Sunday, May 26, 2013

jom buat kek cawan kukus

KEK CAWAN COKLAT KUKUS

Bahan-bahan untuk resepi kek cawan coklat kukus :

Bahan A

150 gm minyak masak
180 gm susu cair
200 gm gula kastor
220 gm susu krimer manis
1 sudu teh emulco coklat

Bahan B

50 gm serbuk koko
90 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan C

3 biji telur dipukul dengan sehingga kembang

Hiasan Kek

1 bar coklat masakan atau aising kek
Coklat chip atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek cawan coklat

Cara-cara Membuat Kek Cawan Coklat Kukus :

1. Campurkan semua bahan-bahan A ke dalam sebuah periuk. Kacau semua bahan-bahan itu di atas api secara perlahan-lahan hingga gula hancur.  Jangan sampai bahan-bahan ini menjadi mendidih. Angkat dari api dan biarkan suam.

2. Masukkan bahan C iaitu telur yang telah dipukul sehingga kembang tadi dan kacau sehingga sebati.

3. Ayakkan bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.

4. Biarkan adunan selama 20 minit.

5. Tuangkan adunan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus sehingga masak kira-kira dalam 20 minit.
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.

6. Selepas masak dan sebagai hiasan boleh cairkan bar coklat dan sapu di atas kek cawan coklat atau sapukan aising kek diatas kek cawan.

7. Letakkan hiasan seperti cip coklat dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, May 22, 2013

coklat cip muffin

COKLAT CHIP MUFFIN

  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka.  bakar selama 20min.

Monday, May 13, 2013

nasi lemak istimewa

Nasi lemak istimewa Anggun Fusion

AROMA dan keenakan nasi lemak sememangnya mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja. Bagaimanapun, tidak ramai yang pernah menikmati nasi lemak dihidangkan bersama rendang mentega kacang yang merupakan satu resipi rahsia milik pengusaha restoran Anggun Fusion. Penggunaan kerisik di dalam rendang ini melengkapkan aroma harum sajian tersebut.
Untuk menikmati sajian enak itu, kenalah singgah makan di Anggun Fusion yang terletak di Plaza Damas 3, Jalan Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Menurut pemilik Anggun Fusion, Mimie Azura Mohamad, turut ditawarkan di restorannya adalah pelbagai menu lain sama ada berkonsepkan makan tempatan mahupun makanan barat.
Mula beroperasi sejak awal Februari lalu, restoran berkonsepkan santai itu terletak di lokasi strategik kerana berhampiran kawasan perumahan, perniagaan dan pejabat.
Mampu memuatkan sehingga 100 pelanggan pada satu-satu masa, restoran itu beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 malam setiap hari dan menawarkan hidangan makan tengah hari, petang dan malam.
Bagi mereka yang datang secara berkumpulan dan ingin menganjurkan aktiviti, terdapat ruang khas berhawa dingin yang mampu memuatkan maksimum 150 orang pelanggan.
Berbeza dengan restoran-restoran lain, restoran ini turut menawarkan bilik khas untuk mana-mana badan korporat bermesyuarat sambil menikmati pelbagai jenis makanan yang enak.
Mimie Azura juga berkata, kesemua makanan yang ditawarkan itu diperoleh secara segar setiap hari.
"Setakat ini, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan sejak dibuka, ramai juga pelanggan dari luar Lembah Klang datang untuk menikmati nasi lemak istimewa di sini.
"Selain nasi lemak istimewa, kami turut menawarkan pelbagai hidangan seperti makanan laut yang menggunakan resipi sendiri, makanan Barat dan banyak lagi.
"Boleh dikatakan kami menawarkan pelbagai jenis hidangan mengikut cita rasa untuk semua lapisan masyarakat," ujarnya ketika ditemui S2.
Tambah Mimie Azura, pada setiap hari Sabtu, para pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan 'live band' oleh kumpulan tempatan.
Walaupun harga yang ditawarkan berpatutan jika hendak dibandingkan dengan restoran-restoran lain, tetapi Mimie Azura menegaskan ia amat berbaloi dengan apa yang dihidangkan.
Justeru, sesiapa yang ingin merasa dan mencuba hidangan di sini, bolehlah mengunjungi Anggun Fusion.

