Tuesday, April 30, 2013

nasi dagang kelantan



Olahan nasi dagang di bawah ini Amie gunakan cara DI SINI

Bahan-bahan untuk nasi dagang:
3 cawan beras merah
2 cawan beras wangi
500ml santan pekat
5 biji bawang merah - hiris nipis
5cm halia - hiris halus
1 sudu makan halba
1/2 sudu makan garam

Cara:
1. Rendam beras wangi dan beras perang selama 8 jam.
2. Toskan kedua-dua beras dan campurkan.
3. Kukus selama 20 minit.
4. Masukkan halba, bawang merah dan halia. Gaul rata. Tutup kembali periuk pengukus.
5. Campurkan gula melaka dan garam ke dalam santan.
6. Buka kembali tutup pengukus dan renjiskan santan pekat ke atas nasi. Gaul hingga sebati.
7. Kukus semula selama 10 minit.

Terima kasih buat Madiha dan Kak Jie Jie. Minta halal dan minta  izin Amie panjangkan resepinya di bawah ini untuk tatapan bersama. 

GULAI IKAN NASI DAGANG (versi Kelantan)Resepi : Kak Jie Jie
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan:
9 ekor ikan kembung/tongkol yang telah direbus semalaman (MaDiHaA guna ikan tongkol anggaran 1.3 kg seekor.. rebus dengan 2 sudu kecil garam & 6 keping asam gelugur & 1 cawan air) 
santan pekat RM 1 + 3 cawan air (anggaran aje) (MaDiHaA guna anggaran 5 cawan santan)
2 biji cili merah dibelah dua (MaDiHaA ganti dengan 10 biji cili padi hijau)
2 biji tomato dipotong 4 
2 biji timun dipotong ikut suka 
1 keping asam keping 
garam secukup rasa ( sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin) 
MaDiHAa tambah 1 cawan air rebus ikan rebus (jadi garam perlu dikurangkan)
MaDiHAa tambah 1 sudu besar gula merah
 
Bahan kisar:
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 1/2 inci lengkuas
15 biji cili kering
2 sudu serbuk kunyit
segenggam kelapa parut dikisar berasingan dengan sedikit air - Amie hanya letak satu sudu makan (sebab tersilap baca perkataan segenggam.... dalam kepala terbayang satu sudu makan!)

Cara: 
1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. Panaskan dan dikacau selalu
2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika.
3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api.
Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak
4. Masukkan tomato, usik2 kejap kuah dan angkat.


Untuk acarnya pula, seperti biasa Amie campurkan hirisan timun, lobak merah, nenas, hirisan bawang besar, lada merah, garam, gula dan cuka. Siap.
Dan, tidak ketinggalan Sambal Kelapa yang Amie ambil dari buku resepi Aneka Masakan Kelantan.

Resepi : Sambal Kelapa
Sumber : Aneka Masakan Kelantan oleh Nik Malawati Nik Othman

Bahan-bahan:
300 gm kelapa parut - digoreng dan ditumbuk sedikit
3 ekor ikan kembung - dibakar dan diambil isinya
1/2 inci halia
4 biji bawang merah
3 batang serai
sedikit garam dan gula pasir
1/2 sudu makan lada hitam

Cara:
1. Tumbuk bawang merah, halia, serai, lada hitam, gula pasir dan garam hingga lumat.
2. Masukkan ikan dan ditumbuk kasar.
3. Masukkan kelapa dan digaul rata.


Buat Kak Nor @ Secubit Garam dan penganjur MFF (Kelantan Month) Gertrude Wan Patane, Amie ucapkan jutaan terima kasih sekali lagi di atas kesudian menjemput Amie menyertai MFF walaupun hanya sempat menghantar beberap hidangan. Apa yang Amie ingin kongsikan di sini ialah, Amie mendapat banyak info tentang resepi-resepi tertentu. Misalnya melalui paparan hidangan Kelantan, Amie turut menelurusi sejarah dan asal-usul serta berminat untuk mencari resepinya yang benar-benar asli walaupun sebenarnya agak mustahil untuk Amie perolehi. Amie rasa sangat seronok dan merasakan setiap paparan resepi yang Amie kongsikan lebih bermakna dengan penemuan dan pelbagai ilmu baru dalam dunia masakan yang tiada sempadannya ini.

