Wednesday, March 6, 2013

ayam goreng berempah

AYAM GORENG BEREMPAH

BAHAN2 :

1/2 ekor ayam-potong ikut suka, dibersihkan dan toskan..
1 labu bawang besar*
5 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 sudu besar serbuk kari daging*
1/2 sudu besar serbuk cili*
5 batang serai-dihiris kasar*
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 /2 sudu besar jintan putih*
1 sudu besar lada hitam*(kisar halus bahan beranda*)
Garam secukup rasa dan sedikit gula
2 tangkai daun kari Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA::

Gaulkan ayam dengan bahan2 kisar,
Garam dan gula..Perap selama 1-2 jam.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga separuh masak,
Taburkan daun kari dan goreng hingga ayam betul2 masak.
Angkat ayam dan tapis serdak...sedia untuk dihidangkan...

Saturday, March 2, 2013

makan tepi jalan menu 5 bintang

Menu lima bintang, gerai tepi jalan

SUASANA Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur pada waktu malam sepi tanpa deruman enjin kenderaan.
Pada waktu siang, jalan itu sibuk kerana menjadi laluan utama bagi penjawat awam dan swasta yang bekerja di bangunan-bangunan pejabat sekitar jalan tersebut.
Waktu malam pula, penduduk yang tinggal di kawasan apartmen berhampiran jalan itu lebih tertumpu di beberapa kawasan seperti di restoran McDonald's, kedai runcit 24 jam dan beberapa restoran mamak.
Begitupun, di satu sudut jalan tersebut terdapat sebuah gerai yang menjadi tumpuan orang ramai. Bukan struktur gerai mudah alih konvensional, ia sebaliknya merupakan sebuah lori kecil yang diubah suai.
Kelompok pelanggan yang memeriahkan suasana di situ boleh memilih sama ada untuk memesan makanan untuk dibungkus dan dibawa pulang mahu pun menikmatinya terus di meja makan yang disediakan.
"Ini kali pertama saya ke tempat makan yang menghidangkan menu ala Barat yang dijual di atas lori dan senario ini amat unik," ujar Nur Aina Omar, 25.
Aina dan rakannya, Sheila Shareena Mohamed Hamidi merupakan penggemar menu hidangan ala Barat seperti spageti, piza, burger, bebola daging dan lasagna.
"Saya tidak sangka akan menemui spageti yang dijual pada harga RM5 di Kuala Lumpur ini. Namun, Humble Chef telah menyangkal persepsi saya itu," jelasnya.
Kunjungan kali pertama Nur Aina dan Sheila dari Puchong ke lori Humble Chef yang terletak di Jalan Damanlela baru-baru ini ternyata berbaloi kerana makanan yang disediakan menepati cita rasa mereka.

WALAUPUN dengan sebuah lori kecil, Humble Chef menjadi tarikan orang ramai yang berkunjung ke Pusat Bandar Damansara pada waktu malam.

Tambah penjawat dalam sektor swasta itu, dia menggemari tempat makan seperti Humble Chef kerana mempunyai ciri-ciri santai dan ringkas walaupun tempat makan itu terletak di tepi jalan.
Sejak kira-kira empat tahun lalu, Humble Chef sudah dikenali sebagai gerai yang menggunakan lori kecil untuk menghidangkan makanan Barat ringkas seperti spageti, roti pita dan telur dadar (omelette).
Sesiapa sahaja yang pernah berkunjung ke Humble Chef, pasti berpuas hati dengan harga serta kualiti makanan yang ditawarkan oleh jenama tersebut.
Langkah mula
Pemilik Humble Chef, Rosman Hussin Rizal, 30 memberitahu, idea untuk menghasilkan makanan ala Barat yang dijual dengan lori itu timbul empat tahun lalu.
Ketika itu, lokasi pertama untuk mengenengahkan ideanya itu ialah di hadapan Masjid Wilayah yang terletak di Jalan Duta.
"Dengan hanya dua menu utama iaitu spageti bolognese ayam dan daging, saya nekad untuk menjalankan perniagaan saya sendiri dengan sedikit bantuan kewangan daripada ibu.
"Pada waktu itu, saya berniaga pada setiap waktu tengah hari. Saya yang mengambil pesanan dan saya juga yang akan memasak setiap hidangan.
Hari Jumaat merupakan hari yang paling mendapat sambutan. Kebanyakan yang datang ke lori saya ketika itu merupakan penjawat awam yang dalam tempoh percubaan untuk diet," ujar graduan Diploma Seni Kulinari, Kolej Legend, Kuala Lumpur itu.
Dia tidak meletakkan harapan yang tinggi dan hanya berharap mendapat pulangan harian sebanyak RM100 termasuk keuntungan dan modal.
Menurutnya, setelah beberapa bulan berniaga, dia mengambil keputusan untuk mengubah lokasi perniagaannya itu ke Jalan Damanlela kerana menyukai panorama malam di sekitar jalan tersebut.
"Sebagai seorang bekas pelajar seni kulinari, saya tahu mengenai pasaran makanan di Malaysia. Rakyat negara ini menyukai makanan yang murah dan hidangannya pula ringkas.
"Ketika mula berpindah, saya dan seorang rakan tidak memperoleh banyak pelanggan. Rata-ratanya yang datang untuk bungkus makanan untuk dibawa pulang.