Wednesday, May 8, 2013

muffin kukus

muffin kukus

first and formost...bersyukurlah dgn ape2 rezeki yang di kurnia Allah swt. Syukur Alhamdullilah..biarpun apam yg mokwo kukus kali nih tak merekah berembok cam org lain..mokwo syukur jugak..sebb sedap and lembut jeh...tak yah susah2 kunyah..satu kali ngap dah bleh telan..hehe..tak serik mokwo nak buat apam yeh! bukan ape klau nak compare ngan kek apam lebih mudah pembuatannye..hanya guna whisker dan mangkuk pengadun dah...taraaaa..siap di kukus. nak ngukus pun tak amek masa yg lama..lebih kurang 15-20 minit klau guna bekas kecil....so lepas nih projek apam ape lakkk..tunggu!!

amek resepi dr umah mamafahmi yg di ceduk dr umah maklang azie..am flora pun buat resepi yg sama gak..tq ladies for sharing this lovely resepi!

STEAMED MUFFIN
Ingredients A :
2 cups evaporated milk
1 cup cooking oil or 250g melted butter (mokwo used cooking oil)
1 3/4 cups castor sugar( mokwo guna 1 1/2 cwn)
1 egg
Ingredients B :
to be sifted
300g superfine flour
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon bicarbonate soda
Essence : Durian, Strawberry, Yam and PandanFood( mokwo buh 1 sk esen rose je)
coloring : yellow, pink, purple and green
Method :
1. Mix A using a whisk.
2. Pour B into A and mix well.
3. Spoon the mixture into the prepared cups layered with papercups.
4. Steam for 10 minutes in high temperature.
nota utk peringatan mokwo:
-kukus apam at a very high temperature
-jarakkan apam supaya masak sekata

muffin kukus

MINI MUFFIN COKLAT KUKUS
Resepi: Maklang Azie
Sumber: CT Delima

Bahan A:-
  • 2 cawan susu cair (*akak guna susu segar)
  • 1 cawan minyak masak/250 gm mentega & cairkan. (*akak guna minyak masak)
  • 1 3/4 cawan gula kastor (*akak guna brown sugar)
  • 1 biji telor
  • 1 sudu besar coklat emulco
Bahan B:-
  • 250 gram tepung superfine/tepung gandum (*akak guna tepung naik sendiri)
  • 50 gram serbuk koko (*akak guna Van Houten)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (akak x letak baking powder n soda sebab menggunakan tepung naik sendiri)
Cara-Cara:-
  1. Satukan bahan A hingga sebati. Kacau guna whisker sahaja.
  2. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dan kacau rata, jangan terlebih kacau.
  3. Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan kertas/muffin cups dan kukus selama 10 - 15 minit. (*akak balut penutup kukusan dgn towel).

Monday, May 6, 2013

tepung gomak

Kuih Abuk-abuk / Tepung Gomak

Bahan-Bahan "A"(inti)

200 gm kacang hijau
1 biji kelapa parut putih
500 gm gula timbang/hitam (gula melaka pun boleh)
300 gm gula pasir
2 helai daun pandan

Bahan-Bahan "B"(doh)
500 gm tepung pulut
100gm tepung gandum
1 mangkuk air
sedikit garam

Bahan tabur:
400 gm tepung kacang hijau

Cara untuk Bahan "A"

Kacang hijau direbus hingga kembang.Kemudian tumbuk sampai hancur.

Gula timbang dimasak dengan 2 cawan air lalu ditapis. Tenggekkan kuali di atas api yang sederhana besarnya.

Tuangkan air gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir.
Masak hingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.