Monday, April 29, 2013

donut

Donut

Bahan-Bahan :
Tepung Gandum : : 3 Cawan
Ibu Roti (Yis) : : Separuh Paket
Majerin : : 1 Sudu Besar
Garam : : Secukup Rasa (Mesti dilarutkan ke dalam air terlebih dahulu)
Susu Cair : : Separuh Cawan
Telur : : 1 Biji
Cara-Cara :
Campurkan tepung gandum dengan ibu roti (yis)
Selepas itu masukkan majerin, telur, garam dan juga susu cair kemudian gaul sebati.
Uli sampai ia menjadi doh yang lembut. Kemudia bentukkan menjadi bentuk donat.
Akhir sekali goreng dengan minyak panas dan sedia dihidangkan.
Donut

Bahan-Bahan :
Tepung Gandum : : 3 Cawan
Ibu Roti (Yis) : : Separuh Paket
Majerin : : 1 Sudu Besar
Garam : : Secukup Rasa (Mesti dilarutkan ke dalam air terlebih dahulu)
Susu Cair : : Separuh Cawan
Telur : : 1 Biji
Cara-Cara :
Campurkan tepung gandum dengan ibu roti (yis)
Selepas itu masukkan majerin, telur, garam dan juga susu cair kemudian gaul sebati.
Uli sampai ia menjadi doh yang lembut. Kemudia bentukkan menjadi bentuk donat.
Akhir sekali goreng dengan minyak panas dan sedia dihidangkan.

nasi ayam hainan

 
 

Nasi Ayam Hainan

Nasi :
- 4 cawan beras (dibasuh dan direndam sekurang-kurangnya setengah jam dalam air biasa dan kemudian di toskan) - boleh guna apa-apa saja jenis beras.
- 4 cawan air untuk masak nasi (ikut jenis beras yer, kalau jenis yang perlu air banyak, lebihkanlah airnya)
- 1 labu bawang putih dicincang halus (kalau boleh jangan tumbuk dan sama sekali jangan blend)
- 4 helai daun pandan yang disimpul
- 1 kiub pati ayam
- 2 sudu butter
- 2 sudu minyak masak
- sedikit garam

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan butter dengan api sederhana bessar.
2. Tumiskan bawang putih sehingga wangi dan warnanya berubah menjadi kuning gelap. Hai-hati jangan sampai hangus.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan dan gaul rata bersama daun pandan dan pati ayam.
4. Taburkan sedikit garam. Jangan banyak sangat yer, secubit pun dah cukup.
5. Pindahkan beras yang telah bersalut rata dengan bawang putih tadi kedalam rice cooker.
6. Masukkan air secukupnya seperti mana biasanya kita memasak nasi dan masaklah dalam rice cooker seperti biasa.
7. Jangan lupa kacau sedikit nasi bila dah kering airnya supaya gebu.

Sementara tu, mari siapkan bahan2 lain.



Ayam
2 ekor ayam yang dipotong 4. (Quarter chicken)
15 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
3 inci halia dihiris
2 sudu biji ketumbar disangai
2 batang serai dititik
2 sudu minyak masak
sedikit penumis (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
Sedikit kicap pekat, kicap manis, sos tiram, serbuk kunyit dan serbuk cili
Garam dan gula sebagai perasa
Air yang banyak.


Cara-cara:
1. Tumiskan dengan minyak bahan-bahan penumis dan kemudian masukkan 1/3 bawang merah.
2. Bila dah sedikit wangi, masukkan juga separuh bawah putih dan separuh halia. Tumis lagi hingga wangi.
3. Bila dah wangi, masukkan air yang banyak dan rebuskan ayam 2 ekor tersebut. Tunggu sehingga ayam masak, tapi jangan lama-lama sangat.
4. Biarkan air rebusan di dalam periuk tersebut dan matikan api. Toskan ayam yang telah masak tadi.
5. Bawang merah, bawah putih, halia, serai dan biji ketumbar tadi, ditumbuk halus.
6. Dalam bekas lain, gaulkan ayam yang telah ditoskan bersama bahan tumbuk, kicap pekat, kicap manis, sos tiram, serbuk kunyit dan serbuk cili serta garam dan gula.
7. Perapkan selama setengah jam.
8. Kemudian ayam tersebut bolehlah digoreng sekadar untuk menggaringkan bahagian luarnya kerana ayam tersebut telah pun masak.



Sup

- Air rebusan ayam tadi
- Beberapa batang lobak merah yang dikerat 4 atau 3 dan dibelah 4 atau 6.
- Beberapa batang celery, atau boleh guna daun sup.
- Bawang goreng.

