Bahan-bahan nasi..
500 gm beras nasi dagang*
200 gm beras pulut* - *satukan - rendam semalaman - cuci bersih - toskan
400 gm santan cair
2 biji bawang merah besar**
2 ulas bawang putih**
2 inci halia** - **hiris halus
1 sdb halba
1 sdk garam
2 sdb gula kasar
400 gm santan pekat
Daun pisang - sebagai lapik loyang
Cara-cara nasi..
1. Sediakan loyang bersaiz 10 inci, lapik dengan daun pisang, tuangkan beras dan ratakan pada seluruh loyang.
2. Masukkan dalam periuk kukusan yang telah dipanaskan terdahulu, kukus selama 20 minit.
3. Keluarkan loyang kukusan, tuang santan cair, gaul rata dan kukus semula selama 20 minit.
4. Dalam periuk kecil, satukan bahan-bahan yang dihiris halus bersama
halba, garam, gula kasar dan santan pekat, masak sehingga gula larut
sahaja. Angkat dan ketepikan.
5. Keluarkan loyang kukusan, tuang pula adunan santan yang dimasak, gaul
rata pada keseluruhan nasi dagang dan kukus semula selama 20 minit
lagi.
6. Angkat dan hidangkan.
Bahan-bahan ikan..
2 ekor ikan tongkol - potong kepada beberapa keping - cuci bersih
1.5 liter air
5 keping asam gelugor
1 sdk garam
1 sdk cuka
Cara-caranya..
1. Satukan semua bahan-bahan ikan, air mesti melebihi paras ikan dan rebus sehingga air rebusan berbaki suku daripada asal.
2. Toskan ikan dan ketepikan. Air rebusan JANGAN dibuang, akan digunakan di dalam gulai.
Bahan-bahan gulai..
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
7 sdb cili kisar
4 biji bawang merah besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup* - *kisar lumat
6 sdb rempah nasi dagang - gaul dengan air menjadi pes
2 sdk serbuk ketumbar
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk halba
Baki air rebusan ikan
200 gm santan KARA
200 gm air
2 keping asam gelugor
3 sdb gula merah
1 1/2 sdk garam
1/2 sdk perasa
3 sdk gula kasar
7 biji cili api hijau
7 biji cili api merah
Cara-caranya..
1. Dalam periuk sederhana besar, panaskan minyak dan tumis 4 sekawan.
2. Masukkan cili kering kisar dan gaul sehingga cili masak.
3. Tambah pula bahan-bahan yang dikisar lumat, biarkan sehingga naik baunya.
4. Masuk pula pes rempah nasi dagang, serbuk ketumbar, serbuk jintan
manis dan halba, masak sehingga naik minyak sedikit. Sentiasa kacau
supaya tidak melekat. Tambah juga sedikit air jika terlalu kering.
5. Tuang baki air rebusan ikan, santan dan air, renehkan sehingga mendidih.
6. Tambahkan asam gelugor, gula merah, garam, perasa dan gula kasar, renehkan lagi. Tambah perasa jika kurang.
7. Masukkan ikan yang telah direbus dan renehkan lagi dengan api kecil selama 10 minit.
8. Tambah cili api hijau dan merah dan renehkan lagi dalam 5-10 minit.
9. Siap dihidangkan.
Bahan-bahan acar..
1 batang lobak merah*
1 batang timun jepun* - *buang kulit - cuci bersih - sagat memanjang
1 biji bawang merah besar**
5 biji cili api hijau**
5 biji cili api merah** - **hiris halus
Separuh biji nenas - potong dadu
3 sdk gula kasar
1/4 sdk garam
2 sdb cuka
Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan-bahan acar dan gaul rata.
2. Perapkan dalam peti sejuk dalam 10 minit.
beras nasi dagang yang i gunakan..
rempah cap rose takde..i guna rempah gulai ini..