Thursday, May 29, 2014

persamaan sukatan

TEPUNG....
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram
Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm
GULA KASTOR....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram
MENTEGA....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram
CECAIR....
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml

Tuesday, May 27, 2014

kuah yong taufu


PermataHati Corner's photo.nk kongsi resepi buat kuah yong tau fu
pehhh..feveret teman ni..tq kawan di RR yg sudi share
Kuah hitam
2 sd mkn taucu
2 sd mkn tpg jgung
2 sd mkn tpg gndum
3 sd mkn kicap pkat
3 sd mkn sos tiram
4-5 sd mkn gula
3 cwn air
Masukan semua dlm blender.. blender bgi taucu halus... pas tu masak bgi mendidih sekejap..

PermataHati Corner's photo.PermataHati Corner's photo.
Kuah merah
1/2 cwn kcng tanah yg dh d goreng
1 sd mkn tpg gndum
1 sd mkn tpg jgung
4- 5 sd mkn gula
3 cwn air
1/4 sd mkn garam
Blender semua bhn kt atas bgi kcang halus..
3 sd mkn cili blend
Panaskan sikit myak... tumis 2 bj bwang putih ketuk.. letak 3 sd mkn cili blend.. tggu kering.. masukan semua bhn dlm blender tdi.. mask sekejap bgi kuah agak pekat.. dlm 5 mnt..
Dh bleh mkn ngan apa2 bebola.. hot dog.. sayur..sotong kangkung.. dll..
Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya..tabur bijan sangai ngan bwang goreng..
Selamat mencuba..

Wednesday, May 21, 2014

agar2


1 paket agar2 tali
2 liter air
3 cawan gula
suku kg santan pekat atau 2 cawan
1 biji telur
sedikit pewarna ikut suka

cara2nya:-
masak agar2 dgn air hingga hancur.
masukkan gula - kacau hingga larut.
masukkan santan yg diblend bersama telur (jika guna kelapa parut telur hendaklah digaul dgn kelapa brulah diperah ambil santan) masak sehingga mendidih.
angkat dan bahagikan adunan ikut suka.
untuk warna...renjis kan warna pilihan anda..lepas tu larik sedikit dgn hujung sudu..biarkan keras atau disejuk kan dlm peti ais baru di potong...dan inilah hasilnya......
Like · ·

Sunday, May 18, 2014

cheese meleleh

Resepi Kek Cheese Meleleh

Resepi Kek : Kek Cheese (Kek Keju)
Resepi Kek Cheese Meleleh

Bahan-bahan:

 **100 gram tepung hong kong
(boleh guna tepung gandum)
**60 gram tepung jagung
100 gram gula halus
2 sudu makan ovelet
4 biji telur ayam
2 biji telur kuning
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
75 gram mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanilla

Cara menyediakan:

1. Bahan yang bertanda* di ayak dulu…
2. Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
boleh campurkan pewarna dan perasa yang anda inginkan…. strawberry atau pun coklat
3. Bakar dalam oven pada suhu 150′C selama 45 minit.

Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
Campurkan semua bahan dia atas hingga sebati

Adunan ini memang cair

Untuk hiasan:
Cheddar cheese, diparut

Cara penyediaan:

1. Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping..tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama. 
2. Lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
3. Parutkan cheddar cheese di atas kek..

cendol pandan

Resipi Membuat Cendol Pandan

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Membuat Cendol Pandan Sedap. Resipi Membuat Cendol Pandan Sedap pasti menjadi kegemaran keluarga sebagai menu minum petang.
   
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 20 Minit
Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 4-5 Orang

Bahan-bahan: 
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
3 cawan air pandan
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur

Sedikit perwarna hijau

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat. Kacau selalu supaya tidak hangit.
2. Sediakan bekas yang berisi air sejuk.
3. Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.   

4. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

Cara membuat air cendol:
1. 1 cawan kacang merah rendam semalaman, selepas tu rebus hingga lembut dalam periuk tekanan
2. 1/2 kilo pati santan segar lepas tu letak secubit garam (x perlu masak, cuma tambah ketulan ais supaya tahan lebih lama skit)
3. Air gula melaka campur gula merah dan masukan daun pandan(dimasak lama lebih kurang 1 jam)
4. Untuk melikatkan campur dgn sedikit bancuhan tepung jagung.

mee rebus haji wahid

Resipi Mee Rebus Hj Wahid

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Mee Rebus Hj Wahid | Resipi Mee Rebus Hj Wahid memang ada class. Digabungkan lagi dengan air rebusan ketam... 5 Star jadinya. Tak percaya.. anda cuba sendiri! Ini pasti menu lazat dan sedap di hari raya. 

Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80 gm tepung gandum
¼ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
Tahu yang digoreng, dipotong kecil
Daun sup, dimayang
Bawang goreng
Telur rebus, dibelah dua
Lada hijau, dipotong bulat
Taugeh, dicelur
Limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. 

Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

mee bandung

Resepi Mee Bandung

Mee Bandung

Bahan-Bahan:

500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)

Cara menyediakan: 

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. 

2.  Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. 

3. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.


Cadangan Hidangan:

Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.

cara buat cendol

KAEDAH PENYEDIAAN CENDOL YANG LAZAT

Posted on: Jun 18, 2008
 
 
 
 
 
 
18 Votes

Cendol ini sebenarnya berasal dari Tanah Jawa.Dalam kurun ke-18 peniaga-peniaga Mamak yang di tanah Jawa membawa resipi ini Ke Pulau Pinang dan Singapura semasa mereka berhijrah ke Tanah Besar Melayu.Wala pun resipi Cendol telah berubah mengikut perederan Zaman dan ia juga menjadi kegemaran Makanan desert bagi semua kaum di-Malaysia.Para pengemar tak perlu mencari tepong cendol ini di merata dalam puasa atau pun untuk Majlis keramaian.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cendol/Cendol Droplets.
10 Helai Daun Pandan yang segar.
650 gm Tepung Kacang Hijau (Sedia ada di Semua Pasaraya)
250ml Air
250ml air yang asing  digunakan untuk penyejukan titisan (droplet)cendol.
Seberapa titik Pewarna Hijau Makanan.
1/2 Sudu kecil Air Abu (Ash Water).
Cara-Cara Penyediaan:
1.Untuk mendapatkan Air Pandan,Potong daun pandan kira 2 in. dan masukan Air 250ml dalam mesin pengisar(Blender).
2.Setelah daun lumat kelurkan dan tapis menggunakan penapis kain (Teh) atau kain bersih yang Jarang.Titiskan warna hijau dan masukan air abu kedalam.Kacau serata.
3.Masukan air pandan yang tersebut di atas dalam periok yang sederhana dan panaskan air pandan sehingga mendidih.
4.Pada waktu yang sama masukkan Tepung Kacang Hijau kedalam bekas pengisar dan campurkan dengan air 250ml dan mengunakan pengkisar ;adunkan serata.Selepas tepung itu sebati masukan kedalam air pandan yang sedia mendidih itu.Sentiasa kacau adunan itu sehingga adunan itu akan menjadi kilat dan likat .Anda kena mengalihkan adunan itu segera dari api nota:jangan biarkan adunan berkerak.
5.Sediakan penapis cendol (Penapis ini boleh di beli atau pun buat sendiri) di atas sebuah basin yang 1/2 diisi air ais (ice cold Water).Masukan sedikit adunan itu ke atas penapis cendol dan beri sedikit tekanan menggunakan senduk untuk membentukan titisan cendol meleleh masuk kedalam bekas air ais.
6.Biarkan titisan cendol tadi dalam bekas air ais sehingga ia akakan berbentuk sedikit keras.Sentiasa tambahkan ketulan ais kedalam bekas supaya titisan cendol segera keras berlembut.
7.Simpan di dalam peti sejuk.sedia untuk digunakan.
CARA PENYEDIAAN GULA MELAKA
350gm gula Melaka
100 gula kastor (atau gula batu)
250 ml air
3.4 helai daun pandan.
Masukkan semua bahan-bahan tersebut dalam periok dan masak sehingga mendidih.Tapis air gula dan sedia untuk digunakan.
PENYEDIAAN SANTAN
1.Dua biji kelapa.Di kukur dan 1 liter air yang telah mendidih yang telah disejukan.
2.1/4-1/2 sudu teh garam.
3.Untuk peniaga-peniaga disyorkan untuk santan tahan lama tambahkan secubit kapur Masakan kedalam santan.(kegunaan kapur ini perlu diawasi..hanya sedikit sahaja).
Semoga para pembaca mencuba dan beri komen untuk mempertulkan.

