Sunday, November 29, 2015

apam lenggang


APAM LENGGANG SEDAP....
Bhn2
1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
7-8sudu besar gula
1cwn air
1cwn santan pekat
1biji telur
Cara2
-Campurkan semua bahan kecuali santan..Gaul rata dan perap selama 2-3jam
-masukkan santan dan gaul lagi
-panaskan kuali dan griskan minyak pd kuali...ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
-kalo pki non stick pan x perlu gris minyak
-masak dgn api perlahan...bila dh kekuningan blhlah digulung atau dilipat dua...siappp...sedap mkn panas2...

Saturday, November 28, 2015

cendol mudah

Image result for cendol

-2 cwn tepung beras
-1 sudu mkn tepung jagung
-4 cawan air pandan
-Sedikit garam
-Sedikit kapur makan
Cara
Panaskan di atas api sehingga masak
Dan gunakan acuan lubang di mana bekasnya d tadah ais

Wednesday, November 4, 2015

buat mee kuning




proses gelek menggelek sehingga hasilnya licin



mee yg belum dicelur



mee selepas dicelur


MEE KUNING -Menghasilkan 700 g mee kuning

Bahan-bahan:

350g tepung high protein 
2 biji putih telur
1 sudu kecil air kapur 
100 ml air 
sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
6 sudu besar minyak masak
sedikit tepung utk taburan

Cara membuat:

Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya
Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati
Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.
Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental 
Bahagi doh kpd 4 bahagian
Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1 kalau mesin K.Noor)
Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan
Pilih ketebalan yg dikehendaki (K.Noor guna no 4), gelek utk kali terakhir disini
Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee
Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi
Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut
Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu)
Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak
Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.

Nota: Doh mee ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap