RESEPI BUBUR AYAM
Untuk 2 atau 3 hidangan
Bahan-Bahan:
● Isi Ayam (direbus dan di siat siat)
● 1 cawan beras
● 1 inci halia
● 3 biji bawang merah
● 2 biji bawang putih
● 1 batang Lobak merah (potong seperti lidi)
● Air
● Minyak (untuk menumis)
● Sediki daun bawang
● Sedikit garam
● Sedikit lada sulah
● Sedikit tomato dipotong - jika suka
Cara-caranya :
1. Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati.
3. Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak.
4. Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata.
5. Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan)
Bubur sedia dihidangkan dan ditaburkan dgn bawng goreng dll. Sangat sedap dimakan dengan telur masin.
Jika mahu pedas taburkan serbuk cili di atas hidangan.
Selamat mencuba.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
copypaste