Share this:

Friday, May 16, 2014

cendol gula melaka

Cendol Gula Melaka
Sumber resepi:Hanieliza
 
Cendol
 
Bahan:
3 cawan jus pandan + pewarna hijau (gunakan 10-15 helai daun pandan)
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
secubit garam
 
Cara:
1.Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2.Masak dalam kuali/non-stik wok sehingga naik wap dan kental.
   (sentiasa kacau supaya tidak hangus)
3.Sediakan mangkuk berisi air sejuk atas meja.
4.Tekan atas acuan berlubang.
   (Rahel guna senduk berlubang macam kak Liza)
5.Sediakan air gula merah dan santan untuk cendol.
  (Boleh gantikan air soya/susu cair atau air bandung untuk makan cendol)
 
Sirap gula Melaka:
1 ketul gula Melaka (potong kecil2)
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
 
*Masak hingga gula larut dan pekat,tapiskan,sejukkan.
 

buat cendol


Cendol 6.60
Kiriman: Atiqah Bt. Abdol Hamid
Hits: 519 Rating: 6.60 Review: 0
Bahan-Bahan:
1 santan (dari 1 ½ biji kelapa)
sedikit garam
Bahan Cendol 20 helai daun pandan } dikisar 500ml air } & ditapis
sedikit pewarna hijau
1 camt. air kapur
150 g. tepung kacang hijau
1 camB. tepung beras
430 ml air

Bahan Air Gula
300 g. gula melaka (dicincang)
100 g. gula pasir
250 ml air
2 helai daun pandan (disimpul)
Cara:
1. Untuk membuat cendol. Campur air daun pandan, pewarna hijau, air kapur, tepung kacang hijau, tepung beras dan air hingga tidak bergentel.
2. Kacau di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
3. Sediakan semangkuk besar air sejuk. Letak acuan/tapisan cendol di atas mangkuk.
4. Tuangkan bancuhan yang sudah masak tadi kemudian tekan dengan senduk untuk mendapatkan bentuk cendol. Biar 15 minit sebelum dituskan dan disimpan di dalam peti sejuk.
5. Untuk membuat air gula. Jerang semua bahan hingga gula larut. Biar sejuk.
6. Untuk menghidangnya, letak cendol di dalam gelas, tambah kiub ais. Tuangkan santan bercampur garam dan air gula

Wednesday, May 14, 2014

buat cendol

AIR KAPUR : 
Bila sebut air kapur ramai yang salah anggap. Ada yang ambil kapur sireh itu masukkan terus dalam resepi. Akhirnya bila siap.. rasa hidangan terasa kapur dan lidah terasa panas dan lidas. Apa itu sebenarnya air kapur?. Sukatan air kapur atau air kapur sirih yang terdapat dalam resepi-resepi  Indonesia sebenarnya disediakan seperti ini: masukkan kapur makan atau sirih itu dalam sebuah gelas..kalau paras kapur nya 1 bahagian, gunakan paras air 2 bahagian. Bancuh airnya. Biarkan ia mendak. Yang air yang di atas itulah dinamakan AIR KAPUR. Jangan gunakan kapur yg mendak tu yea. Biasanya air ini kalau dibiarkan semalaman anda akan dapat hasil yang terbaik. Air kapur biasanya digunakan buat cendol, kueh rempeyek atau tepung goreng pisang. Bila gunakan airnya saja..anda tidak rasa bau kapur atau lidas lidah anda.  Apalah mamak haji air kapur pun bagi tau jugak kah?..Ini ada sebab kerana tak salah anggap bila buat resepi cendol nanti..Jom kita tengok resepi cendol.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Tepung yang telah sedia masak untuk jadikan cendol.
Tepung yang telah sedia masak untuk jadikan cendol.
Cendol guna alat pembuat muruku
Cendol guna alat pembuat muruku
  • 125gm tepung beras (1 cawan).
  • 20gm tepung Hoen Kwe.
  • 50gm tepung ubi/kanji.
  • 200ml air pandan (2 cawan).
  • 3/4 sdm. Air Kapur.
  • 1 sudu kecil garam.
  • secubit pewarna hijau.
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan Air Pandan,potong 4-5 daun pandan kira 2 inci. dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar(Blender). Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periok dan panaskan dengan api yang sederhana..sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas..sebenarnya kita panaskan double bottom.
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam ..akan panas dan sukar untuk anda putarkan.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol. 7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.

