ROTI BAKAR SPECIAL DI TAMBUN, IPOH
![]()  | 
| Roti Bakar dengan telor separuh masak | 
![]()  | 
| Roti Benggali | 
![]()  | 
| Roti bakar Kaya | 
Ramainya orang. Biasalah, kalau ramai orang makanan gerenti  sedap. So kami pun duduk. Rata2 semua pelanggan kat situ makan roti  bakar. Wah mesti rasanya lain daripada yang lain. Kemudian Kjee nampak  orang kat meja sebelah makan roti bakar yang tebal. Siap ada telor  setengah masak atas roti bakar tu. Teringat Kjee pada Half Boiled Egg  dan Toast di Pakli Kopitiam yang sangat2 Kjee suka!
Kjee dan Unclepali order yang sama. Sementara menunggu,  Unclepali ambil nasi lemak bungkus atas meja. Kjee rasa sikit. Sedap!  Nasinya ada rasa lemak. Tak macam sesetengah nasi lemak bungkus di KL  yang nasinya hanya nasi putih baisa.
![]()  | 
| Hayati bersama anaknya | 
Dato Hafifi order mi goreng basah dari gerai  sebelah. Sementara menunggu order kami, tetiba tauke kedai datang ke  maja Kjee. "Ini kak Fauziah Samad ker? Saya Hayati, fren FB Kjee.."  Ewah, sampai ke sini rupa2ny ada fren FB Kjee.
Seronok sangat dapat bertemu in real life. Selalu merapu kat FB jer kan.
Kemudian roti bakar kami sampai. Hmmm memang menepati  citarasa Kjee. Rotinya tebal dan dibakar garing. Kemudian ada sebiji  telor setengah masak, tertenggek diatas roti bakar. Kjee pun keluarkan  ajishio pepper dari dalam beg tangan. Kjee memang sentiasa bawa ajishio  pepper ni sebab Unclepali suka sangat order telor separuh masak. Kami  tak suka kalau makan dengan lada sulah dan kicap.
Keenakan  roti bakar semestinya pada rotinya. Menurut Hayati, roti itu memang  ditempah khas dari pembekal yang sudah lama terkenal membuat roti.  Menurut, kalau guna roti zaman ini, hasilnya tak sedap.Selepas makan mi goreng, Dato Hafifi order pulak roti kaya. Kjee amik sepotong. Sedap jugak.
Lain kali datang Ipoh, gerai Hayati ini mesti kami singgah. Patutlah ramai pengunjung. Memang sedap.





