KUIH BAKAR ORANG LAMA
Dua hari kemudian dia hantar lagi sms tanya Kjee mintak dia  kuih bakar tradisional atau Kuih Bakar Bombay, hari tu. Apabila Kjee  kata Kuih Bakar Bombay, dia ketawa kata dah silap bagi resipi. Patutlah  bila makan Kjee rasa lain sikit.
Bukanlah tak sedap tetapi rasa2nya dulu masa arwah Bonda  buat, ada rasa dan bau minyak sapi! Hmmm nak buat camner. Kuih tu pun  dah masak dan dah settle Kjee pulun. Hehehe.
Anyway, rasa2nya beza antara Kuih Bakar Tradisional dan Kuih  Bakar Bombay taklah jauh sangat. Kalau tak silap Kjee Kuih Bakar Bombay  akan guna sikit rempah ratus. Sikit jer. Kasi bangkit bau sikit jer.
Resipi Kuih Bakar Tradisional Bonda guna bekas yang sama  iaitu korang boleh guna mangkuk, cawan, besen atau apa2 sajalah. Tapi  semua bahannya disukat dalam bekas yang sama. Kjee guna mangkuk nasi  cina untuk buat. Satu mangkuk masa Kjee sukat boleh muatkan 9 biji telor  saiz B.
Okay jom kita intai resipinya.
Bahan2nya
1 mangkuk telor ayam
tiga suku mangkuk tepong gandum
1 mangkuk gula (Kjee kurangkan dua sudu besar)
1 mangkuk pati santan
10 helai daun pandan yang tua
minyak sapi
acuan kuih bakar
Cara
Daun pandan dicuci bersih, racik dan dikisar guna air sedikit  sahaja. Cukup untuk gerakkan mesin pengisar. Kemudian ditapis airnya  dan dicampur bersama santan. Kalau guna daun pandan yang hijau dan tua,  tidak perlu tambah pewarna. Kjee tidak suka tambah. Biarkan dalam warna  asal. Suka sangat baunya.
Satu mangkuk telor diblend bersama gula. Ini kerja mudah.  Kerja tak mudah, telor dipukul sampai kembang guna whisk kemudian  masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang.
Kemudian masukkan santan yang telah dicampur dengan pati daun  pandan. Kacau rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil  dikacau dengan whisk. Jaga jangan bergentel. Kalau bergentel, tapis  adunan.
Panaskan oven 180 darjah.
Kjee guna acuan kuih bakar tembaga. Panaskan acuan itu diatas  dapur gas. Kecikkan api dan bubuh setengah suduh besar minyak sapi.  Kalau suka boleh guna majerin tetapi rasanya masin. Apabila minyak sapi  cair, perlahankan sedikit api. 
Kacau adunan tadi hingga sebati dan tuangkan hingga ke paras  tiga suku acuan kuih bakar. Jangan penuh sangat. Masak atas dapur gas  sampai tepinya agak berkerak. Kemudian dibakar selama 25 minit atau  hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.
         Anda mungkin juga meminati:     



No comments:
Post a Comment