SAMBAL AYAM FAVORITE NADIA
Sambal ayam ni biase2 jer. Semua orang tahu buat cara sama  yang Kjee buat. Cuma yang terlebih ialah sentuhan kasih dan sayang  seorang ibu. Tanyalah anak2 korang, siapa masak paling sedap. Dia mesti  kata mama atau ibu dia orang lah.
Bonda kita, walaupun masak nasi berlaukkan ikan goreng dan  kicap pun kita kata paling sedap kan? Walaupun saban hari kita mungkin  telah dihidangkan dengan makanan di hotel atau pun restoran yang sedap2,  namun kita tetap merindui masakan ibu.
Sebelum airmata Kjee bercucuran teringatkan arwah bonda, Kjee  share resipi sambal ayam yang Nadia kata paling sedap in the world.  Hehehe berani ke dia nak kata tak sedap.
BAHAN2NYA:
1 ekor ayam kecik dibuang kulit dan potong 8
2 genggam cili kering (nak pedas tambah lagi)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
½ mangkuk air asam jawa
sedikit gula
CARA:
Cili kering direbus bersama dua sudu minyak masak sehingga  agak lembut. Kemudian kisar. Tujuan direbus bersama minyak adalah untuk  melembutkan bijinya supaya cepat halus apabila dikisar. Tepikan.
Ayam digoreng separuh masak atau sedikit garing diluarnya. Tepikan.
Tumbuk  1 labu bawang besar bersama 4 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian  tumis. Kjee tumis dalam separuh sahaja daripada minyak goreng ayam  tadi. 
Apabila sudah wangi, masukkan cili kering yang telah  dikisar dan perlahankan api. Masak sehingga terbit minyak. Masa ini,  campakkan 1 lagi labu bawang besar yang dihiris bulat2 ke dalam kuali.  Sebaik sahaja terbit minyak, masukkan air asam jawa dan biarkan ia reneh  sehingga kering sedikit. Kemudian bubuh garam dan sedikit gula. Kalau  nak bubuh serbuk perasa pun boleh.
Kacau hingga rata kemudian  masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga sambal dan ayam  sebati antara satu sama lain. Pastikan sudah cukup rasa kemudian  padamkan api.
Inilah cara Kjee masak sambal ayam yang menjadi kegemaran  Nadia sampai dia ratah 3 potong masa makan tengah hari dan 2 potong lagi  sebelah malam.

No comments:
Post a Comment