Saturday, February 18, 2012

nasi lemak kak jee

NASI LEMAK

BAHAN2NYA:

2 gelas/mug beras
1 gelas/mug santan pekat
2 gelas/mug air
garam
daun pandan

CARA:

Basuh beras kemudian toskan airnya. Sukat air mengikut sukatan bekas yang digunakan untuk sukat beras. Begitu juga dengan santan. Bubuh garam dan rasa. Biarlah terasa garamnya. Masukkan daun pandan yang telah dicarik dan diikat.

Sediakan kukusan dan masak air dalam periuk kukusan.

Jerang berasa dan santan yang telah disediakan diatas dapur. Kacau supaya tidak hangus. Bila air sudah hampir kering, padamkan api dan tuangkan semua nasi tadi ke dalam kukusan. Kukus sehingga masak.


SAMBAL SOTONG KERING 

Kjee rendam sotong kering dengan ubatnya selama kira2 dua jam. Kemudian Kjee tukarkan airnya dan rendam semalaman. Pagi tadi Kjee potong2 dan rebus guna pressure cooker. Kalau tak der pressure cooker rebuslah sampai lembut. Jom tengok resipi.


BAHAN2NYA:


1 genggam cili kering direndam air panas dan dikisar
2 ekor sotong kering
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
½ keping gula melaka (yang bulat nipis.  ada orang panggil manisan)
sejemput ikan bilis dikisar
air asam jawa

CARA:

Bawang besar dan bawang putih di kisar. Kemudian kisar cili kering hingga halus. tumis bawang hingga wangi. Kemudian masuskkan cili kisar dan goreng sampai terbit minyak. Bubuh kira2 dua cawan air dan biarkan ia terus masak. Masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Biarkan hingga pekat.

Toskan dan sotong yang telah direbus dan masukkan ke dalam sambal. Teruskan masak hingga sambal pekat.






Tadi Kjee buat sambal dalam setengah kilo cili kering. Kjee sengaja buat lebih sebab nak simpan untuk buat mi goreng ataupun Penang fried Kway Teow. Apabila sudah masak, Kjee keluarkan separuh bahagian. Dalam separuh bahagian lagi, Kjee barulah masukkan sotong.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment