( sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin)

MaDiHAa tambah 1 cawan air rebus ikan rebus (jadi garam perlu dikurangkan)
MaDiHAa tambah 1 sudu besar gula merah
Bahan kisar:
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 1/2 inci lengkuas
15 biji cili kering
2 sudu serbuk kunyit
segenggam kelapa parut dikisar berasingan dengan sedikit air - Amie hanya letak satu sudu makan (sebab tersilap baca perkataan segenggam.... dalam kepala terbayang satu sudu makan!)
Cara:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. Panaskan dan dikacau selalu
2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika.
3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api.
Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak
4. Masukkan tomato, usik2 kejap kuah dan angkat.

Untuk acarnya pula,
seperti biasa Amie campurkan hirisan timun, lobak merah, nenas, hirisan
bawang besar, lada merah, garam, gula dan cuka. Siap.
Dan, tidak ketinggalan Sambal Kelapa yang Amie ambil dari buku resepi Aneka Masakan Kelantan.
Resepi : Sambal Kelapa
Sumber : Aneka Masakan Kelantan oleh Nik Malawati Nik Othman
Bahan-bahan:
300 gm kelapa parut - digoreng dan ditumbuk sedikit
3 ekor ikan kembung - dibakar dan diambil isinya
1/2 inci halia
4 biji bawang merah
3 batang serai
sedikit garam dan gula pasir
1/2 sudu makan lada hitam
Cara:
1. Tumbuk bawang merah, halia, serai, lada hitam, gula pasir dan garam hingga lumat.
2. Masukkan ikan dan ditumbuk kasar.
3. Masukkan kelapa dan digaul rata.
Buat Kak Nor @ Secubit Garam dan penganjur MFF (Kelantan Month) Gertrude Wan Patane,
Amie ucapkan jutaan terima kasih sekali lagi di atas kesudian menjemput
Amie menyertai MFF walaupun hanya sempat menghantar beberap hidangan.
Apa yang Amie ingin kongsikan di sini ialah, Amie mendapat banyak info
tentang resepi-resepi tertentu. Misalnya melalui paparan hidangan
Kelantan, Amie turut menelurusi sejarah dan asal-usul serta berminat
untuk mencari resepinya yang benar-benar asli walaupun sebenarnya agak
mustahil untuk Amie perolehi. Amie rasa sangat seronok dan merasakan
setiap paparan resepi yang Amie kongsikan lebih bermakna dengan penemuan
dan pelbagai ilmu baru dalam dunia masakan yang tiada sempadannya ini.
No comments:
Post a Comment