Monday, May 12, 2014

buat cendoll tepung jagung



Resepi Cendol Tepung Beras

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

NOTE :
  • Cendol Tepung Beras teksturnya lebih lembik dan mudah hancur tetapi rasanya sedap.
  • Lebih sedap dan harum jika menggunakan air daun pandan.






Resepi Cendol Tepung Jagung

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung Jagung
  • 3 cawan air
  • sedikit pewarna merah (apa-apa warna kesukaan anda)

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

NOTE :
  • Cendol Tepung Jagung lebih pejal dan tidak mudah patah atau hancur. Rasanya juga sedap.
  • Lebih sedap dan harum jika menggunakan air daun pandan.
  • Tidak perlu masukkan air kapur jika menggunakan tepung jagung.

Saturday, May 10, 2014

buat cendol



[​IMG]
Koleksi Resepi Masakan berkongsi resepi untuk membuat cendol pandan yang sedap. Cendol Pandan ini pasti menjadi kegemaran keluarga sebagai menu minum petang.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
3 cawan air pandan
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur
Sedikit perwarna hijau

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat. Kacau selalu supaya tidak hangit.
2. Sediakan bekas yang berisi air sejuk.
3. Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.
4. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

Cara membuat air cendol:
1. 1 cawan kacang merah rendam semalaman, selepas tu rebus hingga lembut dalam periuk tekanan
2. 1/2 kilo pati santan segar lepas tu letak secubit garam (x perlu masak, cuma tambah ketulan ais supaya tahan lebih lama skit)
3. Air gula melaka campur gula merah dan masukan daun pandan(dimasak lama lebih kurang 1 jam)
4. Untuk melikatkan campur dgn sedikit bancuhan tepung jagung.

Tuesday, May 6, 2014

kek cawan pisang

 
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh sodabikabonat
3 biji telur
4 biji pisang berangan or 11 biji pisang emas

cara yg mudah..
-masukkan semua bahan ke dalam blender
-balik kaup kan supaya rata
-masuk kan dalam paper cup..
-kukus 10-15 minit..
*siap~selamat mencuba...
Like · ·

Friday, May 2, 2014

berger bakar di temerloh

Terasa lapar?tapi mcm nk diet?makan lah burger bakar,dibakar menggunakan arang.boleh temui kami di:
Lokasi:rawang burger bakar temerloh
Waktu:5-12mlm
Contact no:0145102456 boleh call kami kalau x jmp lokasi
Digalakkan call dlu sblm dtg,supaya dapat kurangkan masa anda menunggu
*saya ada jual aneka jenis biskut*
Aneka biskut#burger bakar#lori sewa#kontrak
Like · ·

kek lapis

KEK LAPIS KUKUS OREO
Kredit : Cara mudah buat kek lapis
BAHAN-BAHAN:
- 250 gm Tepung gandum
- 1 st Serbuk penaik
- 250 gm Butter
- 180 gm Gula castor
- 5 Biji telur
- 1 Cawan susu pekat/manis
- Warna hijau,oren,pink,lemon yellow-Ikut citarasa biskut oreo.(Di buang cream) secukupnya.

CARA-CARA:
①.Tepung gandum dan serbuk penaik diayak bersama.Ketepikan.
②.Putar guna bersama butter hingga kembang.
③.Masukkan susu pekat, kemudian di putar lagi.
④.Masukkan telur dan putar lagi hingga kembang dan sebati.
⑤.Masukkan tepung sikit-sikit dan kaup balikkan.
⑥.Adunan dibahagikan kepada 4 bahagian dan di warnakan ikut citarasa masing-masing.
⑦.Adunan warna hijau di masukkan dalam loyang, susun biskut dan kukus selama 5-10 minit.Kukus selang seli sampai adunan habis.Kukus selama 1 jam atau hingga masak.
⑧.Sejukkan kek sebelum di keluarkan dari loyang.
⑨.Simpan satu hari baru sedap di makan.
Selamat Mencuba...
Like · ·