Cara-cara :
1. Didihkan semula air rebusan ayam tadi.
2. Masukkan lobak merah dan batang celery atau taburkan daun sup.
3. Rasa garamnya.
4. Taburkan bawang goreng semasa menghidang.

Nota : Terpulanglah apa lagi yang anda suka untuk dimasukkan dalam sup ini, seperti kaki ayam, atau ubi kentang dan sebagainya.


Sos cili :
- 5 biji cili merah segar
- 7 biji cili padi merah
- 2 cawan air
- 1 sudu cuka atau asam limau
- Garam dan gula
- Setengah sudu tepung jagung yang dibancuh dengan 2 sudu air.

Cara-cara:
1. Blend cili merah dan cili padi sehingga hancur dengan air.
2. Masukkan dalam periuk dan didihkan.
3. Masukkan cuka atau asam limau dan perasakan garam dan gulanya.
4. Bila dah ok, masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata hingga didih.
5. Siap untuk dihidangkan.

Bahan ulam :
- Daun salad
- Timun yang dihiris
- Tomato hiris

mee udang

MEE UDANG

Bahan-Bahan:


1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir 4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng


Cara:


Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.


Tambahan:

Segala bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. Agak-agaklah.
MEE UDANG

Bahan-Bahan:


1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir 4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng


Cara:


Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.


Tambahan:

Segala bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. Agak-agaklah.

Sunday, April 28, 2013

kek cawan dari kolej komuniti






jika berminat sila hubungi 014-8478766-zira- daerah bera sahaja

Saturday, April 27, 2013

muffin mudah dr blog azamrussiakita

Resipi: Muffin Mudah!


Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, kali ini team kulinari Azam akan membawakan satu resipi mudah untuk semua. Resipi ini sangat sesuai untuk beginner's baker mahu pun golongan profesional yang mahu membuat muffin dalam masa yang singkat. Bahan-bahannya amatlah mudah untuk didapati. Dan mungkin sahaja bahan-bahan ini ada di dalam peti sejuk antunna sekarang. 
Bahan-bahan (Untuk 12-14 muffin)
- 1 1/2 cawan tepung atau 360 gram
- 3/4 cawan gula atau 180 gram
- 1/2 tin susu pekat
- 3 biji telur
- 80 gram butter/marjerin
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil perasa vanilla/ros/pisang/oren/pandan

Muffin boleh dibuat mengikut citarasa yang diingini.
Warna muffin juga mengikut citarasa sendiri

Cara-cara

1. Masukkan butter/marjerin dan gula ke dalam bekas mixer dan gaulkan menggunakan mixer. Kemudian masukkan telur 3 biji dan gaulkan sehingga kembang.

2. Setelah kembang, masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaul sehingga rata. (Amaran: Doh yang bakal siap akan menjadi agak keras/pekat, berhati-hati ketika menggunakan mixer kerana boleh menyebabkan mixer tersebut rosak.)


3. Panaskan oven dengan suhu 175 darjah selsius.

4. Masukkan doh ke dalam acuan muffin dan letakkan ke dalam oven yang telah panas selama 20 minit. Siap!

Smurfy Muffin

Sekian sahaja. Selamat mencuba!
Wallahu'alam.

muffin asas

 

RESEPI PLAIN MUFFIN/Basic muffin/muffin asas

Bahan2nya:
  • 1 biji telor
  • 1 cawan tepong *ditapis*
  • 1 sudu kecil baking powder *ditapis*
  • butter/margerin 1/2 cawan
  • 1 scop vanilla
  • 1 - 2 sudu besar air
  • 3/4 cawan susu pekat(kalau takde susu pekat, boleh gantikan dengan 1/2 cawan gula)
Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven 180'
  2. Putar butter, telor, vanilla, air dan susu pekat.
  3. Masukkan tepong dan baking powder, kacau sebati.
  4. Bahagikan adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga 3/4 penuh.
  5. Bakar lah selama 15 - 18 minit.
  6. Sedap dimakan panas2 dengan Kopi O *uncang* cap Hang Tuah... :))

asas kek cawan

Sebelum mempelajari teknik menghias dan menggubah cupcake, seharusnya kita mengetahui cara asas membuat cupcake tersebut. Apa yang diperlukan ialah;

1 cwn butter
2 cwn tepung penaik
1 cwn gula
5 biji telur
1 sudu vanilla


Caranya: Asingkan telur putih dari telur kuning. Pukul telur putih hingga naik gebu.ketepikan. pukul butter bersama gula..Dah kembang.Masukkan telur kuning...pukul lagi.Bila dah gebu, masukkan tepung dan pukul pelahan hingga sebati...masukkan putih telur tadi..tebalik..tebalikkan dengan senduk hingga sebati...kemudian bolehlah dimasukkan dalam paper cup. Bakar selama 20 minit suhu 180 darjah.