ROSMAN (kanan) turut membantu Mokhtar dalam penyediaan hidangan ala Barat di restorannya.

"Namun, selepas masakan Humble Chef telah diulas baik oleh sebuah laman blog terkenal iaitu Bangsar Babe, pelanggan kami semakin bertambah. Daripada tiada kerusi dan meja untuk pelanggan, kami akhirnya menambah kelengkapan tersebut sedikit demi sedikit," ujar anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu.
Ketika ditanya mengenai penggunaan jenama Humble Chef, Rosman memberitahu, idea tersebut datang daripada bapanya yang merujuk kepada sikapnya yang suka merendah diri.
Buka restoran
Selain daripada berniaga dengan lori, Rosman telah mengembangkan perniagaannya dengan membuka restoran yang terletak di Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara sejak setahun lalu.
Walaupun telah membuka restoran, Rosman masih mengekalkan menu, kualiti dan yang paling penting, harga yang sama seperti yang dijual di lori.
"Setiap resipi yang disediakan untuk pelanggan merupakan resipi rahsia yang dicipta sendiri oleh saya. Penyediaan hidangan tidak menggunakan bahan pengawet dan terjamin halal dan bersih.
"Saya amat mementingkan keaslian sesuatu makanan. Setiap restoran perlu ada signatur tersendiri untuk menarik pelanggan tidak kira menjual makanan tradisional atau masakan Barat," ujarnya mengenai menu di gerainya yang turut menjadi pilihan ramai selebriti tanah air.
Sementara itu, sahabat Rosman yang bertindak selaku tukang masak di restoran Humble Chef, Mokhtar Hashim, 30, memberitahu, dia berasa gembira apabila melihat pinggan kosong dipulangkan ke dapur selepas pelanggan menjamu selera.
"Bagi saya, apabila pelanggan menghabiskan makanan, mereka suka akan hidangan itu. Itu juga merupakan salah satu motivasi kepada saya untuk terus menghasilkan hidangan terbaik kepada mereka," ujarnya.

SUASANA restoran Humble Chef semakin meriah dengan kehadiran pelanggan apabila menjelang waktu makan tengah hari.

Mengimbau kenangan yang tidak dapat dilupakan Rosman adalah apabila seorang pengkritik masakan dari Singapura pernah berkunjung ke restorannya dan memuji masakan Humble Chef.
"Saya tidak tahu bahawa dia merupakan pengkritik masakan. Usai dia menghabiskan makanan, dia mengatakan makanan ala Barat di restoran ini ringkas dan sedap," ujarnya.
Rosman memberitahu, tukang masak di restoran mahupun di lori Humble Chef mampu menyiapkan hidangan spageti dalam masa satu minit.
Selain menggunakan Facebook dan Twitter sebagai strategi pemasaran Humble Chef, Rosman juga percaya bahawa percakapan dari mulut ke mulut yang dibawa oleh pelanggan merupakan strategi pemasaran terbaik.
"Kebanyakan pelanggan setia Humble Chef merupakan pelanggan yang mendengar buah mulut rakan-rakan mereka yang pernah ke lori saya. Dengan itu, secara tidak langsung nama Humble Chef tersebar kepada pelanggan baharu," ujarnya.
Menurut Rosman, dia kini sedang merancang untuk membuka cawangan restoran Humble Chef di Shah Alam.

Thursday, February 14, 2013

melembutkan daging

Petua Melembutkan Daging / Daging pada Tulang / Tetel ...

1 kg daging / tulang / tetel
1 sdteh bicarbonate of soda
2" halia
1 sdteh garam
Air secukupnya

Yeaa... inilah rahsianya... Bicarbonate of Soda! Cuba... jangan tak cuba...

