Tuesday, June 18, 2013

ais krim neskafe

RESEPI AIS KRIM NESCAFE

10/4/2012

Bahan - Bahan
11/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 air panas
1 sudu besar gula
2 sudu besar nescafe

CARA MEMBUATNYA

Pukul susu cair sampai kembang
Tuangkan nescafe yang telah dikacau dengan air panas
Tuang kedalam bekas dan  sejukkan
Keluarkan dan dipukul lagi sampai kembang
 bakukan semula

RESEPI AGAR-AGAR TEMBIKAI


BAHAN-BAHAN:

25 gm agar - agar
1 liter air
240 gm gula
1 helai daun pandan
250 ml santan
50 gm lengkong hitamdiparut
sedikit warna merah dan ungu

Cara memasaknya


masakkan agar - agar bersama air
biarkan hingga hancur
masukkan gula dan daun pandan
kacau rata
bahagikan kandungan pada dua bahagian
warna merah dan ungu
satu lagi perisa santan
Campurkan adunan lengkong
kedalam adunan warna merah dan ungu
kacau rata
tuangkan kedalam acuan bulat
mulakan dengan warna putih
biarkan sejuk seketika
tuangkan lapisan warna merah dan ungu
Biarkan sejuk


Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah


Bahan - bahan untuk nasi

2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air

Cara Menyediakannya

Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
Masukkan beras dan air dalam loyang
 kukus hingga naik wap dan nasi masak

Bahan - bahan untuk ayam
1 ekor ayam
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu beser cili mesin
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besartepung goreng ayam
3 ulas bawang merah kisar
2 ulas bawang putih kisar
6 in halia kisar
3 batang serai kisar
Garam secukup rasa


Cara menyediakannya
Gaulkan semua bahan dan  perapkan beberapa jam
gorengkan dalam minyak banyak hingga garing


Bahan untuk Sambal Belacan
5 biji cili merah 
5 biji cili api
1 biji tomato
3 cm belacan
garam,gula secukup rasa
2 biji limau nipis


Cara Menyediakannya


Masukkan semua bahan kecuali jus limau nipis dalam blander dan kisar kasar
Tuangkan dalam mangkukdan gaulkan
dengan jus limau nipis

Thursday, June 13, 2013

jeruk betik

Jeruk Betik

BAHAN2
2 biji betik mengkal (anggaran 1½ kg ) ~ pastikan masih keras isinya
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau taknak manis sangat)
1 cawan cuka (boleh lebihkan ikut selera sendiri)
1 cawan air MASAK
2 sudu kecil garam
12 biji asam boi warna merah
4 ~ 5 biji cili padi ~ belah 2

CARA2
1. Kupas betik, buang bijinya & dicuci bersih.
2. Potong betik saiz kesukaan anda. Anggaran 1 inci lebar setiap keping dan dihiris berlapis2 tetapi jangan putus!! (Hiris ala2 mcm jeruk betik terjual kat kedai tu ler )
3. Cuci lagi dan toskan betik tadi.
4. Masukkan isi betik dalam bekas yg sesuai utk menjeruk.
5. Campurkan gula, garam, cili padi, asam boi dan gaul rata.
6. Tuangkan cuka & air masak agak2 separas/setinggi setengah isi betik dlm bekas tadi. Tak perlu tenggelam betiknya kerana betik akan mengeluarkan airnya sendiri selepas sehari dijeruk. 7. Kacau2 sedikit dan tutup bekas dan bolehlah disimpan selama 2 malam sebelum boleh dimakan.
8. Untuk jeruk lebih bertahan lama.. boleh disimpan dlm peti ais selepas dijeruk 2 mlm.
Like · · · 16 hours ago via mobile ·

kailan ikan masin

Kailan Ikan Masin

Bahan2:

seikat kailan-potong
ikan tenggiri/ kurau masin
sos tiram
3 ulas bawang putih-ketuk
2 ulas bawang merah-tumbuk
5 biji cili padi-ketuk

CARA2
panaskan minyak, goreng ikan masin..ketepikan dulu
masukkan bawang merah n putih dan tumis hingga naik bau
masukkan sos tiram n sedikit air
kemudian, masukkan kailan..kacau rata..
angkat dan tabur bawang goreng...

Monday, June 10, 2013

jom bakar jagung

Jagung Bakar

Bahan - bahan :
5 tongkol jagung manis - cuci bersih

2 sudu besar butter

2 ulas bawang putih - tumbuk halus

1/2 sudu teh serbuk pati ayam

2 sudu makan sos cili

2 sudu makan sos tomato

1 sudu teh gula pasir

garam secukupnya

Cara : di atas api kecik, cairkan butter, masukkan bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau.

Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam. Jangan lupa masukkan serbuk pati ayam ya!

Masak sehingga sos sedikit pekat. Sapukan ke jagung. Bakar di dalam oven dengan menggunakan api

bahagian grill sehingga masak.HIdang panas - panas memang sangat sedap.