Cara untuk Bahan "B"

Uli tepung pulut dan tepung gandum dengan air dan garam sehingga menjadi doh yang lembut. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan.

Panaskan air dalam periuk dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak. Angkat dan golek-golekkan di atas tpg kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.

Panduan:
********
Untuk membuat tpg kacang hijau yang di dalam bahan B, terlebih dahulu kacang hijaunya hendaklah dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian disangai/sangar hingga kekuningan.

Setelah itu barulah dikisar halus sendiri atau dihantar kekedai untuk dimesen halus.

Ada juga serbuk kacang hijau segera dijual di kedai2.adakalanya susah nak jumpa.

Bahan doh:
**********
tpg pulut bersifat liat dan kenyal pabila diadun.oleh sebab itu kena campur tpg gandum sikit supaya kurang liatnya.

Like · · · 5

Saturday, May 4, 2013

kuih pau

RESEPI PAU

BAHAN:
-500GM TEP PAU BLUE KEY
-½ camb yis mauripan
-1/2 cawan gula bancuh dgn 260ml air
-1/4 cawan lemak sayur
-1 camt pelembut roti
-1/2 camt ammonia bikarbonat(ut elak pau dr kecut apabila masak pau juga lebih gebu kulit pau juga berkilat)

Cara:
-gaulkan kesemua bahan kecuali air
-setelah rata masukan air uli- jadi doh yang lembut dan kenyal doh boleh di renggangkan seperti
-doh roti canai.
-bahagikan doh 1 ketul 40gm dan bentukan bulat2 setelah selesai kesemuanya
-pepetkan doh dgn menggelek masukan inti kesukaan tutup dgn kemas
-kemudian dibiarkan sehingga betul2 kembang lebih kurang 40-45 minit
- kukus lebih kurang 10 minit.
Nota: semasa mengukus pau bungkus tudung penggukus gdn tuala menghalang dr wap air jatuh atas pau.

Thursday, May 2, 2013

buat berger bakar

BURGER BAKAR SOS LADA HITAM

Jeng jeng jeng...burger bakar air tangan mokcik! Hahaha. Walaupun gambar tak lawo tapi rasanya tatap menjadi pilihan hatiku. Kenapa korang ketawa? Ko ade?

Memang dah lama teringin nak buat pattie burger sendiri. Dua hari lepas apabila ke Jaya Grocer, Kjee rembat 3 peket 400gms daging cincang Ramly. Ada plan lah tu nak buat burger sendiri. Tapi tak tau bila.

And then, semalam apabila Nadia beli burger celup blackpepper sauce di gerai berhampiran tapak ceramah di Seksyen 6 Shah Alam, Kjee punyalah terliur. Tapi sedihnya Nadia beli dua jer. Satu untuk dia dan satu lagi papa dia. Masa dia nak pergi beli, tanya Mama nak ke tak nak, Kjee geleng kepala. Kononnya dah kenyang.

Tapi apabila Kjee mengendeng sikit, aduhhh punyalah sedap. Nyesal lak tak suruh dia belikan. Tapi dek kerana orang dah mula ramai, malas lak nak nyusahkan Nadia suruh beli lagi.

Lepas Asar tadi, Kjee suruh Nadia defrost 2 peket daging cincang Ramly. Tamak giler sebab hajat hati nak buat burger bakar yang debab sikit. Hehehe.

Kjee mula dengan cincang dadu satu labu bawang besar. Kemudian Kjee blend 1 keping roti (breadcrumbs tak ada stok), pukul sebutir telor dan campurkan dalam daging hingga elok bersatu. Kemudian Kjee bubuh jugak satu sudu Ajishio Blackpepper. Kalau tak de, korang bubuhlah serbuk lada hitam dan sedikit garam.

Lepas tu, korang kepal lah besar mana korang suka. Daging cincang dua peket tu (kira-kira 800gms) jadi 6 biji burger pattie. 1 keping tu beratnya kira-kira 133 gms. Besar tu tau! Oleh kerana kami bertiga jer, so Kjee simpan yang 3 lagi dalam freezer. Bekfas pagi esok.

