KAEDAH PENYEDIAAN CENDOL YANG LAZAT
Posted Jun 18, 2008
on: - Dalam: Resipi Cendol Mamak
- 9 Komen
Cendol ini sebenarnya berasal dari Tanah Jawa.Dalam kurun ke-18 peniaga-peniaga Mamak yang di tanah Jawa membawa resipi ini Ke Pulau Pinang dan Singapura semasa mereka berhijrah ke Tanah Besar Melayu.Wala pun resipi Cendol telah berubah mengikut perederan Zaman dan ia juga menjadi kegemaran Makanan desert bagi semua kaum di-Malaysia.Para pengemar tak perlu mencari tepong cendol ini di merata dalam puasa atau pun untuk Majlis keramaian.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cendol/Cendol Droplets.
10 Helai Daun Pandan yang segar.
650 gm Tepung Kacang Hijau (Sedia ada di Semua Pasaraya)
250ml Air
250ml air yang asing digunakan untuk penyejukan titisan (droplet)cendol.
Seberapa titik Pewarna Hijau Makanan.
1/2 Sudu kecil Air Abu (Ash Water).
Cara-Cara Penyediaan:
1.Untuk mendapatkan Air Pandan,Potong daun pandan kira 2 in. dan masukan Air 250ml dalam mesin pengisar(Blender).
2.Setelah daun lumat kelurkan dan tapis menggunakan penapis kain (Teh) atau kain bersih yang Jarang.Titiskan warna hijau dan masukan air abu kedalam.Kacau serata.
3.Masukan air pandan yang tersebut di atas dalam periok yang sederhana dan panaskan air pandan sehingga mendidih.
4.Pada waktu yang sama masukkan Tepung Kacang Hijau kedalam bekas pengisar dan campurkan dengan air 250ml dan mengunakan pengkisar ;adunkan serata.Selepas tepung itu sebati masukan kedalam air pandan yang sedia mendidih itu.Sentiasa kacau adunan itu sehingga adunan itu akan menjadi kilat dan likat .Anda kena mengalihkan adunan itu segera dari api nota:jangan biarkan adunan berkerak.
5.Sediakan penapis cendol (Penapis ini boleh di beli atau pun buat sendiri) di atas sebuah basin yang 1/2 diisi air ais (ice cold Water).Masukan sedikit adunan itu ke atas penapis cendol dan beri sedikit tekanan menggunakan senduk untuk membentukan titisan cendol meleleh masuk kedalam bekas air ais.
6.Biarkan titisan cendol tadi dalam bekas air ais sehingga ia akakan berbentuk sedikit keras.Sentiasa tambahkan ketulan ais kedalam bekas supaya titisan cendol segera keras berlembut.
7.Simpan di dalam peti sejuk.sedia untuk digunakan.
CARA PENYEDIAAN GULA MELAKA
350gm gula Melaka
100 gula kastor (atau gula batu)
250 ml air
3.4 helai daun pandan.
Masukkan semua bahan-bahan tersebut dalam periok dan masak sehingga mendidih.Tapis air gula dan sedia untuk digunakan.
PENYEDIAAN SANTAN
1.Dua biji kelapa.Di kukur dan 1 liter air yang telah mendidih yang telah disejukan.
2.1/4-1/2 sudu teh garam.
3.Untuk peniaga-peniaga disyorkan untuk santan tahan lama tambahkan secubit kapur Masakan kedalam santan.(kegunaan kapur ini perlu diawasi..hanya sedikit sahaja).
Semoga para pembaca mencuba dan beri komen untuk mempertulkan.
No comments:
Post a Comment