Sunday, June 9, 2013

ayam goreng berempah

Ayam Goreng Berempah


Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.
— with Zulkhairi Yahya.

perhentian kuih kampong

Perhentian Kuih Kampong


 Di sini lah kedai makan Asam Pedas Pakman.Lokasinya di Ujong Pasir,Melaka. Menjual pelbagai jenis kuih-muih,nasi ayam,asam pedas dan pelbagai lagi.
      Antara asam pedas yang terdapat di sini ialah:
  • asam pedas ikan pari
  • asam pedas ikan parang
  • asam pedas ikan tenggiri
  • asam pedas ikan kembong
  • asam pedas ikan jenahak
  • asam pedas ikan sembilang
  • asam pedas telur ikan
  • asam pedas kepala ikan  
  • asam pedas daging tetel

Saturday, June 8, 2013

asam pedas ujung pasir

Mar 23, 2009

Asam Pedas Perhentian Kuih Kampung

Kalau anda ke Melaka, semestinya anda tahu yang makanan wajib akan dicuba adalah asam pedas. Tetapi dalam banyak-banyak asam pedas yang terdapat di Melaka, saya cadangkan anda supaya mencuba asam pedas di Perhentian Kuih Kampung yang terletak di Ujong Pasir.

Hidangan asam pedas disini disediakan dalam bentuk set yang disertakan nasi putih, telur masin dan sayur taugeh. Terdapat beberapa jenis ikan bagi masakan asam pedas iaitu ikan kembong, tenggiri, parang, jenak, kepala jenak, pari, telur ikan dan juga tetel (daging dengan lemak).

Bagi saya, asam pedas disini tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair dan itu membuatkan ia boleh dinikmati oleh semua golongan. Dengan menggunakan ikan segar, semestinya anda dapat merasai keenakkan tidak terhingga dalam hidangan asam pedas yang disediakan.

Harga bagi setiap hidangan bergantung kepada jenis ikan diminta. Disini juga menjadi tumpuan bagi pengemar kuih-muih kerana terdapat lebih dari 10 jenis kuih dijual.





terletak disebelah Jalan Ujong Pasir
pelbagai jenis kuih juga boleh didapati disini


nasi putih, telur masin dan sayur taugeh
asam pedas ikan tenggiri

kuih kampong di melaka

Thursday, October 18, 2012

Perhentian Kuih Kampong, Ujong Pasir Melaka



Assalamualaikum.Hye ollss. Tak lain tak bukan, entri kali ni juga pasal makan. Sorry ye, ampun ya sebab selalu buat hampa semua dalam keadaan lapar dan teringin. hehe.
Entri kali ni memang pasal makan tapi lain sikit menu dia..ha teddddiiiiiiaaaaa.. Sejajar dengan nama warong ni, Perhentian Kuih Kampong, mereka memang menyajikan pelbagai jenis kuih tradisional. Paham-paham je la kan, sekarang ni memang agak sukar nak jumpa kuih-kuih zaman tok nenek moyang kita ni. Especially nak cari yang betul-betul sedap macam arwah tok dok buat dulu-dulu.
Pencarian saya kali ini memang tidak sia-sia kerana, kuih-kuih di sini memang the right one. The one yang dicari-cari, akhirnya ku temui juga. If di Alor Setar, ada satu warong yang menjual pelbagai jenis kuih talam tapi yang kat sana tu warong kecil saja. Yang ini memang besar, dan variety kuihnya juga pelbagai serta banyak and berwarna warni gituuuu.... Apa yang penting sekali, rasa dia memang sedap. 
Kalau dapat bawak mak ayah mai sini, mesti depa suka. Cek berani jamin....hehe.
Warong ini terletak di Ujong Pasir (sebelah penjara lama).

Jadi, jom kita tengok sikit gambar yang saya ambik nih. Kalau teringin, esok boleh pergi. Selain kuih, di sini juga ada makanan lain seperti, nasi lemak, asam pedas, nasi ayam, pisang goreng and etc. Pendek cerita segalanya ada. Boleh pilih...pilih...pilih...
Takmau tulis panjang sebab tau dah, orang bukan nak baca sangat. Kita biar gambar yang menceritakan segalanya. Macam Yuna kata tu, setiap gambar ada cerita. haaaaaa... :-D

Barisan kuih talam.Ada talam ubi keladi,jagung,ubi kayu,kacang hitam.Banyak lagilah



Kuih kacang nyonya. Tak sempat nak rasa hari tu. Next time will do.


Jangan buat main, siap masuk paper lagi kot...


Pelancong di luar sana, ini pun boleh jadi salah satu tempat yang wajib di lawati..Confirm puas hati. Okey,till next time. Bye. :-D

Regards,
SitiSakinah
 
minta halal dari tuan blog ..