Friday, October 16, 2015

KUIH SERABAI

BAHAN-BAHAN KUIH SERABAI :-)
125 gram tepung beras
75 gram nasi sejuk
325 ml santan segar
1/2 camca teh instant yeast
1/4 camca teh garam

BAHAN-BAHAN KUAH :-)
1 cawan santan
1/2 cawan air
3 camca besar hirisan gula melaka
1 camca besar gula pasir
1 helai daun pandan, disimpul
3 ulas durian
Secubit garam
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK ADUNAN KUIH SERABAI :- Kisar nasi sejuk dengan 100 ml santan. baki santan dipanaskan hingga suam, tak perlu sampai mendidih. Dalam satu bekas, masukkan tepung beras, instant yeast dan garam, gaul rata. Tuang nasi kisar, gaul dan masukkan santan suam. Kacau dengan whisk hingga bancuhan rata dan licin. Tutup permukaan mangkuk dan perap selama 2 jam. Ketepikan.
  2. UNTUK KUAH DURIAN :- Masak gula melaka, gula pasir dengan 1/2 cawan air hingga gula larut. Tapiskan ke dalam periuk. Masukkan daun pandan, secubit garam dan santan. Kacau dan biar mendidih. Tambah isi durian dan masak sekejap. Masukkan bancuhan tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga pekat, Rasa dan jika anda suka manis, boleh tambah gula. Matikan api dan ketepikan.
  3. UNTUK KUIH SERABAI :- Panaskan acuan kuih serabai, guna api kecil. Lenser (atau orang Johor panggil 'selet') dengan sedikit minyak masak rata2. Adunan serabai dikacau sekejap, kemudian sedukkan ke dalam acuan tadi. Pastikan jangan penuh sangat, sebab kuih serabai akan naik seperti kuih apam. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk, kalau dapat guna yang tutup kaca macam dalam gambar.
  4. Permukaan kuih akan berbuih2 dan biarkan hingga ia kering, tu tanda kuih anda dah cukup masak. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan, guna lidi sate bersih untuk melonggarkan kuih serabai dari acuan. Buat kaedah sama hingga adunan habis. Jika ada kerak2 yang tertinggal dalam acuan, bersihkan dahulu, baru lenser dengan sedikit minyak.
  5. CARA MENGHIDANG :- Sediakan piring sesuai. Taruk 2 atau 3 keping kuih serabai dan tuangkan kuah durian atasnya. Hidangkan segera...Selamat mencuba!!...

Monday, October 5, 2015

sambal belacan sedap




                                                                                   

petua sambal belacan sedap

semua bilangan cili kena ganjil

5 tangkai cili hidup
dan 11 tangkai cili padi
atau 
3 tangkai cili hidup
7 tangkai cili padi
yang penting
bilangan mesti ganjil
belacan bakar garing
atau goreng tanpa minyak
atau dengan sedikit minyak

Monday, September 28, 2015

cili sos

 
BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 camca besar penuh cuka (cm guna cuka makan JALEN) 
1/3 cawan gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air = kacau rata
Sedikit bijan, disangi hingga harum
 
Cara2
Kisar cili, bawang putih dengan 1 cawan air hingga halus. 
Tuang ke dalam periuk, masukkan gula dan sedikit garam. 
Kacau rata dan masak hingga mendidih. 
Kecilkan api dan masak sekejap lagi. 
Masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka makan. 
Kacau rata dan masak hingga pekat. 
Matikan api dan tabur bijan sebelum dihidangkan bersama popia...

