Tuesday, December 8, 2015

nasi dagang terengganu



Resepi Nasi Dagang Terengganu


Bahan-Bahan untuk Nasi Dagang 

(Sesuai untuk 4-5 orang) 

1/2 cawan beras pulut 

2 cawan beras wangi 

1 sudu makan halba 

3 cawan santan (1 biji kelapa) 

1 sudu makan gula 

Garam dan gula secukup rasa 

5 ulas bawang merah 

2 ulas bawang putih 

2 inci halia 



Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Dagang



1) Pertama sekali, beras pulut dan beras biasa disatukan dan dibasuh. Rendam untuk beberapa jam. 

2) Panaskan kukusan dan kukus beras sehingga naik wap (lebih kurang 30 minit). 

3) Keluarkan beras dan masukkan ke dalam mangkuk, kemudian siram dengan air (biar nampak basah). 

4) Kukus semula beras sampai masak untuk lebih kurang 1 jam. 

5) Sementara itu, campurkan santan dengan bawang merah, halba dan sedikit garam dan gula. Masakkan seketika dengan menggunakan api kecil. 

6) Beras yang telah masak dikeluarkan ke dalam mangkuk dan siram dengan santan. Gaul rata dan kukus semula lebih kurang 5–10 minit. 

7) Akhirnya, sedia dihidangkan. 


Gulai Ikan Tongkol 

Bahan-Bahan untuk Ikan 

1 ekor ikan tongkol 

3 keping asam keping 

Sedikit garam 

Air secukupnya 

1) Bersihkan ikan tongkol dan potong. 

2) Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keeping, garam dan air. 

3) Air hendaklah melebihi paras ikan. 

 

4) Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4. 

5) Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal. 




Bahan-Bahan untuk Kuah 

4 sudu besar cili mesin 

7 biji bawang merah 

3 ulas bawang putih 

1 inci halia 

1 inci lengkuas 

1 inci kunyit hidup 

3 sudu besar rempah gulai nasi dagang 

(boleh guna rempah cap bunga ros) 

2/3 cawan santan fresh/ pekat 

4 cawan air 

Air asam jawa 

Sedikit belacan (Optional) 

Nisan/ gula melaka 

Garam dan gula secukup rasa 

7-9 biji cili padi 

minyak 



Bahan-Bahan Penumis 

1 batang kulit kayu manis 

5 kuntum bunga cengkih 

3 biji buah pelaga 

1 kuntum bunga lawang 




Cara-Cara untuk Menyediakan Gulai Ikan Tongkol 

1) Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan-bahan penumis. 

2) Biarkan sehingga wangi dan masukkan cili mesin. Goreng sehingga cili mesin menjadi garing. 

3) Campur dan blendkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit hidup, kemudian masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai. 

4) Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi sehingga garing dan pecah minyak. 

5) Masukkan lebihan air dan masak sehingga mendidih. 

6) Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau. 

 

7) Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/ gula melaka, garam dan gula secukupnya. 

8) Masak sehingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yang sudah dimasak tadi. 

9) Renih lagi kuah sehingga mencapai kepekatan yang disukai. 

10) Sekiranya kuah terlalu pekat dan tidak pecah minyak lagi bolehlah tambah air panas dan masak semula sehingga keluar minyak. 

11) Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap, tutupkan api selepas siap dimasak. 

Tips: Ikan tersebut akan lebih sedap kalau direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam itu dapat meresap ke dalam isi ikan. Kalau ada belimbing buluh, boleh ditambah dalam gulai dan rasanya akan lebih enak. 




Bahan-Bahan untuk Acar Timun 

2 biji timun 

1 batang lobak merah 

1 ulas bawang merah 

1 biji cili merah 

Cuka, gula dan garam secukup rasa 

Sedikit perahan limau kasturi (Optional) 





Cara-Cara untuk Menyediakan Acar Timun 

1) Semua bahan sayuran termasuk cili dan bawang dihiris memanjang. 

2) Rendam sekejap hirisan timun dan lobak merah dalam air kapur. Toskan dengan segera. 

3) Satukan sayuran, cili, bawang dalam sebuah bekas. Curahkan cuka dan perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa. 

4) Jika suka boleh tambah dengan sedikit perahan limau kasturi. Gaul sebati. 

5) Biarkan ia mesra seketika sebelum sedia untuk dimakan. 


Kepelbagaian rasa Nasi Dagang dari versi resepi yang berbeza telah menjadikan ianya begitu unik. Setiap tukang masak yang memasak Nasi Dagang juga mempunyai resepi dan cara masakan tersendiri. Maka amat payah untuk mendapatkan rasa Nasi Dagang yang sama di gerai atau restoran yang berlainan. Biasanya Nasi Dagang yang dibeli di gerai mengandungi nasi, gulai dan acar. Namun sekiranya dimasak di rumah, ia turut dihidangkan bersama dengan telur rebus, kelapa goreng dan sambal. 


