BAHAN-BAHAN:
- 1 biji keledek merah | direbus dan dilecekkan
- 500 ml santan
- 100 gm tepung beras
- 2 sudu makan marjerin | dicairkan
- 120 gm gula
- Secubit garam
- Daun pisang | untuk membungkus
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau di atas api hingga pekat.
2. Ambil daun pisang yang siap digunting dan sapukan sedikit minyak di atasnya.
3. Ambil satu sudu besar adunan tadi dan letakkan di atas daun pisang.
4. Lipat kemas daun pisang seperti membuat lepat.
5. Sediakan kukusan dan kukus selama 20 minit.
No comments:
Post a Comment