Wednesday, May 30, 2012
MUDAH JER BUAT CILI JERUK
Apapun, Kjee lebih berselera kalau makan mi goreng dan yang
sewaktu dengannya bersama cili jeruk. Nak buat bukanlah susah, tapi
peniaga sekarang dah tak kuasa melayan. Mungkin satu hari nanti akan
pupus cili jeruk ni dari muka bumi. Ewah. Hehehe.
Masa Kjee meniaga dulu, Kjee main taram jer buat cili jeruk.
Kjee potong cili hijau, lepas tu Kjee curah air panas, bubuh cuka sikit.
Siap. Tak sampai dua hari, mulalah timbul selaput di bahagian permukaan
air cili jeruk tu. Kekadang Kjee buang jer bila air bertukar warna.
Lama jugak Kjee guna kaedah itu. Tak ada pun orang complain sehinggalah Chef Yang Jamil singgah gerai Kjee satu ketika dulu.
Dia tanya. "Ni kau buat ker?" Kjee dengan senyum lebar
mengaku. "Yelah...sapa lagi?" Dia jawab "Hampeh!! Penang Fried Kwayteow
kau memang sedap tapi bab cili jeruk, kau gagal!!!" Terkejut giler Kjee.
"Mai aku ajar hang buat cara yang betul!" Maka sejak itu Kjee guna resipi Chef Yang Jamil. Terima kasih Chef.
Kjee tak pernah bodoh sombong. Kalau ada orang beri tips macam mana nak masak lebih sedap, Kjee memang suka follow.
Ini cara Chef Yang Jamil ajar Kjee. Belilah dalam setengah
kilo cili hijau yang segar bugar. Cili api yang hijau pun sedap jugak.
Tapi potong kasar2. Kekadang kalau maleh, potong dua atau biarkan sebiji
sebiji. Cili hijau pulak harus yang kilat2 dan kalau dipicit keras
lagi. Maknnya ia segar.
Kjee pilih sebiji sebiji masa pergi pasar borong. Tukang jual
jeling jer tapi Kjee tak ambil kesah. Biar penat asalkan orang makan
puas hati.
Pastu potong atau hiris bulat2. Tak payah halus2. Kasar2 jer.
Tapi janganlah kasar sangat. Lepas potong, buang bijinya. Kjee buat
cara ni. Kjee rendam seketika dalam bekas plastik. Pastu Kjee kaup
perlahan2 tinggalkan biji cili.
Selepas itu, keringkan cili tu. Letak atas surat khabar dan
biarkan airnya kering sejam dua. Apabila sudah pasti ia sudah kering
betul2, masukkannya ke dalam botol atau balang kaca. Balang plastik pun
okay jugaklah.
Semua foto di google |
Masukkan gula (untuk ½ kilo cili hijau, Kjee letak kira2 dua
sudu besar gula), sedikit garam dan tuangkan cuka masak sehingga menutup
paras cili. Tunggu dua jam, cili itu dah okay untuk makan.
Cili jeruk cam ni tahan sampai dua minggu (tak payah simpan
dalam fridge) kekadang lebih dengan syarat korang tak habiskan. Insya
allah tak berkulat. Cuba le try. Makan ngan mi kari, mi sup atau mi
goreng. Fuhhh best lah.