Letakkan ketulan tulang atau daging dan tetel yang belum dipotong ke dalam periuk.
Tuangkan air hingga separas 1" di atasnya.
Tambahkan bicarbonate of soda, halia dan garam.
Gunakan api besar, tunggu hingga air mendidih.
Bila buih putih dah mula membuak, kecilkan ke api sederhana dan teruskan mereneh.
Sendukkan keluar buih putih yang sudah kental. Tunggu hingga daging 3/4 empuk.
Maksudnya mudah dipotong, boleh dikunyah, cuma masih sedikit liat.
Selalunya ambil masa 45 minit sahaja untuk berat 1 kg.
Jangan terlebih masak sebab dagingnya akan jadi lembik dan berderai bila dimasak lagi.
Angkat dan hiris daging atau tetel untuk masakan seterusnya.
Angkat dan rebus semula tulang untuk membuat sup tulang.
Atau tumiskan tulang bersama rempah untuk nasi briyani.

Cara ni tak sesuai kalau nak buat stok sebab rasa air rebusan agak payau sikit. Dan selalunya kita memang tak gunakan semula air rebusan tu... terutamanya kalau merebus tulang / ketulan daging untuk buat sup atau nasi briyani.

Jangan risau, buangkan saja... Rasa sedap daging akan tetap ada. Insya-Allah sup jadi lebih jernih, rasa lebih sedap dan paling penting... tak berladung lemak. Nasi briyani pulak tak jadi muak.

Kita lebih suka rebus ketulan daging / tetel terlebih dahulu. Senang nampak jalur uratnya, jadi lebih senang untuk menghiris.

***** http://hudaahsin.blogspot.com/2011/12/petua-melembutkan-daging.html

Wednesday, February 13, 2013

muffin

***Suriani Osman
20 hours ago 

Muffin blueberry

BAHAN :
-125gm butter
-120gm gula halus
-3bj telur saiz c
-125ml susu segar
-250gm tepung gandum
-1sudu teh serbuk penaik
-blueberry filling secukupnya

CARA :
1. pukul gula dan butter hgga kembang.masukkan telur sedikit demi sedikit.
2. tambahkan tepung dan serbuk penaik.tuang susu sambil dikacau dgn perlahan.
3. masukan 1/3 adunan ke dlm cawan muffin,tambahkan blueberry filling dan masukan adunan sehingga 3/4 penuh.
4. bakar pada suhu 200 selam 20-25 minit atau hgga kuning keemasan bergantung pd oven masing2.
‎***Suriani Osman

Monday, February 4, 2013

jagung manis

Jagung Manis

Jagung_manis
Senang...resepi oleh kakak yg menjual jagung manis

Created on : 21-07-2009

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen )
  • 2 s b butter
  • 4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka )
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :)
  2. Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam.
  3. Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..

Sunday, February 3, 2013

apam jagung

APAM JAGUNG KUKUS
120g mentega
70g gula kastor
2 butir telur
120ml susu segar ( D guna susu cair jer)
100g jagung krim (dalam tin tu)
225g tepung naik sendiri
sedikit esen vanilla ( D tambah sendiri nk kasi aroma sket)
Cara2 membuatnya :-
  • Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul sebati sahaja.
  • Gaul krim jagung dan sebahagian tepung ke dalam adunan mentega dan kacau rata.
  • Masukkan susu dan selang selikan dengan lebihan tepung td. Kaup balik adunan dgn spatula.
  • Kukus selama 15 minit.
dari blog NMY house of satay

buat ais krim sendiri

ICE - CREAM

CARA 1:
1 cwn susu segar @ cair / 1 kotak susu perisa...(apa2 lah..)yg kecik

1 cwn creamer coffe-mate
1 sdb susu pekat manis
2 sdb ovellet
~ blender/mixer 10-20mnit
~ simpan dlm peti ais beku -2jam -keluarkan-blend sekali lagi.
~ simpan semula dlm peti ais beku
~ biarkan semalaman-hidangkan..

CARA 2:
3/4 tin susu pekat manis
2 kotak susu DUTCH LADY-susu segar kotak yg budak2 minum
(perisa coklat )
2 sdb ovellet
~ campurkan semua
~ mixer sampai betul2 kembang
~ guna HIGH SPEED
~ masukkan dlm bekas
~ simpan dl peti ais beku semalaman
~ dah boleh -hidangkan