Pastu Kjee buat sos lada hitam. Potong bulat 1 labu bawang besar, cincang dua biji bawang putih dan tumis guna sedikit butter dan minyak Zaiton. Bila bawang dah layu, masukkan 2 sudu tepung gandum dan masak hingga agak brown. Pastu bubuhlah air (agak2 dalam setengah mug). Didihkan dan masukkan 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar.

Pastu masukkan 1 beef cube, 1 sudu kicap manis (untuk warna) dan didihkan hingga sampai kepekatan yang korang nak. Itulah sos blackpepper.

Pastu Kjee panaskan grill pan dan grill atau bakar daging burger. Kjee tak bakar lama. Garing jer kedua2 belah, Kjee dah angkat. Kalau lama sangat dibakar nanti daging rentung dan keras.

UnclePali beli jer burger bun tadi. Nak buat sendiri tak sempat. Bakar bun dan celupkan daging burger dalam sos black pepper sebelum diletakkan atas bun. Boleh letak slice cheese kalau suka. Kjee bubuh Mustard dan Mayo. Tak perlu cili sos sebab sos blackpepper dah cukup. Salad tak de jadi guna timun Jepun jer.

Itulah dinner kami tiga beranak. UnclePali dan Nadia suka sangat. Hah lepas ni, tak perlu lagi makan burger bakar kat luar.

serawa nangka

Serawa Nangka

Bahan-bahan :

Buah nangka yang masak (dipotong kecil)
Santan
1 sudu besar gula merah (masak dengan sedikit air hingga hancur dan ditapis)
Gula putih secukup rasa
Sedikit garam
Sagu
Daun pandan (disimpul)

Cara Membuatnya :

Campurkan santan, gula merah, gula putih dan sedikit garam ke dalam periuk. Masukkan juga daun pandan yang disimpul.

Masak sehingga mendidih. Kemudian, masukkan buah nangka dan juga sagu.

Tunggu hingga sagu masak serta mendidih dan bolehlah ditutup api.

Sedia untuk dihidang.

sotong bakar

SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Bahan2 :
1. sotong (dikelar2 sedikit)
2. bawang merah 3 ulas
3. bawang putih 2 ulas
4. sedikit halia (sikit saje ye)
5. 2 sudu cili boh (atau cili kering)
5. 1 batang serai yg gomuks (kalo yg jenis kurus keding tu kna pakai 2 batang la kot)
6. sedikit serbuk ketumbar
7. garam
8. sedikit gula (xnak boh pon xpe)

Cara2 :
1. kisar semua bahan2 di atas (kecuali sotong hehe)
2. curahkan bahan yg telah dikisar ke atas sotong
2. perap lebih kurang setengah jam.. tapi kalo dapat perap lebih lama lagi bagus... utk resepi ni dinda biasanya perap 1-3 jam (bgantung pada ke'bz'an)
3. Balut sotong dgn aluminium foil... curahkan lebihan sambal / bhn kisar ke atas sotong so that nnt dia akan jadi moist
4. Bakar dalam 30 min camtu...

- dah masak, leh lah dihidangkan -

ayam masak merah

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan :
1/2 kilo ayam (digoreng siap)
2 helai daun limau purut
2 senduk cili kering kisar
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
1 labu bawang besar (dimayang) - optional
sos cili
sos tomato
sos tiram
garam dan gula
Bahan-bahan mesin :
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara-cara :
Tumis bahan-bahan mesin dan rempah hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air secukupnya. Setelah mendidih, perasakan dgn garam dan gula. (Boleh juga dimasukkan bawang besar jika suka)
Setelah kuahnya sebati, barulah dimasukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaulkan.
Hidangkan setelah masak. Sangat sesuai dihidangkan bersama nasi tomato.