Sunday, June 29, 2014

pulut udang


 
 
 
 
PULUT UDANG SEDAP
Bahan Pulut (8 biji)
1 cawan beras pulut - rendam 2 jam
1 cawan santan pekat
sedikit garam
Beberapa helai daun pisang - layurkan atas api, lap dan kerat ikut saiz nak balut nanti
Lidi - kerat 1 1/2 inci

Cara Membuat:-

1. Basuh beras pulut dan toskan.

2. Masukkan ke dalam periuk dan campurkan santan dan garam. Masak dengan api sederhana dan kacau-kacau selalu. saya menggunakan pemanggang newage cookware yang memudahkan kerja memasak.
3. Bila kering, biarkan pulut benar-benar masak atas api paling kecil sebentar dan sejukkan.
4. Ambil daun pisang yang telah dipotong selebar 1 jengkal, letak pulut atas daun pisang, letakkan inti ditengah pulut dan gulung daun pisang biar kemas. 

5.Tekan bahagian hujung daun agar pulut kemas dan selitkan lidi. Buat hujung satu bahagian lagi. Panggang atas api sederhana dan balik-balikkan pulut selalu. kerja memanggang ini juga saya gunakan pemanggang newage cookware kerana ia masak sekata. 
6.Bila daun telah hangus dan garing sikit, bolehlah diangkat.

Cara membuat inti, boleh juga rujuk di SINI . Saya buat sama seperti inti cucur badak sebelum ini.
INTI
1/2 biji kelapa parut 
1 cawan udang kering - saya gunakan udang geragau kering 
2 biji bawang besar
5 batang serai 
1 sudu kecil kunyit serbuk 
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing-masing)
1 sudu besar minyak masak 
Garam dan gula

1. Cara-cara : blender cili kering, bawang besar, serai, udang kering dan bawang dengan sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sebentar. 

2.Tuang minyak ke dalam kuali yang di panaskan, masukkan adunan inti yang di blender tadi. Masukkan juga kunyit, garam, gula dan serbuk perasa. 

3. Kacau hingga masak dan kering sedikit.

* Lebih sedap jika masukkan juga sedikit udang hidup kedalam bahan membuat inti.
 http://fizalgk.blogspot.com/
Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment