Monday, April 20, 2015

talapia 3 rasa


RESEPI TALAPIA MERAH 3 RASA
Bahan-bahannya :
● 1 ekor ikan talapia merah besar
● 3 ulas bwg putih
● 8 tangkai cili kering
● 1 biji bwg besar
● 1 biji lada merah
● 1 biji lada hijau
● 1 biji tomato
● sedikit nenas n carrot
● daun sup,daun bwg n daun ketumbar
● cili sos,garam n gula secukup rasa.
Cara-caranya :
1. Ikan talapia di siang dn di bersihkan. Basuh dgn limau nipis untuk hilangkan hanyirnya.
2. Kelar-kelar dani lumurkan dgn tepung jagung dan kemudian di goreng.
3. Kisar bawang putih dan cili kering
4. Tumis bahan kisar hingga keluar minyak dan masukan cili sos serta kacau.
5. Masukkn bawang besar, nenas, tomato, carrot, lada merah n lada hijau yang dh di potong dadu.
6. Semuanya di gaul rata dn mesra. Masukkn gula dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah pekat
7. Akhir sekali bolehlah di curahkn di atas ikan talapia yg dh siap di goreng tadi.
Selamat mencuba. 

Saturday, April 18, 2015

jom buat roti canai

RESEPI ROTI CANAI DAN ROTI BOOM
Bahan2;
1 kg tepung gandum
2 1/4 cwn air
3sdb susu pekat
3sdb gula
1sdb garam mesin
1sdb marjerin
1bj telor
Sedikit kunyit serbuk
Cara2;
Satukan air, susu , gula, garam,telor dan serbuk kunyit..kacau biar garam dan gula larut..masukkan gandum sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati..uli sebati.masukkan marjerin..uli lg hngga sebati dan doh mnjadi kental
dan tdak melekat di tangan. Bulat2kn.susun dlm loyang..tutup dgn plastik selama 40 min.
Sapu marjerin pd setiap doh..susun dlm periuk yg disapu marjerin..peram 4@5 jam sebelum tebar..SELAMAT MENCUBA
Like · Comment · 

Wednesday, April 15, 2015

mee rebus

RESEPI MEE REBUS...sedap yerrr..
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
Cara memasak:
Tumiskan bawang merah, bawang putih,lengkuas,serai,cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya.masukkan garam,gula,aji,sos tomato.
Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.
LIKE / COMMENT / SHARE

Sunday, April 12, 2015

agar2 air kelapa


BAHAN-BAHANNYA :-)
600 ml air kelapa muda dari 2 biji kelapa muda (tambah air mineral jika kurang)
Isi kelapa muda secukupnya
5 gram agar2 serbuk (sebarang jenama)
2 camca besar gula (atau ikut tahap kemanisan yang anda perlukan)
1 helai daun pandan.disimpul
3-4 titik pewarna hijau makanan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sediakan acuan kegemaran anda. Isi kelapa muda dipotong kecil dan masukkan ke dalam acuan. Ketepikan. Dalam periuk masukkan serbuk agar2, gula dan daun pandan. Tuang air kelapa tadi dan kacau hingga rata.
  2. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan gula larut. Masukkan pewarna hijau makanan, kacau hingga rata. Tapis bancuhan agar2 dan boleh tuang ke dalam bekas yang berisi isi kelapa muda tadi. Biarkan hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin sebagai pencuci mulut....Selamat mencuba!!.

tepung pelita







Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan 
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam 


Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

Saturday, March 7, 2015

rojak besembur

Cara Membuat Rojak / Pasembur
Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.
Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.
Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 camt serbuk cili
3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
- kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
- serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
- masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
- kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
- masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
- last sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati
Bahan Sampingan:
tauhu goreng
sengkuang
timun
kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
telur, direbus & dihiris
Suka ·  · 

Friday, February 20, 2015

nasi ayam penyet



RESEPI NASI AYAM PENYET
Bahan-bahannya :
● 4 ketul ayam (lebih sedap bahagian peha)
● 6 ulas bawang merah#
● 2 ulas bawang putih#
● 1 labu bawang besar#
● 3 sudu ketumbar*
● 1 sudu jintan manis*
● 1 sudu jintan putih*
● 1 inci kunyit hidup#
● 2 inci halia#
● 3 batang serai (Ditik memanjang hingga bercerai)
● 1 inci lengkuas#
● 2 biji cili merah#
● 2 biji buah keras#
● 2 sudu besar santan#
● 2 sudu gula merah#
● garam secukup rasa#
Cara-caranya :
1. Sangai bahan yang bertanda * dan tumbuk halus. Sapukan pada ayam dan tahu serta tempe.
(Sebaiknya ayam di kelar sedikit supaya bumbunya menyerap)
2.Satukan dan kisar semua bahan yang bertanda #.
4. Lumurkan pada ayam dan tempe serta tahu. Taburkan serai yg dititik dan gaul rata. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.
5. Goreng ayam dalam minyak penuh.
Bahan Sedak :
● 3 sudu besar tepung beras
● sedikit putih telur
● garam
● air dari perapan ayam.
Cara sediakan bahan serdak :
1. Satukan kesemua bahan dan kacau rata. Batter haruslah spt untuk menggoreng pisang kecairannya.
2. Titiskan pada minyak panas dan goreng garing. Angkat dan toskan.
Sambal ayam penyet :
6 Biji cili merah
5biji cili padi (tambahkan jika perlu)
6 ulas bawang merah
11/2 inci belacan
2 biji tomato
segenggam ikan bilis goreng
Garam dan gula secukup rasa.
Cara sediakan sambal ayam penyet :
1. Hiris bawang,cili dan tomato kasar-kasar.
2. Goreng belacan di dalam sedikit minyak. Angkat.
3. Goreng pula cili, bawang dan tomato. Angkat.
3. Tumbuk atau kisar kesemua bahan. Siap
Sedia untuk dihidangkan.