Thursday, April 25, 2013

asam gelugur buang hanyir

Petua: asam gelugur hilangkan hanyir




Salam,

Macam2 bahan digunakan oleh surirumah untuk membuang hanyir ikan terutama ikan air tawar/ikan sungai, udang, sotong, ketam dan lain2. Keluarga saya biasa guna campuran asam jawa dengan tepung gandum, bahan ini digaul kpd ikan dan makanan laut lainnya dan dibilas.

Beberapa tahun dahulu, seorang makcik di Temerluh telah menunjukkan kepada saya cara guna sekeping asam gelugur untuk membersih ikan. Amat menakjupkan memang ikan2 tu jauh lebih bersih dari kaedah keluarga saya. Semua lendir2 ikan hilang dan ikan menjadi kesat dan hanyir pun hilang. aKhirnyA saya menggunakan kaedah ini hingga sekarang kepada semua hidupan yg hendak dimasak. Ayam dan daging pun saya guna kaedah sama.


Sekeping asam gelugur/asam keping boleh mencuci beberapa kilo ikan/daging. Asam keping ni boleh digunakan berulang kali hingga hancur. Untuk sotong sekeping asam gelugur untuk sekilo sotong adalah memadai dan ulangi membuang air/bilas 2-3 kali hingga puas hati kebersihannya.

Selain membersih dan menghilang hanyir ikan/makanan laut , asam gelugur juga membersihkan dan menghilangkan hanyair tangan kita.Selamat mencuba.

jeruk betik

Jeruk Betik

Bahan :
1 biji betik muda
1/2 cwn gula
2 sb garam
2 sb cuka
Air utk merendam
4 biji cili api - di belah tengah
10 bj asam boi merah

Caranye :
Betik di kupas kulit dan di potong2 cam ni ( lihat pic di atas ) lepas tu di cuci bersih
Masukkan di dlm satu bekas..masukan kesemua bahan2 di atas
Utk mendapatkan hasil yg sedap peram selama 2 @ 3 hr....
Jeruk Betik

Bahan :
1 biji betik muda
1/2 cwn gula
2 sb garam
2 sb cuka
Air utk merendam
4 biji cili api - di belah tengah
10 bj asam boi merah

Caranye :
Betik di kupas kulit dan di potong2 cam ni ( lihat pic di atas ) lepas tu di cuci bersih
Masukkan di dlm satu bekas..masukan kesemua bahan2 di atas
Utk mendapatkan hasil yg sedap peram selama 2 @ 3 hr....

air soya buat sendiri


Resepi Air Soya

Bahan-Bahan:

1 kg kacang soya

3 helai daun pandan

1 sudu teh garam

9 liter air



Bahan Air Gula:

1 kg gula

1 liter air



Peralatan:

Mesin soya/ blender

Tapis teh tarik mamak/kain net putih

Bekas tapis plastik

1 periuk sederhana

1 bekas tong panas/hot container

Cara-cara:

Step 1

Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja.
Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.

Step 2

Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja.
Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.
Step 3

Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini.

Step 4

Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini dengan sukatan 3 liter air sahaja.
Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).

Step 5

Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak.
Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.
Step 6

Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.
Tutup periuk. Kacau air soya selang 10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
Masak dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.


Step 7, 8, ke 100 dan seterusnya…minumla..tunggu apa lagi. Dah ready n mantop dah tu! Pati Soya ni sangat Pekat. Bubuh ais untuk lebih kaww. Atau mana yang suka air gula merah tu adjust le sendiri.

* Ini cuma 1 dari teknik buat air soya. Ada banyak lagi cara n teknik yg berbeza boleh dicuba.Lain orang lain kaedahnya. Teknik ini adalah yang paling simple n guna peralatan yang mesti semua orang dah ada di rumah.
Resepi Air Soya

Bahan-Bahan:

 1 kg kacang soya

3 helai daun pandan

1 sudu teh garam

9 liter air

 

Bahan Air Gula:

1 kg gula

1 liter air

 

 Peralatan:

Mesin soya/ blender

Tapis teh tarik mamak/kain net putih

Bekas tapis plastik

1 periuk sederhana

1 bekas tong panas/hot container

Cara-cara:

Step 1

Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja.
Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.