Selain daripada kombinasi nasi dan gulai, Nasi Dagang turut dihidangkan bersama lauk sampingan yang lain mengikut selera masing-masing. Nasi untuk Nasi Dagang akan dimasak dengan kaedah kukus. Sebelum beras dikukus, ia perlu direndam semalaman dahulu. Semasa proses memasak, beras ini akan dicampur dengan halba, bawang besar dan santan. Campuran halba akan memberikan aroma yang unik kepada nasi.

Saturday, December 5, 2015

nasi dagang ganu



Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:

5 cawan beras siam wangi - amaran: JGN campur beras pulut jika guna beras siam wangi sbb beras ni dah cukup lembut dan wangi
1 biji kelapa - dgn menggunakan air masak jadikan 2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 in halia - mayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur kedlm santan pekat
3 helai daun pandan - disimpul

Cara membuat:

Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus.
Letak air kedlm pengukus sehingga mendidih.
Masukkan beras kedlm pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 min).
Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan kedlm bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.
Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.
Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.
Kemudian rata dan kemaskan nasi spt gambar ke 2 diatas.
Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan.


Gulai Ikan Nasi Dagang 
Bahan-bahan:

1 ekor ikan aya/tongkol hitam saiz besar ( lebih kurang 1 kg)
1 biji kelapa - ambil santan
3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang (kacau dgn sket air panas jd kan pes)
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 hiris halia -kisar
1 hiris lengkuas -kisar
4 keping asam gelugur
2 sudu besar gula melaka atau secukup rasa
sket buah belimbing buluh
sket cili kecil
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara membuatnya: 

Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 2 keping asam dan sket garam sehingga airnya hampir kering. Toskan airnya.
Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan2 kisar, cili kisar dan rempah sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak.
Masukkan ikan, asam dan garam, reneh sehingga pecah minyak dan agak pekat.
Masukkan buah belimbing dan cili kecil. Reneh sebentar boleh la dihidangkan.
Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal cth jika nasi utk sarapan, gulai bole dibuat mlm. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyaknya.


Wednesday, December 2, 2015

buat berger


Kerja Dari Rumah
March 2Edited
CARA MEMBUAT BURGER YANG SEDAP
Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsi cerita bagaimana membuat sebiji burger yang sedap. Kalau ada sesiapa yang nak buat berniaga, itu lagi bagus. Supaya pelanggan berpuas hati dan perniagaan kamu pun bertambah maju. Mengikut tinjauan pendapat yang telah saya lakukan, rasa burger yang sedap mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
>sedikit pedas
>sedikit manis
>sedikit berkrim
>sedikit berempah
>kaya dengan sos
>aroma yang sedap dan menyelerakan
>penampilan yang menggiurkan
>harganya mestilah murah dan berpatutan
Ok, jom kita start!
Kuali
Sebaiknya dari jenis besi yang tebal. Memang harganya mahal sikit, sebab ia lebih bagus kerana haba dari api akan lebih stabil dan menyeluruh. Sebelum masak cuci kuali dulu. Gunakan axion/sunlight atau yang sama waktu dengannya. Kebiasaannya peniaga burger tak basuh kuali dengan betul. Mereka simbah-simbah jer dengan air kemudian gosok dengan scraper. Tak menjaga kebersihan langsung!
Api
Gunakan api kecil. Sebabnya ialah, jangan sesekali masak burger pakai api besar. Nanti daging burger cepat hangus, jadi garing macam keropok dan rasanya tak best. Hanya memasak burger menggunakan api kecil atau sederhana saja.
Marjerin
Sapukan marjerin ke serata kuali. Sapu thin layer saja. Jangan bubuh banyak – membazir. Ini supaya nanti time nak masak kuali tak melekat. Saya syorkan 2 jenis iaitu Planta atau Pelangi. Pelangi (keluaran Felda) lebih murah harganya.
Daging
Sebaikya daging sudah di-defrost-kan (nyahbeku) terlebih dulu agar cepat masak. Tapi jika daging tu masih beku – tak apa. Letak saja di kuali, cuma jangan sesekali gatal tangan besarkan api – inilah penyebab daging burger keras, garing dan hangus. Biar jer daging tu jadi lembut dan masak perlahan-lahan. Tak payah sibuk-sibuk letak marjerin, nanti daging tu akan keluar minyak sendiri.
Teknik Menggoreng
Balik-balikkan daging burger time memasak. Tak payah sibuk-sibuk tekan daging tu. Siapa yang ajar? Kalau korang rajin tekan-tekan daging tu, nanti semua jus daging dia hilang. Daging jadi hilang rasa dan keras! Rasa dah jadi tak sedap.
Teknik Ketuk Lubang
Teknik ini sangat bagus, sebabnya ialah selain dari membantu agar daging semuanya masak, ia juga jadi tempat untuk perencah meresap dan terperangkap. Selain itu juga, agar daging tetap tebal dan lembut – terasa apabila digigit dan dikunyah.
Teknik Merempah
Setelah diketuk-ketuk sampai berlubang, sila pastikan daging telah masak kemudian tekan sikit daging tu untuk membuang minyak yang berlebihan. Tekan 2-3 kali jer – jangan over pulak. Lepas tu bubuhlah perencah ikut step
iaitu:
Worchestershire Sauce – Lea & Perrins. Jangan
letak banyak, ala kadar sahaja.
Kicap Perasa – Saya lebih suka brand Maggi.
Serbuk Lada Sulah (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
Serbuk Lada Hitam (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
Serbuk Kari Daging (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
Air Bawang Putih – Buat sendiri.
Saya lebih suka guna serbuk lada hitam menggantikan serbuk lada sulah sepenuhnya sebab rasanya lebih best dan mantap serta nampak eksklusif.
Lepas selesai semua perencah, anda balikkan daging sekali, lepas tu tekan sekali jer dan angkat. Letak kat roti yang telah disediakan. Sekali lagi ditekankan, pastikan memasak daging jangan over cook, nanti rasa dia hilang dan keras.
Air Bawang Putih
Ia bertujuan untuk mengelakkan daging jadi over dry. Air bawang putih akan menggantikan jus daging yang sebahagiannya telah hilang waktu proses memasak tadi. Cara buatnya senang jer. Korang kupas bawang putih lepas tu ketuk bagi hancur. Masukkan dalam botol, bubuh air dan goncang! Tak payah bubuh garam tau.
Roti Burger
Lepas belah dua, korang sapu marjerin.
Sapu thin layer saja tapi menyeluruh. Bakar roti di kuali di bahagian isi tengah saja. Bahagian kulit atas dan bawah jangan bakar. Karang berminyak dan lembik pulak. Jangan gatal-
gatal tangan tekan roti tu time membakarnya. Lepas bahagian yang dibakar tu dah jadi perang sikit, korang angkatlah. Sebaiknya letak atas alas berjaring bukan di tempat yangg rata seperti pinggan. Letak kat alas berjaring akan membuatkan hot air circulation pada roti lancar. Roti jadi gebu, garing dan mantap. Jika korang letak kat tempat flat, roti nanti jadi lembik.

