Thursday, April 25, 2013

air soya buat sendiri

Resepi Air Soya

Bahan-Bahan:

1 kg kacang soya

3 helai daun pandan

1 sudu teh garam

9 liter air

Bahan Air Gula:

1 kg gula

1 liter air

Peralatan:

Mesin soya/ blender

Tapis teh tarik mamak/kain net putih

Bekas tapis plastik

1 periuk sederhana

1 bekas tong panas/hot container

Cara-cara:

Step 1

Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja.
Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.

Step 2

Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja.
Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.
Step 3

Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini.

Step 4

Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini dengan sukatan 3 liter air sahaja.
Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).

Step 5

Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak.
Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.
Step 6

Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.
Tutup periuk. Kacau air soya selang 10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
Masak dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.

Step 7, 8, ke 100 dan seterusnya…minumla..tunggu apa lagi. Dah ready n mantop dah tu! Pati Soya ni sangat Pekat. Bubuh ais untuk lebih kaww. Atau mana yang suka air gula merah tu adjust le sendiri.

* Ini cuma 1 dari teknik buat air soya. Ada banyak lagi cara n teknik yg berbeza boleh dicuba.Lain orang lain kaedahnya. Teknik ini adalah yang paling simple n guna peralatan yang mesti semua orang dah ada di rumah.

No comments:

Post a Comment