Step 2

Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja.
Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.
Step 3

Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini.

Step 4

Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini  dengan sukatan 3 liter air sahaja.
Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).

Step 5

Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak.
Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.
Step 6

Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.
Tutup periuk. Kacau air soya  selang  10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
Masak  dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.


Step 7, 8,  ke 100 dan seterusnya…minumla..tunggu apa lagi. Dah ready n mantop dah tu!  Pati Soya ni sangat Pekat. Bubuh ais untuk lebih kaww. Atau mana yang suka air gula merah tu adjust le sendiri.

* Ini cuma 1 dari teknik buat air soya. Ada banyak lagi cara n teknik yg berbeza boleh dicuba.Lain orang lain kaedahnya. Teknik ini adalah yang paling simple n guna peralatan yang mesti semua orang dah ada di rumah.

Tuesday, April 23, 2013

telur masin buat sendiri

Telur Masin Sekam Padi

Bahan-bahan
Telur Itik 20 biji
Serbuk Sekam padi dibakar
Garam 500 gram
Tanah liat 500gram

Cara-cara membuatnya ialah
Campuran garam dengan tanah liat,( Garam 500 gram dan Tanah liat 500gram)
kemudian basuh bersih telur itik tersebut .. Tumbuk tanah liat bersama garam tersebut atau adunkan air garam dan tanah liat sehingga adunan tersebut benar-benar sebati.. Salutkan telur dengan bancuhan tanah liat. kemudian golekkan atas sekam padi sehingga rata ... kepal-kepalkan telut tersebut supaya bersalut pada telur tersebut. Tekan-tekan telur tersebut supaya bancuhan sekam garam tanah liat itu padat , kemudian susun baik-baik dan simpan didalam tempat simpanan sama ada di susun dan simpan dalam kotak kayu.. Telur tersebut di simpan selama 25 hingga 30 hari sebelum dijual...kalau boleh dalam masa 10 hari cuba korang test dulu rasa kemasinan telur tersebut ...Kalau kurang masin lagi simpan lagi dalam seminggu... cuba lagi rasa tahap kemasinan telur itik tersebut ... .
Telur Masin Sekam Padi 

Bahan-bahan
Telur Itik 20 biji
Serbuk Sekam padi dibakar
Garam 500 gram
Tanah liat 500gram

Cara-cara membuatnya ialah
Campuran garam dengan tanah liat,( Garam 500 gram dan Tanah liat 500gram)
kemudian basuh bersih telur itik tersebut .. Tumbuk tanah liat bersama garam tersebut atau adunkan air garam dan tanah liat sehingga adunan tersebut benar-benar sebati.. Salutkan telur dengan bancuhan tanah liat. kemudian golekkan atas sekam padi sehingga rata ... kepal-kepalkan telut tersebut supaya bersalut pada telur tersebut. Tekan-tekan telur tersebut supaya bancuhan sekam garam tanah liat itu padat , kemudian susun baik-baik dan simpan didalam tempat simpanan sama ada di susun dan simpan dalam kotak kayu.. Telur tersebut di simpan selama 25 hingga 30 hari sebelum dijual...kalau boleh dalam masa 10 hari cuba korang test dulu rasa kemasinan telur tersebut ...Kalau kurang masin lagi simpan lagi dalam seminggu... cuba lagi rasa tahap kemasinan telur itik tersebut ... .

telur itik masin buat sendiri

Pekasam telur Itik Masin

Bahan-bahan
6 biji Telur Itik
Garam kasar dalam ½ hingga 1 cawan (150 gram garam)
½ liter air

Cara-caranya ialah
Bersihkan dengan span telur tersebut terlebih dahulu dari segala kekotoran
Didihkan air, masukkan garam dan kacau hingga garam tersebut larut
( caranya masukkan sedikit demi sedikit garam tersebut sehinggalah garam tersebut tak larut.. ini tandanya air garam tersebut sudah masin lah)
Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
Ambil bekas seperti balang plastik susun telur tersebut kedalam balang tersebut kemudian masukkan air garam yang disejukkan tadi ke dalam balang. Pastikan telur tersebut tenggelam dan tutup bekas tersebut.. tulislah haribulan/tarikh dibotol agar kita tak lupa tarikh memula kita mula buat untuk tahu tahap kemasinan telur.Kalau simpan jangan plak simpan dalam peti sejuk ye.
Selepas 2 ke 3 minggu , bolehlah telur tersebut di masak atau direbus...
Pekasam telur Itik Masin