Sayur
Lepas roti dah dibakar. Korang bubuhlah sayur. Ni ada beberapa pilihan sayur.
Salad, lettuce, kobis, tomato, bawang kuning / Holland, timun.
Salad, lettuce dan kobis – sebaiknya korang hiris ler. Kobis tu paling bagus kalau dihiris
halus2, baru ler mantap. Tomato juga perlu dihiris. Bawang korang boleh pilih sama ada nak hiris atau potong dadu. Timun lebih baik kalau timun jepun – lebih rangup dan tiada risiko liat dan pahit seperti timun biasa. Saya suka combine lettuce/kobis + bawang potong dadu + timun jepun.
Sos Cili
Sebaiknya gunakan sos cili yang ada brand la seperti Maggi, Kimball etc. Saya lebih suka sos cili jenis ala Thai agar rasanya tidak masam. Jangan pakai sos cili murah, nanti rasa burger tak sedap.
Sos Tomato
Kalau nak gunakan sos tomato, carilah yang rasanya kurang masam. Gunakan sedikit sahaja. Saya tak suka sos tomato.
Sos Lada Hitam
Kalau letak ni pun sedap… tambah sodap. Syaratnya pastikan sos lada hitam tu pedas-pedas manis sikit. Korang boleh adjust sendiri dengan kicap manis cap Kipas Udang + sedikit gula atau madu. Insya’allah sedap.

Mayonis
Mayonis yang paling sesuai ialah brand Ladys Choice. Tapi harganya mahal. Brand murah rasanya agak masam sedikit – masam tak bagus untuk burger citarasa Malaysia ini. Kalau korang nak jimat, korang beli jer mayonis pakai paket jenama murah sikit. Lepas tu korang adjust dengan menambah gula castor atau gula icing barang sesudu dua lepas tu gaul rata.
Keju
Kalau nak letak keju pun boleh, cuma mahal ler sikit.
Telur
Guna telur ayam yer, bukan telur itik atau penyu. Telur ni untuk Benjo sahaja mulanya. Tapi sekarang dah jadi trend burger tambah telur jadi burger special. Ada macam-macam fesyen dan teknik. Ada yang masak pakai acuan (old style), ada yang buat dadar lepas tu lipat dan ada yang buat dadar lepas tu bungkus daging burger.
Bagi saya, jika nak rasa telur tu benar-benar terasa ialah dengan mengunakan teknik acuan. Telur akan utuh dalam bentuk alaminya dan ketebalannya itulah yang menyebabkan rasa telur itu muncul. Kalau dah jadi pembungkus daging, rasa telur tu dah kalah habis oleh rasa daging. So what for letak telur? Ia lebih kepada untuk membuat mata para pelanggan
tertarik aja. Tapi ingat… makan burger pakai mulut, gigi, lidah dan tekak… bukan pakai mata! Tapi selera orang lain-lain. Lantak dia ler.
Madu
Korang juga boleh cuba letak madu pada daging burger. Guna madu murah sahaja seperi brand Tesco etc. Saya dah test, ramai orang suka.
Habis dah pun cerita pasal resepi memasak burger. Ingat, burger yang sedap harus berasa sedikit manis, sedikit pedas dan agak “soggy”/”basah”. Rasa masam akan merosakkan rasa burger.