Sunday, August 9, 2015

telur masin



TELUR MASIN

Bahan-bahan..
20 biji telur itik - cuci bersih - keringkan
500 gm garam kasar
1500 gm air

Cara-caranya..
1. Masukkan telur itik yang telah dicuci bersih dalam balang kaca atau bekas yang sesuai.
2. Masak garam dan air sehingga garam larut. Biarkan semalaman.
3. Tapis dan tuang air garam dalam balang/bekas yang berisi telur itik sehingga penuh.
4. Tutup balang/bekas dan tulis tarikh.
5. Buka selepas 2 atau 3 minggu dan boleh direbus

laksam


LAKSAM
1. Laksam (10 org makan)
Bahan-Bahan
- 1 pek tepung beras (500 grm)
- 1 jag air
Cara-Cara
- Campur tepung beras dgn air dan kacau hingga betul2 sebati. (Celup sedikit dgn jari...kalau adunan melekat sikit2 kat jari ok la tu.. Jgn terlampau cair dan terlampau pekat.. Agak2 sendiri lah yer )
- Panaskan air dlm pengukus hingga mendidih.
- Letak tudung periuk/dulang yg disapu dgn sedikit minyak.
- Masukkan adunan dan ratakan.
- Tutup pengukus dan masak dalam 5-7 minit.
- Bila dah masak (gelembung) angkat, dan biarkan sejuk seketika.
- Gulungkan dengan cermat.
- Teruskan memasak adunan sehingga habis.
2. Kuah Laksam
Bahan-Bahan
- Isi ikan sardin/selayang yg telah direbus (10-15 ekor)
- Santan 1kg
- 5 ulas bawang merah besar
- 1 inci halia
- 1 ulas bawang putih ( kalau masak sedikit, tak masukkan pun x apa)
- 2 keping asam keping
- sedikit lada hitam
Cara-Cara
- Kisar isi ikan dgn santan hingga betul2 hancur
- kisar bawang merah, bawang putih dan halia
- Campurkan bahan yg dikisar dalam periuk dan masakkan
- masukkan asam keping dan lada hitam yg ditumbuk
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Teruskan kacau hingga mendidih dalam 5-10 minit dan tutup api.
3. KERABU
- Hiris halus2 daun serai kayu, timun batang, kacang panjang, kubis dan bunga kantan.
- Gaulkan.
4. SAMBAL LADA
- Kisar cili api dgn garam, gula dgn sedikit cuka dan sedikit air.
CARA HIDANGAN
Potong laksam kecil2... Masukkan kuah, kerabu dan sambal lada... Dan selamat menjamu selera .

kerabu bilis


KERABU IKAN BILIS
================
BAHAN
Ikan bilis 1 cawan
(Goreng garing)
Udang kering 2sb
(goreng/tumbuk kasar)
Bawang Besar 1 biji
(hiris/goreng layu)
Bawang Putih 5 biji
(hiris nipis/goreng garing)
Daun ketumbar 1 pokok
(hiris kasar)
Serai 1 batang
(hiris halus)
Lada merah1 tangkai
(hiris halus)
Cili padi 3 tangkai
(hiris halus)
BAHAN PERASA
Gula perang 3sb
Jus limau nipis 2 biji
Sos ikan 1sb
CARA
Campurkan semua bahan dan
bahan sos..Gaul mesra.. siap!! 😀
Bismillah😘😘

ais krim





Resepi Aiskrim
Bahan2:
1 biji telur
1 tin susu cair
Suku tin susu pekat (resepi asal 1/2 tin, sy guna suku tin pun masih manis.. so moh kite kurangkan lagi)
1 sudu kecil vanila (atau 1 tudung botol vanila tu je)
1 sudu besar ovalette (kena hati2.. cari yang halal ye)
Bahan2
Cara membuat:
1. Masukkan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk adunan.
2. Pukul selama 15-20min. Adunan akan mengembang jadi macam tekstur aiskrim.
3. Asingkan ke dalam beberapa mangkuk untuk meletak perasa.
Bahan perasa:
1. Coklat emulco (tambah chocolate rice di dalam adunan).
2. Strawberi emulco (campur pewarna pink bagi jadi warna pink cantik)
3. Rasa vanila je (tak tambah perasa atau pewarna cuma letak chocolate chips)
Cara buat:
1. Masuk perasa ke dalam mangkuk berasingan.
2. Masukkan semua ke dalam tupperware atau apa2 bekas.
3. Simpan beku selama at least 1 malam