Friday, August 8, 2014

jom rasa cendol tempurung

Cendol tempurung, Laksa tempurung di Bayan Lepas Pulau Pinang


BETUL ke?
Takkan kot.
Persoalan itu yang bermain di fikiran Abang Fen sambil memandu kereta ke Teluk Kumbar dari Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Mana tidaknya, Abang Fen dalam perjalanan ke sebuah gerai yang menghidangkan laksa dan cendol pulut dalam tempurung.
Bagaimana pengusahanya meletak tempurung itu di atas meja dan macam mana pula laksa dihidang...tak tumpah ke?
Setibanya di gerai itu, Abang Fen tengok dah ramai pelanggan menunggu giliran.
Memang tak sabar lagi Abang Fen nak beratur sama, tak sabar nak makan laksa bersulamkan cendol...fuh..sedap you all.
Semasa Abang Fen berdiri menunggu lebih kurang 10 minit, sepasang sepasang suami isteri yang baik hati mempelawa Abang Fen duduk di sebelah mereka yang kebetulan pula ada seorang pelanggan lain baru bangun.
Kemudian Abang Fen pesan laksa tempurung dan cendol pulut tempurung untuk merasai sendiri, adakah rasanya selazat dan seunik namanya.
Di hadapan Abang Fen ada lebih kurang sepuluh biji keratan batang buluh yang siap dipotong lebih kurang satu inci setengah setiap satu sebagai acuan pelapik tempurung.
"Boleh tahan juga kreatifnya tuan gerai ini," kata hati kecil Abang Fen.
Potongan buluh itu juga menjawab teka-teki yang bermain difikiran Abang Fen tadi.
Sekejap saja Laksa dan cendol pulut yang diisi didalam tempurung dihidangkan seorang gadis untuk Abang Fen.
 
Wow!!! aroma kuah laksanya menyucuk hidung hingga ke urat perut Abang Fen.
Pertama sekali Abang Fen menghirup cendol pulut dan rasanya benar-benar sedap malah lembut pulutnya tidak mengecewakan.
Setelah menghirup cendol hampir setengah tempurung baru teringat di depan Abang Fen terhidang laksa.
Terasa malu pulak ketika itu dengan pelanggan di sebelah, manalah tahu kalau-kalau ada yang nampak macam Abang Fen kebulur sangat.
Apabila kuah laksa tempurung singgah ke lidah Abang Fen, memang sedapnya sukar hendak digambarkan dan tak dapat untuk Abang Fen ceritakan atau untuk samakan rasanya dengan laksa dari tempat lain.
Kuah laksa tempurung ini memang mempunyai rasa yang  unik sepertimana unik hidangannya maka tidak hairanlah ramai pengunjung dan pelanggan sanggup berdiri dan menunggu giliran untuk mendapatkan tempat kosong.
Ada juga pelanggan yang meminta laksa dan cendol untuk dimakan di dalam kereta dan ada juga yang makan sambil berdiri di tepi motosikal gara-gara tidak sanggup menunggu lama.
Abang Fen seperti yang you all tahu, apabila makanan atau minum yang dijamah itu menarik, unik, murah dan sedap...tangan mula keluarkan pen dan buku nota kecil untuk dikongsikan dengan pembaca yang disayangi.
Pertama sekali Abang Fen dapatkan maklumat daripada pelanggan yang berikan tempat duduk untuk Abang Fen iaitu Mohd Ridzwan, 34, dan isterinya Azura Ismail, 29 (gambar bawah).
"Saya selalu mai sini pada hujung minggu untuk makan laksa dan cendol pulut tempurung sebab rasanya memang sedap selain keunikan yang belum pernah saya jumpa” kata Ridzwan dari Sungai Burung, Balik Pulau.
Sebaik sahaja dapatkan pandangan pelanggan, kini tiba giliran tuan punya gerai untuk diajukan pelbagai soalan bagi mendapatkan maklumat secara lebih terperinci untuk dikongsikan bersama you all.
Pengusahanya ialah Yaakob Abdul Hamid, 44, (gambar) dan dibantu oleh isterinya, Normala Kassim, 40. Pasangan terbabit menjalankan perniagaan unik itu sejak Jun 2013.
"Saya cuba membuat kelainan dalam penyediaan makanan dan minuman agar ianya menjadi satu daya tarikan kepada pelanggan.
"Sebelum ini ada kawan-kawan kata idea saya ini gila. Tetapi saya yakin jika ia sedap dan unik, pasti akan dapat menarik ramai pelanggan," kata Yaakob.
Menerusi keunikkan itu, Yaakob dan isteri mampu menjual lebih 20 kilogram laksa sehari apabila mereka memulakan operasi dari pukul 11 pagi hingga 7 petang.
Gerai tersebut ditutup pada setiap Isnin.
Abang Fen juga dimaklumkan bahawa kuah laksa tempurung merupakan resepi khas dengan gabungan resepi dari tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
"Saya gabungkan resepi dan bahan-bahan yang digunakan dari tiga buah negeri ini agar rasanya juga ada kelainan selain lebih sedap," ujar Yaakob.
Jadi, Abang Fen cadangkan pada you all semua agar mencuba sendiri kelazatan laksa dan cendol tempurung ini.
Kepada you all yang ingin ke Pulau Pinang serta mencuba sendiri suasana makan dan minum menggunakan tempurung bolehlah menghubungi Yaakob ditalian 017-4555441.

No comments:

Post a Comment