Blog memaparkan tempat makan yang menarik seperti restoran, kafe, warung atau ape saja yang glamer juga himpunan resepi yang menarik. HARAP ANDA ENJOY !!!
Wednesday, August 27, 2014
Tuesday, August 26, 2014
buat mee kuning
Mee
Tahrunnisah Jali added 9 new photos — with Hakimah Maslyza Zamri and 27 others.
Resepi
mee kuning insyaallah bersih dan halal serta dr air tangan kita..dan
sangat menjimatkan..500gm tpg gandum menghasilkan 1.5kg mee kuning..
Resepinya
500gm tepung gandum
1biji telor + pewarna kuning + 2 sudu besar air kapur + air = 200ml (pewarna ni agakla ye jgn banyak sangat...saya guna yang serbuk secubit je) kalau cecair tu agak2 ye.. kalau kunyit jika dicampur dgn air kapur akan jadi wane oren nanti ..sebaik2 pewarna kuningla..

caranya
*panaskan air dalam periuk untuk merebus mee ni dan masa nak masukkan mee nanti masukkan garam dlm 2 sudu besar..(saya tak masuk dlm gandum sbb nak jaga mesin dr berkarat)
* masukkan tpg gandum dlm bekas dan tuangkan air
* gaul sebati
* doh ni agak keras sedikit dr doh karipap ye..
* tak payah bagi licin pun tak apa..asal semua sebati je..
* bahagikan 3 bahagian dan leperkan
* menggunakan mesin mee..masukkan doh pada bahagian yang tiada gigi dan
laraskan no.1... (kalau mesin mee saya ada 6 laras (1-6) 1 bukaan paling besar
dan 6 tu bukaan paling kecil/ halus)... ada juga yang laras bukaan ada 1-9 (1 tu
laras bukaan paling besar dan 9 tu laras paling halus/nipis) alirkan doh pada
mesin tersebut sehingga abis buat 2x ye..(2x masuk)
* kemudian laraskan semula ke no.4(bg laras bukaan 1-6). atau 6@7 bagi laras bukaan 1-9 masukkan kepingan mee tadi yang ni tuk nipiskan mee buat 2x
*kemudian masukkan kepingan yang dah nipis ni pada mesin yang ada gigi halus tu..masukkan kepingan mee tadi dan pulas sampai habis..
*skrang masa nak merebus mee..5 minit rebus mee... masa masukkan mee jgn kacau dulu ye..biarkan dlm 1-2 minit..baru kacau ye..kalau kacau masa taruk mee nanti mee tu putus..cukup 5 minit toskan mee
*tos kan mee dan terus masukkan mee dlm air paip biasa (ini utk menghilangkan kanji pada mee ni..kacau2 la mee ni ye tuk buang kanji.. toskan semula mee shingga kering dan masukkan 3 sudu besar minyak masak dan gaul mee sebati..

Sunday, August 24, 2014
goreng pisang rangup
Kali ni nak kongsi
bagaimana nak buat tepung goreng pisang sedap dan rangup. Selalu kita
buat bancuhan antara tepung gandum dan tepung beras... apa kata kali ni
kita ubah sikit bancuhannya.
Bahan:
- Pisang/ keladi/ keledek dan juga apa saja yang nak digoreng.
- 3/4 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung pulut (nisbah tepung beras dan tepung pulut adalah 3:2)
- Air secukupnya
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- 1 sudu teh kunyit serbuk
- Minyak untuk menggoreng
Cara:
- Campur tepung pulut, tepung beras, kunyit, garam dan telur. Masukkan air dan bancuh hingga sebati dan bolehlah menggoreng.
Tepung, telur, kunyit dan garam disatukan.
Masukkan air dan kacau sebati. Bolehlah menggoreng.
- Tepung ini akan kekal rangup selama berberapa jam walaupun sejuk.
~ Selamat Mencuba ~
Tuesday, August 19, 2014
buat jeli kelapa
Like · · Share · 1762736
Resepi Bonda with Chuan Ng and 7 others
18 hrs ·
Jelly Kelapa
Jelly Kelapa
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan
Jelly Kelapa
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

Friday, August 15, 2014
mee rebus
Hasimah Abas and Saripah Rosilah Syed Idrus shared Rahsia Hawa's photo.
Rahsia Hawa with Abob Appy Chico and 46 others
RESEPI MEE REBUS
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua

Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
Cara memasak:
Tumiskan bawang merah, bawang putih,lengkuas,serai,cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya.masukkan garam,gula,aji,sos tomato.
Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.
Selamat Mencuba!!

Friday, August 8, 2014
belajar buat kentang putar
· Share · 6881
Makteh Dita shared Rahsia Hawa's photo.
3 hrs ·
Rahsia Hawa with Khairul Anam and 33 others
Kentang Putar
Bahan-bahan ( 5 orang )
Bahan A untuk kentang putar
Bahan-bahan ( 5 orang )
Bahan A untuk kentang putar
5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4
Sedikit lada hitam(kalu nk pedas bubuh la lebih)
Garam secukup rasa
1 sudu susu pekat manis
Bahan B UNTUK SOS.
4 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar mentega
Sedikit lada
Cara-cara
- Rebus kentang sehingga empuk masuk kan garam sedikit. 1. Tos kan air dam lenyekkan, guna hand mixer putar kentang sehingga halus.masuk kan lada hitam dan susu.
- Kentang dah siap...untuk sos pulak..
1.rebus bawang merah,lobak merah dan kiub ayam dalam 10 minit 2.tos kan air rebusan td.
3.masuk kan mentega kedlm kuali dgn api yg kecil,kemudian msk kan tepung gandum,kacau jgn bergentel
4.masuk kan air rebusan td,bersama lada hitam,sos tiram dan beberapa titil kicap pekat.kacau2 dan dah siap