Bahan-bahan
6 biji Telur Itik
Garam kasar dalam ½ hingga 1 cawan (150 gram garam)
½ liter air

Cara-caranya ialah
Bersihkan dengan span telur tersebut terlebih dahulu dari segala kekotoran
Didihkan air, masukkan garam dan kacau hingga garam tersebut larut
( caranya masukkan sedikit demi sedikit garam tersebut sehinggalah garam tersebut tak larut.. ini tandanya air garam tersebut sudah masin lah)
Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
Ambil bekas seperti balang plastik susun telur tersebut kedalam balang tersebut kemudian masukkan air garam yang disejukkan tadi ke dalam balang. Pastikan telur tersebut tenggelam dan tutup bekas tersebut.. tulislah haribulan/tarikh dibotol agar kita tak lupa tarikh memula kita mula buat untuk tahu tahap kemasinan telur.Kalau simpan jangan plak simpan dalam peti sejuk ye.
Selepas 2 ke 3 minggu , bolehlah telur tersebut di masak atau direbus...

mee rebus haji wahid

MEE REBUS HAJI WAHID

RESIPI MEE REBUS HAJI WAHID TERBONGKAR

Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

RESIPI MEE REBUS TULANG

Bahan-bahan ( 4-5 org )

600 gm mee kuning (SPEGHETTI PUN BLH)
taugeh
3-4 biji kentang (tgk saizlah eh) direbus
3-4 biji telur direbus
3-4 kpg tauhu di goreng
lada merah n bawang merah
caipo n limau kasturi
*UTK KUAH*
5 sb lada boh
*3-4 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2-3 batang serai
*1 inci lengkuas
*2 sb udang kering
2 sb campuran ketumbar jintan disangai
400 gm tulang rusuk (takde tulang daging pun boleh)
1 1/2 cwn santan pekat
2 sb taucho
1 1/2 sb gula merah
garam n perasa jika suka


Cara-cara

Rebus tulang hinGga empuk.... Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh.... Kemudian masukkan santan pekat...
Sementara itu dikuali lain... tumis lada boh hingga garing.... Kisar bahan bertanda *... masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak....
Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis... biar garing dan naik bau... masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi.....
Masukkan gula merah, garam n perasa jika suka..... Biar hingga kuah pekat... (boleh letak keledek, kentang atau tepung jagung utk memekatkan kuah)
Rebus mee dan celur taugeh.. kemudian tapis.....
Potong kentang, tauhu, telur, lada merah n bawang ikut suke nak potong camaner..
letak mee, taugeh n bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi... tuanglah kuah kat atasnyer..... siap....

mee bandung muar

4Sep2009 Filed under: Ayam/Chicken, Daging / Meats, Mee/KuehTeow/Mihun/Spageti, Resipi Ramadhan, Sayuran/Vegetables, Telur/Egg, Udang/Prawn
Bahan-bahan:
  • 1 kg mee kuning
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
  • 1 labu bawang putih (diketuk)
  • 5 biji bawang merah
  • ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)
  • ½ cawan udang hidup
  • 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
  • Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
  • Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
  • ¾ – 1 cawan gula pasir
  • 3 – 4 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
  • Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
Tip:  Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:
1.    Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2.    Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3.    Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4.    Masukkan sos tiram
5.    Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6.    Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Tip: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.)
1.    Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2.    Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3.    Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4.    Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5.    Hidangkan.

cara masak mee bandung

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/o8T2WrAvQ0M" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Monday, April 22, 2013

acar campur

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji sengkuang saiz kecil, kupas cuci dan potong jejari
1 biji timun, kerat pendek, buang empulur dan hiris jejari*
3/4 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*gaul rata dan biar 10 minit)
1 batang lobak merah, kupas, kerat pendek dan hiris jejari
1 biji cili merah, kerat pendek, buang biji dan hiris jejari
1 biji cili hijau, kerat pendek, buang biji dan hiris jejari
10 biji bawang merah, belah 2 setiap 1
6 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1 camca besar rempah rendang Baba's
1 camca besar cili kisar
1 inci halia, hiris halus
1/4 cawan cuka makan (cm guna jenama JALEN)
1 kiub ayam (Maggi)
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca teh biji sawi
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis biji sawi, kemudian masukkan bahan2 tumis yang lain. Tambah hirisan halia, dan bawang putih, kacau rata. Masukkan cili kisar, masak sekejap dan tambah rempah rendang, kacau rata. Biar sekejap.
  2. Masukkan cuka makan, kiub ayam dan gula (anggaran 3 camca besar), kacau rata dan biar pekat. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan lobak merah dan bawang merah, masak hingga lobak merah lembut. Tambah cili hijau dan merah, kacau rata. Masukkan sengkuang. Masak sekejap.
  3. Timun ditoskan dan perah sedikit airnya. Masukkan ke dalam kuali dan gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak/nasi beriani.

Saturday, April 13, 2013

apam ori dariblog dapur tanpa sempadan

rsz_dsc_7674

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras (mat guna cap teratai)
75 gram gula perang @ soft brown sugar
1 cawan air
6 gram instant yeast
1/4 cawan air suam
Kelapa parut putih secukupnya + sedikit garam halus = gaul rata2
Sambal tumis (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan yeast dengan air suam, kacau rata dan biar sekejap hingga bebuih2 (tujuan nak bagi cepat  bancuhan apam tu naik). Satukan semua bahan lain kecuali kelapa parut dan sambal tumis, ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Kacau lagi hingga sebati.
  2. Leser tin bulat berukuran 8 inci (atau 9 inci) dengan minyak masak (mat guna marjerin), tuang adunan apam dan rehatkan 1 jam atau hingga naik. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit, atau bila diuji dengan mencucuk lidi sate pada apam dan keluarnya bersih, tanda dah masak.
  3. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan, potong dan hidangkan bersama kelapa parut dan sambal tumis....

kek oren dri blog masakmasaktime..


Assalamu'alaikum semua!!!

Bahan-Bahan:
1 Cawan majerin
1 Cawan gula kastor
2 1/2 Cawan Tepung Berserbuk Penaik (Blue Key,etc2)
4 Biji Telur
Sedikit perasa vanilla\
Sedikit perasa oren
2 hingga 3 sudu besar Sunquick Oren (secukup rasa. terpulang.)
1 biji oren - Parut kulit dan ambil jusnya.

Cara-cara

1. Pukul majerin dan gula hingga kembang (light & fluffy). 
2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. 
3. Seterusnya, masukkan berberapa titik perasa oren dan setitik vanilla ke dalam adunan dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan jus oren dan kulit oren yang telah diparut tadi dan gaul sehingga sebati.
5. Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga sebati dengan adunan.  
6. Masukkan adunan2 tersebut ke dalam bekas acuan kek. 
7. Akhir sekali, bakar adunan tersebut selama lebih kurang 50 minit dengan kepanasan lebih kurang 150 darjah celcius (Saya gunakan oven/ketuhar Butterfly).

Friday, April 12, 2013

ayam goreng rempah puspanita

Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah

bahan2

  • 1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
  • 5 ulas bawang putih**
  • 2 biji bawang besar**
  • 1 inci halia**
  • 5 batang serai**
  • 1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak) ****ditumbuk atau dikisar kering
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menggoreng.
  • Garam secukup rasa

cara


1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

ayam berempah cara myresepi

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • Bahan- Bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana ( dipotong dan dibersihkan)
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar serbuk beriani
  • garam dan gula secukup rasa jika ingin lebih sedap tambahkan sedikit kuib pati ayam
  • 3 tangkai daun kari
  • Bahan-Bahan Kisar :
  • 7-8 batang serai
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit jintan manis dan putih

Cara-cara

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan-bahan diatas dan perapkan selama 1 jam atau semalaman ( simpan didalam peti sejuk).
  2. Panaskan minyak untuk mengoreng. Masukkan ayam dan biarkan ianya masak dan kelihatan warna keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa jenis masakan nasi yang diingini.

ayam goreng berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah Wangi
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam yang di potong kecil
Bahan di kisar
2  inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu makan cili kisar
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan minyak bijan
Cara-carannya
Perapkan kan ayam bersama bahan yang di kisar.  Masukkan sekali cili kisar, garam, serbuk lada hitam dan juga minyak bijan.  Gaul rata dan perapkan sebentar sebelum di goreng garing.
Akhir sekali mori goreng kan baki2 rempah bersama daun kari sehingga garing.  Sedappnya bila di makan bersama nasi. 

