Saturday, November 29, 2014

roti susu soya

Wat kecil2 so mudah nk isi sosej or burger. . 


ROTI SUSU SOYA ..
400gm tpg roti
1 1/2st yis
30 gm gula pasir
150ml susu soya (apa brand pn boleh)
105ml air sejuk petiais
1/4st bread improver
40 gm mntega
1 st garam
Satukn tpg..yis..gula dn bread improver. Gaul rata smbil tuang air soya dn air sejuk. Bila dh sbati bru masukkan mntga dn garam dn mula mnguli hngga elastik.
Rehatkn 1jm.
Tekan2 doh utk mmbuang angin. Bulat2kn mngikut berat yg diingini. Rehatkn 10minit.
Mula bentukkn doh spt yg diingini dn letak dlm loyang yg disapu butter.
Rehat lg 60minit
Bakar suhu 190 slama 25-30minit
Sapu butter sjurus kluar dr oven
LikeLike ·  · 

masak lemak pucuk paku


MASAK LEMAK PUCUK PAKU
2 ikat pucuk paku
2 biji keledek oren- dipotong sederhana
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 batang serai - diketuk
3 ulas bawang putih-dikisar
2 ulas bawang merah- dikisar
5 tangkai cili padi hijau- dikisar
1 inci kunyit hidup- dikisar
sedikit garam, gula, ajinomoto
CARA MENYEDIAKANNYA,
1. masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk bersamam serai, air dan santan. Tunggu sehingga mendidih
2. masukkan ubi keledek dan masak sehingga ubi empuk.
3. seterusnya masukkan bahan perasa kacau sebentar..
4. akhir sekali masukkan pucuk paku
5. masak sehingga pucuk paku empuk
6. Sedia dihidang
SELAMAT MENCUBA.......

talam gula merah

Talam Gula Merah
Lapisan Bawah:
200gm gula merah
2 sudu besar  gula pasir
2 1/2  cawan air biasa
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur

Cara penyediannya
1.  Panaskan kukusan, balut dengan kain penutupnya dan sapukan minyak pada loyang.
2.  Masak gula merah dan gula pasir bersama-sama air. Sejukkan.
 3.  Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya l
arut dan tapiskan.
3.  Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4.  Bila dah masak, cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara penyediaannya
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati  dan tapiskan
 2.  Masak atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat. Kacau sentiasa.
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.

Friday, November 28, 2014

bun lembut tanpa telur

Views
Resepi Bun Selembut Sutera
Tanpa Telur
Wajib cuba.
Jangan lupa share di wall supaya tak hilang.
Resepi :
Resepi Roti selembut sutera
Telah Di Translate dan di uji
Oleh : Pn Aneka Home Biz
Bahan-bahan
2 cawan tepung roti atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
3/4 cawan susu suam tambah lagi 1 1/2 sdb susu segar suam
1 sdt garam (saya kurangkan 3/4 sdt garam shj) nak kurangkan lagi pun boleh.
1 sdb gula
1 1/2 sdb susu tepung (saya guna susu tepung kambing)
4 sdt butter
2 sdt yis
Bahan sapuan sblm bakar - susu segar
Bahan sapuan slps dibakar - mentega
Cara-cara
1. Masukkan gula dan yis ke dalam susu suam. Biarkan 10 minit. Selepas 10 minit akan berbuih2.
2. Campurkan tepung, garam dan susu tepung. Buat kolam tengah2.
3. Curahkan semua campuran susu ke tengah2 kolam tepung.
4. Boleh terus uli sampai sebati. Doh agak lembik dan melekit2. Klu tak melekit nanti roti tak gebu.
5. Masukkan butter, uli lagi sehingga kenyal. Doh yg melekit2 tadi akan berubah menjadi kenyal..
6. Perap 1 jam. Slps 1 jam, tumbuk2 doh, bahagikan 16 biji, susun dlm loyang 8" x 8".
7. Perap lagi 1 jam. Sapukan dengan susu segar. Boleh la dibakar.
8. Selepas dibakar, keluarkan dari oven dan sapu mentega.
Boleh tgk kat video yg saya share cara uli. Cara ulinya tenyeh2 dgn tapak tangan. lepas tu kumpulkan balik doh, tenyeh2 lagi. Buat ulang.. Saya pun tak tahu nak terangkan. Hahaha..
Cara mudah.
Masukkan semua dlm mixer. Dan mix sampai kenyal dan berkilat. Biarkan sejam juga dan ikuti langkah seterusnya seperti diatas.
*roti ni bukan roti manis, rasanya masin2. Jadi klu nak roti manis, tambah gula dan kurangkan garam.
*sedap makan dengan sos butterscotch tapi makan dengan kari ikan lagi terangkat.. Hehehe

Tuesday, November 25, 2014

chicken chop buat sendiri


RESEPI CHICKEN CHOP

Bahan-Bahannya:
● 1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
● 1 biji telur
● 1 biji tomato
● 1 helai daun salad
● Sedikit daun pasli
● Sedikit lada sulah
● 20 gm potato chip (digoreng)
● 20 keping biskut tawar (dikisar halus
● Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)
Bahan sos:
● 1 biji lada buah
● 1 biji bawang besar
● 2 sudu besar sos cili
● ½ batang lobak merah
● 1 sudu besar sos tomato
● 1 sudu besar sos lea & perrin
● 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi.
2. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam.
3. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat.
4. Untuk sos, masakkan bahan-bahan sos selama satu minit.
Selamat mencuba
LikeLike ·  · 

Sunday, November 23, 2014

buat kuah dal


Resepi kuah dhal sedap dan mudah

Dah lama rasanya tak masak kuah dhal. Kebetulan hari sabtu tu ada panaskan roti paratha buat sarapan , aku buat sekali kuah dhal dengan sambal ikan bilis sebagai pencicah. 
 



 
 
 
 

 
 
Bahan-bahan untuk memasak kuah dhal

(Bahan A)_
1)200gm genggam  kacang dhal- rendam semalaman agar cepat empuk.
2)sebiji terung bulat dikupas kulit  dan dipotong dadu
3)1/2 batang carrot dikupas kulit dan dipotong dadu
4)1/2 sudu besar rempah kari
5)garam secukup rasa 

(Bahan B)
1)sedikit rempah campur-terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih
2)1/2 biji bawang holand dikupas kulit dan dipotong dadu
3)Setangkai daun kari
4)1 cm halia-dimayang           
                                        
Bahan B ditumis sehingga naik bau dan layu
Cara memasak 1)Rebus kacang dhal sampai empuk 2)Bila kacang dhal dah separuh empuk , masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati 3)Masukkan  terung dadu dan  carrot dadu 4)Bila semua dah empuk , perasakan dengan garam secukup rasa. dan ketepikan(boleh tambah air jika kuah dhal terlalu pekat) 5)Dalam kuali , (tumis bahan B)  sehingga  naik bau.Bila dah naik bau , angkat dan tuangkan kesemua bahan tumis kedalam (bahan A) kuah dhal tadi .Tutup api .Sedia untuk dihidangkan.
 

Kuah dhal sedia untuk dicicah dengan roti paratha jenama kawan
 
 Kuah dhal mesti ada sambal baru best.Aku buat sambal ikan bilis untuk dijudukan bersama kuah dhal
 
Roti paratha jenama kawan hanya keluarkan dari peti sejuk dan panaskan atas kualidengan membalik-balikkannya dua-tiga minit dengan api yang sederhana  sehingga garing.
 
Gabungan kuah dhal dan sambal ikan bilis  .
 iniblogcikinadodocheng.blogspot.