Ikon bulan Ramadan
|   | 
|    Pasar Malam Jalan TAR  merupakan antara pasar malam yang terbesar di Malaysia dan mula  beroperasi pada pertengahan tahun 1980-an. Variasi juadah dijual oleh  lebih 500 peniaga membuatkan lokasi ini menjadi tarikan bukan sahaja  orang tempatan malah pelancong asing. Pada bulan Ramadan, keadaan  bertambah meriah dan sesak apabila menjadi tumpuan warga kota untuk  mencari juadah berbuka puasa dan kelengkapan bagi menyambut hari raya.   | 
MSIAPA yang tidak kenal dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman atau nama asalnya Batu Road yang terletak di kawasan perniagaan tumpuan di ibu kota? Ia ibarat lubuk emas perniagaan di ibu negara lantaran dilimpahi pelbagai premis perniagaan terutamanya pakaian dan tekstil.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, jalan yang dinamakan sempena nama Yang di-Pertuan Agong pertama, Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad itu pasti akan sesak dipenuhi pengunjung yang membeli-belah persiapan perayaan.
Kompleks beli-belah moden seperti Sogo, Maju Junction, gedung Kamdar dan banyak lagi premis niaga kontemporari turut mencuri tumpuan di jalan itu.
Tidak ketinggalan, Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Jalan TAR juga di kelilingi dengan deretan bangunan-bangunan neo-klasik seperti Coliseum yang pastinya memberi nilai kemegahan estetika seni bina.
Adakah senario Jalan TAR yang wujud sejak lebih seabad masih kekal? Kosmo! membawa anda menjelajahi beberapa lokasi yang barangkali dapat mengimbau memori anda suatu ketika dahulu.
No comments:
Post a Comment