Thursday, June 13, 2013

jeruk betik

Jeruk Betik

BAHAN2
2 biji betik mengkal (anggaran 1½ kg ) ~ pastikan masih keras isinya
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau taknak manis sangat)
1 cawan cuka (boleh lebihkan ikut selera sendiri)
1 cawan air MASAK
2 sudu kecil garam
12 biji asam boi warna merah
4 ~ 5 biji cili padi ~ belah 2

CARA2
1. Kupas betik, buang bijinya & dicuci bersih.
2. Potong betik saiz kesukaan anda. Anggaran 1 inci lebar setiap keping dan dihiris berlapis2 tetapi jangan putus!! (Hiris ala2 mcm jeruk betik terjual kat kedai tu ler )
3. Cuci lagi dan toskan betik tadi.
4. Masukkan isi betik dalam bekas yg sesuai utk menjeruk.
5. Campurkan gula, garam, cili padi, asam boi dan gaul rata.
6. Tuangkan cuka & air masak agak2 separas/setinggi setengah isi betik dlm bekas tadi. Tak perlu tenggelam betiknya kerana betik akan mengeluarkan airnya sendiri selepas sehari dijeruk. 7. Kacau2 sedikit dan tutup bekas dan bolehlah disimpan selama 2 malam sebelum boleh dimakan.
8. Untuk jeruk lebih bertahan lama.. boleh disimpan dlm peti ais selepas dijeruk 2 mlm.
Like · · · 16 hours ago via mobile ·

No comments:

Post a Comment