Resepi Bonda shared a photo.
Puding Koktail BerkuahBahan-bahan ( 1 loyang besar )
1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula
2-3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail
Cara-cara
Masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
Bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. Bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail.(Yatie tak masukkan fruit cocktail, cuma ambil airnya saja dan masukkan dlm adunan agar2 tadi, kacau sebati)
Setelah siap,masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. Sejukkan dan hidangkan bersama sos kastad.
Bahan Sos Kastad:
1 cawan susu cair
2 cawan air
1/2 cawan gula
3 s/b tepung kastad- Yatie letak 2 susu besar rata je
Cara-Cara
Masukkan semua bahan dalam periuk.
Masakkan dengna api sederhana sehingga mendidih dan nampak agak pekat dari sebelumnya. Kacau sentiasa guna api sederhana.
Setelah siap tutup api dan sejukkan.
Hidangkan dengan puding susu dan juga fruit koktel tadi. Sedap di makan sejuk.
No comments:
Post a Comment