AIR KAPUR :
Bila sebut air kapur ramai
yang salah anggap. Ada yang ambil kapur sireh itu masukkan terus dalam
resepi. Akhirnya bila siap.. rasa hidangan terasa kapur dan lidah terasa
panas dan lidas. Apa itu sebenarnya air kapur?. Sukatan air
kapur atau air kapur sirih yang terdapat dalam resepi-resepi Indonesia
sebenarnya disediakan seperti ini: masukkan kapur makan atau sirih itu
dalam sebuah gelas..kalau paras kapur nya 1 bahagian, gunakan paras air 2
bahagian. Bancuh airnya. Biarkan ia mendak. Yang air yang di atas
itulah dinamakan AIR KAPUR. Jangan gunakan kapur yg mendak tu yea.
Biasanya air ini kalau dibiarkan semalaman anda akan dapat hasil yang
terbaik. Air kapur biasanya digunakan buat cendol, kueh rempeyek atau
tepung goreng pisang. Bila gunakan airnya saja..anda tidak rasa bau
kapur atau lidas lidah anda. Apalah mamak haji air kapur pun bagi tau
jugak kah?..Ini ada sebab kerana tak salah anggap bila buat resepi
cendol nanti..Jom kita tengok resepi cendol.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- 125gm tepung beras (1 cawan).
- 20gm tepung Hoen Kwe.
- 50gm tepung ubi/kanji.
- 200ml air pandan (2 cawan).
- 3/4 sdm. Air Kapur.
- 1 sudu kecil garam.
- secubit pewarna hijau.
1. Untuk mendapatkan Air
Pandan,potong 4-5 daun pandan kira 2 inci. dan masukkan 2 dan 1/2 cawan
air dalam mesin pengisar(Blender). Masukkan pewarna dan kisar sehingga
halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas
masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air
pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periok dan
panaskan dengan api yang sederhana..sentiasa kacau adunan. Bila adunan
mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan
mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan
kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras
sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita
perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air
panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah
dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi
air panas..sebenarnya kita panaskan double bottom.
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku
(atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan
tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais.
Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas
muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat
dari logam ..akan panas dan sukar untuk anda putarkan.
6. Buat sampai adunan habis.
Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur
boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol. 7.
Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol
ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment