Friday, December 5, 2014

sayur paprik




Sodap nya
Sayur Paprik
Bahan-bahan ( 4 )
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
Bunga kobis
Kacang buncis/panjang
Lobak merah
Jagung muda
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
Sedikit tepung jagung (pilihan untuk pekatkan)
Cara-cara
- Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
- Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
- Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
- Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. kemudian masukkan sedikit tepung jagung yang dah dibancuh. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

No comments:

Post a Comment