jom rasa cendol tempurung
Cendol tempurung, Laksa tempurung di Bayan Lepas Pulau Pinang
BETUL ke?
Takkan kot.
Persoalan itu yang bermain di fikiran Abang Fen sambil memandu kereta ke Teluk Kumbar dari Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Mana tidaknya, Abang Fen dalam perjalanan ke sebuah gerai yang menghidangkan laksa dan cendol pulut dalam tempurung.
Bagaimana pengusahanya meletak tempurung itu di atas meja dan macam mana pula laksa dihidang...tak tumpah ke?
Setibanya di gerai itu, Abang Fen tengok dah ramai pelanggan menunggu giliran.
Memang tak sabar lagi Abang Fen nak beratur sama, tak sabar nak makan laksa bersulamkan cendol...fuh..sedap you all.
Semasa Abang Fen berdiri menunggu lebih kurang 10 minit, sepasang
sepasang suami isteri yang baik hati mempelawa Abang Fen duduk di
sebelah mereka yang kebetulan pula ada seorang pelanggan lain baru
bangun.
Kemudian Abang Fen pesan laksa tempurung dan cendol pulut tempurung
untuk merasai sendiri, adakah rasanya selazat dan seunik namanya.
Di hadapan Abang Fen ada lebih kurang sepuluh biji keratan batang buluh
yang siap dipotong lebih kurang satu inci setengah setiap satu sebagai
acuan pelapik tempurung.
"Boleh tahan juga kreatifnya tuan gerai ini," kata hati kecil Abang Fen.
Potongan buluh itu juga menjawab teka-teki yang bermain difikiran Abang Fen tadi.
Sekejap saja Laksa dan cendol pulut yang diisi didalam tempurung dihidangkan seorang gadis untuk Abang Fen.
Wow!!! aroma kuah laksanya menyucuk hidung hingga ke urat perut Abang Fen.
Pertama sekali Abang Fen menghirup cendol pulut dan rasanya benar-benar sedap malah lembut pulutnya tidak mengecewakan.
Setelah menghirup cendol hampir setengah tempurung baru teringat di depan Abang Fen terhidang laksa.
Terasa malu pulak ketika itu dengan pelanggan di sebelah, manalah tahu
kalau-kalau ada yang nampak macam Abang Fen kebulur sangat.
Apabila kuah laksa tempurung singgah ke lidah Abang Fen, memang sedapnya
sukar hendak digambarkan dan tak dapat untuk Abang Fen ceritakan atau
untuk samakan rasanya dengan laksa dari tempat lain.
Kuah laksa tempurung ini memang mempunyai rasa yang unik sepertimana
unik hidangannya maka tidak hairanlah ramai pengunjung dan pelanggan
sanggup berdiri dan menunggu giliran untuk mendapatkan tempat kosong.
Ada juga pelanggan yang meminta laksa dan cendol untuk dimakan di dalam
kereta dan ada juga yang makan sambil berdiri di tepi motosikal
gara-gara tidak sanggup menunggu lama.
Abang Fen seperti yang you all tahu, apabila makanan atau minum
yang dijamah itu menarik, unik, murah dan sedap...tangan mula keluarkan
pen dan buku nota kecil untuk dikongsikan dengan pembaca yang
disayangi.
Pertama sekali Abang Fen dapatkan maklumat daripada pelanggan yang
berikan tempat duduk untuk Abang Fen iaitu Mohd Ridzwan, 34, dan
isterinya Azura Ismail, 29 (gambar bawah).
"Saya selalu mai sini pada hujung minggu untuk makan laksa dan cendol
pulut tempurung sebab rasanya memang sedap selain keunikan yang belum
pernah saya jumpa” kata Ridzwan dari Sungai Burung, Balik Pulau.
Sebaik sahaja dapatkan pandangan pelanggan, kini tiba giliran tuan punya
gerai untuk diajukan pelbagai soalan bagi mendapatkan maklumat secara
lebih terperinci untuk dikongsikan bersama you all.
Pengusahanya ialah Yaakob Abdul Hamid, 44, (gambar) dan dibantu oleh isterinya, Normala Kassim, 40. Pasangan terbabit menjalankan perniagaan unik itu sejak Jun 2013.
"Saya cuba membuat kelainan dalam penyediaan makanan dan minuman agar ianya menjadi satu daya tarikan kepada pelanggan.
"Sebelum ini ada kawan-kawan kata idea saya ini gila. Tetapi saya yakin
jika ia sedap dan unik, pasti akan dapat menarik ramai pelanggan," kata
Yaakob.
Menerusi keunikkan itu, Yaakob dan isteri mampu menjual lebih 20
kilogram laksa sehari apabila mereka memulakan operasi dari pukul 11
pagi hingga 7 petang.
Gerai tersebut ditutup pada setiap Isnin.
Abang Fen juga dimaklumkan bahawa kuah laksa tempurung merupakan resepi
khas dengan gabungan resepi dari tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang,
Kedah dan Perlis.
"Saya gabungkan resepi dan bahan-bahan yang digunakan dari tiga buah
negeri ini agar rasanya juga ada kelainan selain lebih sedap," ujar
Yaakob.
Jadi, Abang Fen cadangkan pada you all semua agar mencuba sendiri kelazatan laksa dan cendol tempurung ini.
Kepada you all yang ingin ke Pulau Pinang serta mencuba sendiri suasana
makan dan minum menggunakan tempurung bolehlah menghubungi Yaakob
ditalian 017-4555441.
Subscribe to:
Posts (Atom)