Tuesday, December 23, 2014

kuih bakar pandan

· · · 3,8763658
KUIH BAKAR PANDAN
Bahan :
Tepung Gandum- 4 Cawan
Telur- 2 Biji
Santan- Dari Perahan 2 Biji Kelapa
Gula- 2 Cawan
Daun Pandan- 2 Helai
Air
Garam- Secukup Rasa
Perwarna Hijau- Sedikit Sahaja
Bijan- Hiasan
Mesin Pengisar (Blender)- Bahan Penting

Cara Membuatnya:
1. Masukkan daun pandan ke dalam blender dan masukkan air. Kisar daun pandan dan kemudian tapis untuk mendapatkan airnya sahaja.. (Hampasnya lehlah buang or dijadikan baja)
2. Then, guna blender yg sama, masukkan gula ke dalam blender bersama-sama telur, then kisar gak!!! (Cara senang kot daripada nak pukul telur), kalo nampak dah sebati leh tuang dalam bekas len dulu.
3. Then, nak wat bancuhan tepung plak.. masukkan tepung gandum dalam blender yang sama (tak yah basuh pun tak pe), letak santan dan perwarna hijau sedikit... kalo tak muat wat sebanyak 2 kali.. kisar dan tuang dalam bekas.
4. Bancuhan tadi agak jgn terlalu cair ye.. Sedang2 saje.. Masukkan garam dalam bancuhan tepung tue then masukkan telur ngan gula yg dikisar tadi bersama-sama air pandan.. Gaul sehingga sebati.
5. Tuang dalam bekas yang bersesuaian yang telah pun di laputi dgn minyak or mentega. Masukkan adunan tadi dan masukkan dalam tempat pembakar dan bakar lebih kurang 40 minit.
6. 10 minit selepas di bakar, keluarkan sementara dan taburkan bijan di atas adunan tadi dan biarkan kuih tadi betul2 masak..
7. Akhir sekali bolehlah rasa..... Selamat Mencuba!!!!
Like · · · 25430217

No comments:

Post a Comment