Saturday, April 27, 2013

muffin mudah dr blog azamrussiakita

Resipi: Muffin Mudah!


Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, kali ini team kulinari Azam akan membawakan satu resipi mudah untuk semua. Resipi ini sangat sesuai untuk beginner's baker mahu pun golongan profesional yang mahu membuat muffin dalam masa yang singkat. Bahan-bahannya amatlah mudah untuk didapati. Dan mungkin sahaja bahan-bahan ini ada di dalam peti sejuk antunna sekarang. 
Bahan-bahan (Untuk 12-14 muffin)
- 1 1/2 cawan tepung atau 360 gram
- 3/4 cawan gula atau 180 gram
- 1/2 tin susu pekat
- 3 biji telur
- 80 gram butter/marjerin
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil perasa vanilla/ros/pisang/oren/pandan

Muffin boleh dibuat mengikut citarasa yang diingini.
Warna muffin juga mengikut citarasa sendiri

Cara-cara

1. Masukkan butter/marjerin dan gula ke dalam bekas mixer dan gaulkan menggunakan mixer. Kemudian masukkan telur 3 biji dan gaulkan sehingga kembang.

2. Setelah kembang, masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaul sehingga rata. (Amaran: Doh yang bakal siap akan menjadi agak keras/pekat, berhati-hati ketika menggunakan mixer kerana boleh menyebabkan mixer tersebut rosak.)


3. Panaskan oven dengan suhu 175 darjah selsius.

4. Masukkan doh ke dalam acuan muffin dan letakkan ke dalam oven yang telah panas selama 20 minit. Siap!

Smurfy Muffin

Sekian sahaja. Selamat mencuba!
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment