Friday, March 15, 2013

bingka ubi kayu

BINGKA UBIKAYU CHEESE
Sumber: Sahabat Norj

Saiz 8" persegi

Bahan-bahan:
250g cream cheese
250g gula
2 biji telur
800g ubi kayu pagat - tapis airnya
400ml santan
pewarna kuning

Cara:
1. Pukul cream cheese & gula sehingga rata.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata.
3. Masukkan ubi kayu & santan.
4. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam 30 minit sehingga masak.
5. Sejukkan sebelum di potong.

Tuesday, March 12, 2013

mee bandung

Mee Bandung

Bahan-bahan
300 gm mee kuning, dicelur
200 gm daging, dihiris nipis
300 gm udang basah
200 gm sotong
100 gm sawi hijau
50 gm kobis
2 sudu cili kisar
4 sudu besar sos tomato
3 cawan air rebusan tulang lembu
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris nipis
1 cawan kacang pis (optional)
3 biji telur rebus
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
Cili merah, dihiris untuk hiasan
Bawang goreng, untuk ditabur
Hirisan daun salad (optional)
Tauhu
Limau kasturi

Bahan-bahan ditumbuk halus
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara membuatnya
1. Panaskan munyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan ditumbuk halus hingga wangi dan kuning.

2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar hingga naik baunya.

3. Masukkan daging, udang, sotong dan sos tomato. Masak sebentar sebelum dimasukkan air rebusan tulang lembu dan sayur-sayuran.

4. Masukkan garam dan gula. Masak kuah hingga pekat baru dimasukkan mee kuning.

5. Hidangkan mee bandung bersama cili merah, bawang goreng, hirisan daun salad, tauhu, limau kasturi, kacang pis dan telur rebus.

Monday, March 11, 2013

roti john

Roti John

Bahan-bahan :

150g daging cincang
1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
1 sudu kecil serbuk kari (bancuh dgn sedikit ait)
carrot/kentang- potong dadu kecil (buat kali ni tak letak, next time nak try letak la)
garam dan sedikit gula
2 biji telur
daun sup - dicincang halus
minyak @ butter
roti hotdog (saya guna brand gardenia)
sos cili/tomato dan mayonis

Cara membuatnya :
Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot/kentang. Masukkan bancuhan serbuk kari tadi. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi (langkah 1) dan juga daun sup. Kacau.
Panaskan butter/minyak dalam kuali. Tuangkan telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letakkan di atas telur tadi. Kalau kuali besar boleh buat banyak2 sekali. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
Paipkan sos dan mayonis. Boleh letak salad dan sebagainya kalau nak. Kemudian tutup roti tu. Potong dan siap. Bolehlah dihidang dan makan nyam nyam.

Friday, March 8, 2013

siakap 3 rasa

 Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.

Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis
garam
gula
1/2 cawan air

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula.
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!

Thursday, March 7, 2013

pajeri nanas

Pajeri Nenas

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

3 keping nenas dipotong bulat 1 sm tebal- belah dua
2 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dihiris nipis
1/2 inci halia dihiris halus
2 sudu besar rempah kari ikan- bancuh dengan 1/2 cawan air
1 sudu besar kerisik- kelapa disangrai dan ditumbuk lumat hingga terbit minyak
2 cawan santan sederhana pekat
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

1. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, putih dan halia hingga berbau wangi dan bawang merah keperangan. Masukkan rempah kari dan kerisik.

2. Tumis hingga terbit minyak sambil dikacau sekali-sekala. Gunakan api perlahan agar rempah tidak hangus. Jika rempah tidak masak betul, pajeri kita akan kurang keenakannya.

3. Masukkan santan dan nenas. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan 2 sudu besar gula. Didihkan lebih kurang 5 minit atau kuah nampak pekat. Jika cukup masin dan manisnya, bolehlah dimatikan api dan hidangkan bersama lauk-pauk lain.

apam beras

APAM TEPUNG BERAS

Bahan-bahan:-
Bahan2:
* 2 cwn nasi
* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn brown sugar
* 3/4 cwn gula
* 2 1/2 cwn air
* 1 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. perap selama 3 jam.
6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Wednesday, March 6, 2013

ayam goreng berempah

AYAM GORENG BEREMPAH

BAHAN2 :

1/2 ekor ayam-potong ikut suka, dibersihkan dan toskan..
1 labu bawang besar*
5 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 sudu besar serbuk kari daging*
1/2 sudu besar serbuk cili*
5 batang serai-dihiris kasar*
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 /2 sudu besar jintan putih*
1 sudu besar lada hitam*(kisar halus bahan beranda*)
Garam secukup rasa dan sedikit gula
2 tangkai daun kari Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA::

Gaulkan ayam dengan bahan2 kisar,
Garam dan gula..Perap selama 1-2 jam.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga separuh masak,
Taburkan daun kari dan goreng hingga ayam betul2 masak.
Angkat ayam dan tapis serdak...sedia untuk dihidangkan...