Wednesday, April 10, 2013

nasi beriani

 

 http://daleenpersona.blogspot.com

Sunday, 7 October 2012

NASI BRIYANI AA SESEDAP RASA


Santai2 malam ni aleen masukkan jugak lah resipi nasi beriani yg trsangat simple tapi meyelerakan.. tak cayer?? tak apa.. bila2 free dan teringin cubalah buat.. sedappppppp

Mesti tertanya-tanya kan.. apasal nama nasi beriani ni ada trade mark "AA" .. nk tau???

AA means Aleen Aireish my name.. aleen yg masak so nama nyer BRIYANI AA SESEDAP RASA lah kan!!




by ~ Aleen Aireish

NASI BRIYANI AA SESEDAP RASA

RESIPI MUDAH

5 CAWAN BERAS BASMATHI
[nak guna beras biasa pn blh.. tak pe..tak dosa]
[aleen guna sukatan cawan beras rice cooker tu]
1 PAKET READY MADE NASI BRIYANI MAGGI
1 PC KULIT KAYU MANIS
2 KUNTUM BUNGA LAWANG
4 KUNTUM BUNGA CENGKIH
3 BJ BUAH PELAGA
1 LABU BAWANG BESAR [MAYANG HALUS]
1 HELAI DAUN PANDAN
KISMIS SECUKUP NYA
BIJI GAJUS SECUKUP NYA
2 SUDU MINYAK SAPI

PERWARNA MAKANAN : OREN & KUNING

CARA-CARA:
- CUCI BERSIH BERAS TERLEBIH DAHULU.. LEBIH BAGUS JIKA BERAS BASMATHI TU DIRENDAM SELAMA 1/2 JAM.
- PANASKAN MINYAK SAPI DLM KUALI, TUMIS SEMUA REMPAH RATUS, BAWANG & PERENCAH HINGGA NAIK BAU..
- LPS TU TUANGKAN ATAS BERAS YG DAH DILETAKKAN DLM RICE COOKER..
- MASUKKAN STOK AYAM & AIR [ agak2 sendiri byk mana nk guna yer..]
- LPS TU MASAK NASI MCM BIASA.
- DAH MASAK, MASUKKAN PERWARNA..BIARKAN SEKEJAP..
- KEMUDIAN GAUL SAMA RATA NASI TU.. SEDIA UTK DIHIDANGKAN..




SELAMAT MENCUBA!!!

donut rambu ramba

 

Bahan A :
500gm tpg gandum
1 paket mauripan
1 sudu kfc garam halus
** satukan semua bahan dalam bekas.. gaul mesra, sekata

Bahan B :
4 biji kentang buang kulit, rebus hingga empuk, tos air, sejukkan
1/2 cawan susu pekat
1 cawan air
1 tbsp margerine
**satukan semua bahan blender hingga halus

Bahan tabur : gula kastor
Bahan sos : susu pekat manis [sira atas donut]

Cara-cara :
- campurkan bahan B dlm A, masukkan sikit2 sambil menguli.. buat smpai habis bahan B tu..
- uli adunan smpai tak melekat dijari, tu tanda nyer doh dh ok, klo melekat pandai2 lah tambah tpg sikit2 yer..
- perap 30 minit, akan naik berganda
- uli kecil ikut saiz donut yg dikehendaki.. aleen guna acu donat dan terapkan..
- dah terapkan..rehatkan pula dlm 10 minit, donut akan nmpak montok sedikit.. panas myk, goreng
- ketika menggoreng myk mesti byk supaya donut cantik terapung semasa digoreng.. api sederhana ok, rajin2 lah balik kan donut supaya masak sekata..
- sejukkan.. sira gula kastor atau mkn dengan susu pekat manis..

 ALEEN UPLOAD PIC UTK REFERENCE



kentang yg sudah direbus empuk


sepeket mauripan


garam halus


bahan2 A digaul sekata


bahan2 B diblender halus


lps blender dpt halus macam ni..


masukkan sikit2 bahan B sambil menguli..


doh dah siap tak melekat sedia utk diperapkan/direhatkan 30 minit


sblm proses direhatkan, yg ni aleen sengaja buat colourful dulu.. ikut lah kreativiti masing2 yer.. nk buat donut ori pn blh jgn campur warna. rehatkan 30 minit tutup dgn plastik bersih


dah siap terapkan dgn acuan


separuh masak, aleen nak frozenkan..


dah siap goreng utk dihidangkan, bersama susu pekat manis


disira dengan gula kastor

SELAMAT MENCUBA!!!
 
dari blog daleenpersona.bc